Aku ni bukan jenis ‘pemakan’ nasi kukus… mungkin sebab tekak aku ni jenis tak kawan sangat dengan citarasa pantai timur… atau pun mungkin aku masih belum jumpa lagi nasi kukus yang boleh buat aku teringin nak repeat lagi…
Tapi kannn… kat Azul Authentic Nasi Kukus ni tiba-tiba tekak aku boleh ngam pulak… hehehe… untuk korang yang jenis citarasa pantai timur ni lagi la boleh ngam kuasa dua kannn…
Azul Authentic Nasi Kukus ni terletak kat Selayang… kedai ni agak tersembunyi sikit tapi tak susah pun nak cari… waze jer cari Ideal Convention Centre memang tak sesat dah… die akan bawak sampai depan kedai ni…
Sebab restoran nasi kukus Azul ni betul-betul depan Idea Convention Centre…
Atau pun kalau korang tahu Fakulti Perubatan Kampus Selayang UiTM pun ok gak sebab deretan kedai ni bertentang jer dengan pintu masuk ke kampus ni…
Masuk jer dalam kedai ni aku ternampak susunan frame kat dinding ni… Fuhhh… anak didik Chef Amer rupenyer… memang bukan calang-calang orang yang masak menu kat sini…
Specialist kat sini dah tentu nasi kukus… Nii haaa rupa nasi kukus kalau yang belum tahu tu… kehkehkeh… biasanya orang selatan dengan orang utara memang jarang dapat menu nasi kukus ni kann…
Nasi kukus ni boleh dimakan dengan pelbagai lauk… lauk dengan kuah tu yang membuatkan nasi kukus ni jadi sangat special… kalau kuah kureng memang akan kureng la keseluruhan rasa nasi kukus ni… biasanya rempah yang digunakan tu yang jadi resepi rahsia menu nasi kukus… kalau korang nak tahu, rempah ratus yang digunakan kat sini memang dibawa khas dari Kota Bharu, Kelantan… maksudnya memang betul-betul citarasa asli Kelantan la ni… dan menariknya kat sini ialah masakan kat sini hanya menggunakan santan rendah kolestrol dan juga penggunaan MSG dalam masakan yang amat minima… Haaa… bagus kannn….
Nasi Kukus Ayam Berempah |
Nasi Kukus Ikan Keli Berempah |
Nasi Kukus Daging Kerutuk |
Perghhhh… aku yang tengah update entri ni pun tibe-tibe rasa terliur nak makan lagi… huhuhuhu… selain nasi kukus kat sini jugak ada mee kari yang super sedap ni…
Mee Kari |
Air Kelapa Muda.. Fresh |
Coconut Shake with ice cream |
A&W Float |
Rojak Buah |
Hwaaa… ni yang malas nak update entri makan-makan ni… walaupun dah kenyang tapi tetap rasa nak makan bila dah update entri gini… huhuhuu…
Ehhh haaa… kalau nak tahu tokey kedai ni jugak merupakan pastry chef… meh tengok apa yang die buat untuk kitorang hari tu…
Hohoho… pitammmm tengok desert yang ada hari tu… sebagai peng’hantu‘ makanan desert terutamanya kek memang aku rasa macam nak seludup jer semue ni bawak balik rumah… hahaha… walaupun perut aku dah say NO sebab dah kenyang tapi mulut ni tetap jugak suruh disumbat dengan desert-desert yang ada ni… hahaha…
Kalau korang nak order desert atau kek boleh roger Puan Adda iaitu pemilik restoran ni sebab dia memang ada ambik tempahan untuk menu pastry macam ni… Kalau nak tengok menu pastry lain yang ada boleh tengok dekat Facebook NIN9LANDERS dan EVERYONE CAN TART… Tapi jangan pulak korang sambil-sambil nak pekena nasi kukus kat sini nak jugak pekena aneka pastry ni… sorry okeh… non hadooo… Sebab Puan Adda hanya buat untuk tempahan jer…
Okeh… Bab harga aku rasa memang berpadanan dan berpatutan dah… korang tengok sendiri senarai harga kat bawah ni… takde tambahan caj GST okeh…
Yang nak datang sini boleh datang setiap hari kecuali hari Ahad okeh… Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang… yang nak buat meeting atau makan-makan pun boleh order dari Azul Authentic Nasi Kukus ni… diorang jugak ade servis delevery!
Hubungi :
Azul Authentic Nasi Kukus
No. 47
Jalan PS8
Prima Selayang
KM15 Jalan Rawang
68100 Bt. Caves.
Tel : 019-6339005 / 018-3698456
“TAK PEKENA SASAU, KENA MENGIGAU !”
Yan Ty says
Arghhhh melting!!!!!!