Okeh… citernyer macam ni…
29 Mei 2015 – ade sakit tapi sikit-sikit jer
30 Mei 2015 – ade sakit jugak tapi sakit memain jer
31 Mei 2015 – Miss Permaisuri kata kadang-kadang terasa macam baby dok menekan kat bawah macam nak keluar tapi sakit tu biase-biase jer
1 Jun 2015 – sakit sikit-sikit tu ada tapi waktu malam jer
2 Jun 2015 – Kejap sakit kejap tak
3 Jun 2015 – Aku masih lagi kerja macam biasa… mak aku ada kat rumah temankan Miss Permaisuri
4 Jun 2015 – Sakit nya tuh disini
5 Jun 2015 – Tunggu punya tunggu takde pulak tanda-tanda baby ni nak keluar… So, aku decide nak balik Penang rumah mertua aku… standby bersalin kat Penang… petang tu kitorang gerak balik ke Penang…
6 Jun 2015 – Sakit tak jugak kunjung tiba… takda langsung tanda-tanda nak bersalin… siap boleh g kenduri lagi…
7 Jun 2015 – Lepak jer kat rumah… tunggu Miss Permaisuri sakit tapi tak jugak sakit…
8 Jun 2015 – Pergi chekup kat Klinik Kesihatan Ibu Mengandung… Nurse cakap baby dah ready nak keluar.. anytime jer… die dah kat laluan die dah… kedudukan baby semuenyer ok…
9 Jun 2015 – Akhirnya tiba hari due bersalin…makin cuak pulak nak terima baby kali ni…
10 Jun 2015 – Pergi chekup lagi kat Klinik Kesihatan Ibu Mengandung… due dah terlebih sehari dari jangkaan… lepas scan. doctor cakap saiz baby agak besar… anggaran 3.60kg… mungkin sebab tu la kot die susah nak keluar… Doctor syorkan supaya induce atau bersalin paksa sebab kalau bagi masa lagi nanti baby makin membesar kat dalam perut tu…
Mulanya doctor nak refer Miss Permaisuri ke Hospital Seberang Perai sebab Hospital Bersalin Pulau Pinang tengah renovation… jadi kat sana diorang hanya terima kes normal sahaja… kalau induce atau czer diorang akan refer ke Hospital Seberang Perai…
Jauh giler kowt kalau dari rumah mertua aku nak ke Hospital Seberang Perai tuuu… so, aku mintak nak ke Hospital Sultanah Bahiyah kat Alor Setar… dekat dengan rumah mak abah aku…
Petang tu dari Penang terus kitorang ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar… kat situ ade doctor pakar yang handle Miss Permaisuri… die usik laluan baby tu untuk ganggu hormon dan bagi rasa contraction untuk bersalin… lepas tu doctor suruh balik rumah dulu sebab hospital katil penuh… nasib baik rumah mak abah aku ke hospital dekat jer… 15 minit dah sampai… pukul 12 malam doctor pesan suruh datang balik untuk chek bukaan…
11 Jun 2015 – Pukul 12 tengah malam aku bawak Miss Permaisuri ke hospital… masa tu baru die rasa betul-betul sakit sebab contraction nak bersalin… sampai kat hospital diorang chek bukaan dah 6cm… cukup 8cm diorang tolak bawak masuk labour room…
Masa tu aku follow sekali masuk bilik bersalin tu… tugas aku bagi semangat kat Miss Permaisuri tapi aku rasa tiap kali Miss Permaisuri meneran sekali dengan aku rasa penat… hahaha… Nurse situ pulak kemain garang… aku pun cuak dengar die marah… “Meneran bukan macam tu!!!… Kalau puan sayangkan anak puan, meneran betul-betul… meneran macam nak berak tu..!!!” Fuhhhh…. agak tinggi jugak suara nurse tuu…tapi mungkin tu caranya… tak kisah laa… takde ambik hati pun…
Tengok Miss Permaisuri mengerang sakit buat aku insaf nak bagi die beranak lagi… time tu aku terfikir dah cukup la kot dua orang anak… kesian pulak nak mintak anak lagi… huhuhu… tapi masa tu jer laa aku terfikir macam tu… lepas tu dah takde dah… hahaha…
Masa proses meneran tu, denyutan jantung baby makin lama makin lemah… nurse bidan tu pun dah makin kelam kalut… menjerit-jerit die panggil doctor… pastu datang doctor chek keadaan baby pastu die syorkan untuk buat operation segera sebab keadaan baby yang makin lemah…
Time tu aku dah kena tunggu kat luar sebab diorang nak bawak Miss Permaisuri ke bilik bedah… aku melepak kat luar bilik bedah dengan abah aku… Malam tu abah aku jadi peneman aku… masa aku dok menunggu kat bilik menunggu tu abah datang bawak nescafe panas untuk aku… huhuhuhu…
Dalam pukul 3 pagi kakak sulong aku pulak datang temankan aku kat hospital… gantikan abah aku… time tu aku suruh abah aku balik rest kat rumah.. kesian pulak dia berjaga sama dengan aku…
Dalam pukul 4.30 pagi ada 2 orang nurse tolak incubator macam gambar bawah ni keluar dari bilik bedah… nurse panggil aku untuk tengok kejap anak aku sebelum die sorong bawak ke NICU…
Cuak jugak aku bile tengok anak aku ade dalam ‘bekas akurium’ tuu… tapi masa aku tengok Azif dalam beberapa saat tu tak nampak pulak diorang pasang tube atau wayar kat badan die… mata Azif pulak kemain booolat dok tengok aku… Aku mintak nak azankan Azif time tu tapi die cakap diorang kena bawak baby ke NICU dulu…
Miss Permaisuri citer kat aku… masa baby Azif keluar dari perut, die tak nangis mula-mula… kelam kabut gak diorang buat nak bagi baby Azif nangis… lepas beberapa minit baru la baby nangis dan masa tu pulak pernafasan die lemah… sebab tu diorang cepat-cepat bawak baby ke NICU untuk dipantau…
Alhamdulillah lepas beberapa ketika keadaan baby dah semakin stabil dan aku dapat azankan baby Azif pagi tu kat dalam wad NICU tu…
Keadaan Miss Permaisuri pulak Alhamdulillah ok… cuma dia nampak letih sebab bertarung untuk bersalin normal tapi tak berjaya… apa pun syukur sebab dua-duanya selamat…
Tapi esoknya doctor panggil aku untuk maklumkan yang Azif menghidap G6PD defeciency…
Okeh next entry aku story pulak pasal G6PD tu…
Syira Lokman says
semoga semuanya oke dan dippermudahkan yee
mOoN IzzaN says
Alhamdulillah.. sakit bersalin tu sakit yg luar biasa.. pengorbanan seorang isteri.. 😀
Tahniah again abg lan.. hugs for baby..
yoorin melacolea says
Sama macam yoorin dulu..dah start sakit 3 minggu awal.. siap g spital..pastu tak sakit. Pastu sakit just main2 pulak baby..tp overdue jugak 8 hari.. xpe la..semuanya selamat..alhamdulillah..
irra yyan says
Selamat berpantang miss permaisuri
Amie says
aduhai….. syukurlah dua-duanya selamat…
Mila Hilas says
tahniah..bersalin ni ada mcm2 pengalaman…tp pompuan ni xkan serik.hehe
noorshafila says
Tahniah dan Alhamdulillah semuanya selamat. Selamat berpantang Miss Permaisuri.
Dkna Abza says
aku pulak yang duk meneran baca caplock ko ni lan…hahhahaa.. apa pun, zaza kena pantang elok2.. lepas ni nak bersalin lagi.. hehehee
Zaleha says
lama juga tu detik pengalaman dari contraction sampai betul2 lahir. rezeki masing-masing.
::EIDA:: says
allahhhh gitu yeee…. ni kalau tak sayang bini tak tahu laaaa.. hihihi…. ai nnti pon nak mat masuk sekali laa.. mohon sayang lebihh laaaa pleasee kekekekke