Dulu memang aku suke gunting rambut kat saloon… amoi tolong gunting dan basuhkan rambut… Die gune kuku yang macam langsuir tu garu kulit kepala… Giler best! Hahaha… Tapi kadang-kadang kalau nak cepat aku pergi jer mamak gunting rambut kat area rumah aku…
Tapi sekarang ni aku suke ke barber shop hipster pulak… sebabnya aku sukekan konsep barber shop yang kemas, bersih, menarik dan trendy…
Hari tu aku try search kat instagram cari barber shop hipster sekitar KL… ade la jumpe beberapa tempat tapi yang paling menarik perhatian aku adalah Edd The Barber yang terletak di Ampang… Detail lokasi ada di hujung entry ni…
Sampai jer sini aku agak teruja sebab nampak pintu masuk barber shop yang merah ni… Nampak macam restoran pun ade gak… Siap ade list menu depan kedai… Hehehe…
Masuk jer dalam barber shop ni terus tertarik dengan konsep die… Lawa gilerrrrr…. Rasa macam bukan barber shop kat Malaysia… Konsep die sangat lain… Pondok telefon yang macam kat London tu pun ade… Hi class sangat…
Edd The Barber baru jer launching pada 8 November 2015.. masih baru lagi… Walaupun kedai masih baru tapi stylist die semuanya berpengalaman… ada 4 orang stylist kat sini…
Yang gunting rambut aku hari tu adalah Bro Cheesze, senior stylist kat sini… Teliti giler die gunting rambut… Hari tu sejam jugak die dok mengerjakan rambut aku… Tapi nasib baik suasana dalam barber ni happening dengan muzik… So, tak terasa lama pun bila dia gunting…
Stylist kat sini friendly… Jadi senang untuk ko jelaskan kat die style rambut macam mana ko nak… Baru ni member aku ada what’sApp aku tanya kalau nak gunting rambut style hipster nak bagi tau macam mana kat barber shop tu…
Haaa gini… Ko cakap jer nak rambut ala hipster… Nak sikat tepi ade jambul sikit then pembahagi rambut tu biar jelas macam ada line… Haaa… Tu contoh… Atau lagi senang ko tunjuk jer gambar rambut macam mana ko nak atau ko cakap jer nak rambut hipster yang sesuai dengan muka ko dan jenis rambut ko tu… Diorang ni profesional, tahu la die nanti nak buat macam mana.
Ni hasilnya… Kemasss… Rambut gini wajib pakai pomade… Baru la sentiasa kemas dan rapi… Kalau ada yang nak aku review pomade boleh email aku k… Opsss… Teriklan lak..
Peneman aku hari tu… Nasib baik dua-dua tak buat perangai…
Ni senarai harga untuk servis kat sini… Dengan konsep dan suasana yang disediakan dalam barber shop serta stylist berpengalaman yang ada, bagi aku harga ni adalah berpatutan…
Kalau korang nak datang sini juz waze Hotel D’Palma Ampang… Betul-betul sebelah hotel ade Bank Al-Rajhi… Haaa Edd The Barber ni betul-betul belakang Al-Rajhi Bank tu…
Untuk maklumat lanjut boleh refer detail di bawah:
Edd The Barber
B-01-G, Ground Floor, Block B,
Dataran Palma,
Jalan Selaman 1,
Off Jalan Ampang,
68000 Ampang.
Tel: 03-4266 7421
Facebook: Edd The Barber,Ampang
Instagram: @edd.thebarber
Visit instagram Projek Hipster untuk lihat lebih banyak gambar dan update berkaitan hipster…
razzwey razz says
Pm harga ikat tepi plissss…
Daus Redscarz says
Rasa relax sgt dalam tu… best..
Mera Hussain says
patut laa kemas je rambut. smart!
mOoN IzzaN says
Nmpk selesa sgt tmptnya..
anazarin dotcom says
Patutlah smart rambut abang lan bila jumpa kat klcc semalam
gulew kapas says
bagus juga konsep kedai ni. Cantik dan mencuci mata. Macam dekat luar negara pulak. Kota London gituuu. Harga pun berpatutan dengan kedaan kedai yang selesa. Sebab banyak kedai, menawarkan harga yang mahal, tapi keadaan kedai yang tidak kemas dan gaya potongan yang FAILED! Tak mengikut kehendak pelanggan. Buat sekadar siap je.
Julia Johari says
Boleh ajak suami ni…nak suh stylist dandan rambut hipster kt suami hahaha suka kedai ni nampak stylo and macho!