Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Confirm ACL Injury… Takutnya nak operate lutut…

June 10, 2016 by Admin 6 Comments

Spread the love

Beberapa minggu lepas aku ada cerita yang aku ada buat scan MRI kat lutut… 7 Jun 2016 baru ni pulak aku dah pun jumpa dengan doctor untuk tahu result MRI… Dan doctor sah kan yang lutut aku ada 2 masalah iaitu ACL putus dan Minuscus koyak… Huhuhu…aid4686801-728px-Confirm-a-Partial-ACL-Tear-Step-1 ACL putus macam gambar atas ni… Fungsi ACL tu adalah untuk ikat tulang paha dan betis ketika kaki kita buat pusingan… Kalau putus maksudnya kaki senang terlipat atau lembut lutut macam yang aku dok alami sekarang…

Punca aku kena ACL Injury ni adalah masa main badminton beberapa tahun lepas… Masa jatuh tu aku ingatkan terseliuh biasa jer… Langsung tak pergi klinik atau hospital untuk rawatan… Aku hanya sapu minyak dan berurut jer… Masa jatuh main badminton tu memang rasa sakit giler dan lutut membengkak… Nak lipat kaki tak boleh, nak luruskan habis pun tak boleh… Berbulan jugak masa aku ambik untuk recovery tapi tak pulih sepenuhnya… Lama-kelamaan sakit tu beransur hilang cuma kaki aku jadi tak kuat… Kalau angkat beban berat kaki tak mampu tampung, lutut akan terlipat atau orang kata lembut lutut… Nak berjogging slow-slow boleh tapi nak pecut memang tak mampu… Nak melompat lagi la tak boleh…481954c0-6685-4c16-817a-baa3695dcf17

Aku terpaksa stop terus dari sebarang aktiviti sukan… Sedihhh oii… Lagi sedih bila nak kemas rumah dah tak boleh nak angkat benda-benda berat… Huhu… Aku buat keputusan untuk dapatkan rawatan di HUKM dan keputusannya confirm aku ACL Injury dan perlukan pembedahan untuk atasi masalah aku ni…

Lepas operation nanti aku kena bercuti panjang dari sebarang aktiviti… Kalau ikutkan turn nak buat operation kat HUKM, paling cepat bulan 12 nanti baru boleh operate… Atau kalau nak cepat diorang akan refer kat bahagian swasta kat situ… DSC_0463Kat HUKM ada 2 pilihan, nak yang semi government atau swasta iaitu Pusat Pakat UKM… Kalau swasta boleh buat anytime… Tapi kos antara RM20k – RM25k…

Mujur aku ada insurance, so aku pilih Pusat Pakar UKM… Bulan 8 nanti untuk buat operation lutut… Sempat la aku settle kan hal pejabat sebelum cuti panjang… Korang doakan lutut aku cepat ok k… Tak sabar nak kenbali bersukan…

Filed Under: Personal Tagged With: pengalaman, Personal

« Mohammad Chow Restaurant ada resepi rahsia masakan cina
Happy Birthday Azif Zafri »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    June 13, 2016 at 12:41 pm

    Ngeri pulak aku baca ligamen putus ni.. hohoho.

    Reply
  2. jimie says

    July 30, 2016 at 1:46 pm

    bro nak acl brace tak? sye nk jual murah ni

    Reply
  3. zul says

    February 18, 2018 at 8:36 pm

    kalau gov pnye berapa kos utk acl dan meniscus?

    Reply
    • Admin says

      February 19, 2018 at 11:06 am

      Tak pasti utk kos hosp kerajaan. Andai ada rakan2 pembaca yg tahu mgkin boleh komen di sini utk panduan bersama.

      Reply
  4. Jessecca says

    December 2, 2020 at 2:17 pm

    Mohon share FB ya. Saya ada juga Knee injury.

    Reply
    • Admin says

      December 11, 2020 at 12:22 pm

      boleh.. silakan…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative