Macam tak percaya bila aku dapat offer untuk trip ke Kyushu, Japan. Excited giler sebab trip ni aku pergi atas tiket sebagai seorang blogger. Tak sangka Blog Abah Careno mampu bawak aku sejauh ini. Trip ke Jepun ni turut disertai oleh 4 lagi blogger lain iaitu Sohoque Explorasa, Uzu Emas Putih, Nisa Kay dan jugak Shea Rasol. Tugas kitorang adalah untuk mempromosikan Kyushu sebagai salah satu tempat percutian menarik yang ada di Jepun.
Bila sebut bercuti ke Jepun kebiasaanya orang akan terlintas tempat seperti Tokyo, Osaka atau pun Kyoto. Bile sebut Kyushu macam krik krik krik jer… Tak ramai yang tahu pasal Kyushu. So, tunggu eh sharing aku pasal tempat-tempat menarik yang ada di Kyushu. Mana tahu boleh masuk dalam list korang lepas ni.
Sebelum travel aku ada buat research sikit untuk bagi gambaran aktiviti dan tempat yang akan kitorang pergi nanti berdasarkan iternary yang aku dah dapat. Haaa meh aku sharing sikit sebagai teaser sebelum ke sana. Gambar semua ni aku cilok dari dari Google Image dan aku tak pasti sama ada apa yang aku google ni sama dengan apa yang akan aku nampak kat sana nanti.

Menaiki train laju ni yang dipanggil Kyushu Shinkansen…

Visit ke Sanganen, Kagoshima.

Menikmati pengalaman ‘sand bath’ di tepi pantai Ibusuki Onsen…

Melawat gunung berapi Kaimondake di Kagoshima.

Melawat Chiran Samurai Residence…

Kagoshima City Tour

Melawat kilang Karukan iaitu makanan tradisional penduduk tempatan.

Melihat dan mencuba untuk buat produk glass iaitu Satsuma Kiriko…

Tour di Kirishima Shrine

Pengalaman melalui Kuma River dengan bot tempatan.

Visit Kumamoto

Visit Suizenji Park

Melawat Aso Shirakawa

Shoping di Tosu Outlet Mall
Fuhh… Ni gambaran aktiviti dan tempat yang aku dapat melalui google berdasarkan iternary yang diberi. Untuk pengalaman sebenar kena tunggu update aku nanti k. Untuk live update korang boleh follow aku di Facebook Lan Careno atau Instagram @lan_careno.
(All image by Google)
Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu
bestnya wey… tahniah sebab ko bukan blogger picisan..heheheeee
Ni nak habaq nanti nak pi jepun je point utama kan? Penat baca sampai habiss
Wah.. Bestnya dapat pergi ke Jepun secara percuma… Untung jadi blogger.. Ada masa kita boleh dapat rezeki yang tak disangka-sangka..
Selamat bercuti ke Jepun…
bestnya..akhirnya blog abah careno dapat p trip juga
Wahh…best tu dapat pergi Kyushu nanti…ada dalam wishlist juga nak travel pergi Jepun ni tapi tu la…tak tahu bila dapat pergi…hehe