Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hari keempat trip ke Kyushu, menyusuri Kuma River

October 10, 2016 by Admin 12 Comments

Spread the love

Bermalam kat Hotel Shiroyama buat aku asyik terjaga jer. Bukan sebab tak selesa tapi sebab takut terlepas sunrise view dari tingkap bilik. Alhamdulillah akhirnya aku dapat menikmati pemandangan langit merah ketika matahati terbit. Pukul 6 pagi waktu di Japan, cahaya matahari mula memancar.20161009_200323Tak puas dengan hanya melihat melalui tingkap bilik, aku turun ke look out point di bawah hotel untuk bergambar dan menikmati pemandangan pagi. Ya Allah, bestnya dapat tengok view yang sejauh mata memandang ni. Angin pulak agak kuat dipagi hari.20161009_20065420161009_200703Macam aku cakap dalam entry sebelum ni, Hotel Shiroyama terletak nunnnn tinggi di atas bukit dalam bandar Kagoshima. Selepas selesai sarapan pagi di hotel, aku dan rakan-rakan blogger dibawa melawat kuil Kirishima yang cantik dengan persekitaran menghijau. 20161009_20071620161009_20073620161009_200805

Kirishima Shrine
Kuil ini telah dibina sejak abad ke-6 untuk memuja gunung. Lokasi asal kuil ni terletak di kaki gunung Takachiho-no-mine tapi telah dipindahkan ke lokasi sekarang setelah beberapa kali terbakar kerana terkena letusan gunung berapi. Kuil baru ini telah dibina pada tahun 1715 dan masih bertahan sehingga kini dan telah diiktiraf sebagai “Important Cultural Property of Japan”. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat tempat ini.

Selesai melawat di sekitar Kirishima Shrine, kami bertolak ke Kumamoto untuk program seterusnya iaitu menyusuri sungai Kuma. Sebelum tu, kitorang singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran yang menyediakan makanan tradisi setempat yang halal iaitu Restoran Himawri Tei.img-20161006-wa0012Saat yang ditunggu apabila tiba waktu makan kerana pasti ada sesuatu yang menarik untuk kami nikmati iaitu hidangan masyarakat setempat. Walaupun restoran ini menyediakan menu halal, tapi ia hanya disediakan atas permintaan pelanggan sahaja. Jadi kalau korang nak makan kat sini, sila buat tempahan awal ok.

Himawri Tei Restaurant
Beralamat di 1880-2 Yaguro-cho, Hitoyoshi, Kumamoto. Lokasi resturant adalah ditepi sungai Kuma dan boleh dilihat pemandangan sungai tersebut sekiranya makan di meja luar restoran. Menu utama iaitu ikan goreng yang bersalut garam adalah merupakan ikan segar yang diperolehi dari sungai Kuma. Harga set hidangan adalah sekitar 1,620 yen. Hubungi +81-966-22-1044 untuk tempahan.

20161009_201005Menariknya set makanan Jepun ni, diorang punya makanan semuanya berkhasiat, tak berminyak dan tidak pedas. Sayur memang wajib ada. Yang jenis tak makan sayur susah sikit la nak servive dengan menu diorang.20161009_200839Berselera aku makan dan syukur aku jenis yang tak cerewet bab makan. Bagi jer ape jenis makanan semua aku makan. Kalau sedap aku makan lebih, kalau tak sedap aku makan sikit. Hehehe…
20161009_201419Ni lah die Kuma River. Cetek jer sebenarnya sebab boleh nampak ade orang dok berdiri kat tengah sungai sambil memancing.20161009_211025Selesai makan jom follow kitorang naik boat… ehhh boat ke sampan ehh… Panggil sampan lebih sesuai kot sebab takde enjin. Ade 2 orang kat depan dan belakang yang gigih dok kayuh mendalah ni. Tapi sebenarnya takyah kayuh sangat pun sebab juz biarkan sampan ni hanyut mengikut arus. Cuma nak kena kawal ke kiri kanan jer la sebab takut terlanggar batu.20161009_201308Masa nak masuk dalam sampan ni kena bukak kasut dan letak kat rak yang disediakan. Pastu kena dok bersila atas tikar. Sempoi dan rilex jer sebab takde dengar bunyi boat. Dengar bunyi air sungai jer la. Air sungai sejuk dan jernih.

Mula-mula aku imagine naik sampan ni akan ade basah-basah dan agak mencabar, tapi tak pun sebenarnya. Ade beberapa bahagian sungai jer yang air agak deras dan berlanggar-langgar dengan batu tapi still ok jer.

Kuma River Downstream Experience
Nikmati pemandangan disepanjang Kuma River sambil menyentuh permukaan air sungai yang sejuk dan jernih. Masa perjalan bergantung kepada kelajuan arus iaitu sekitar 35 minit sehingga 1 jam. Tiket boleh dibeli di kaunter dan pengunjung perlu menunggu giliran untuk masuk ke dalam sampan.

Seronok dapat merasai pengalaman macam ni kat tempat orang. Selesai aktiviti kat sungai, kitorang bertolak ke Kumamoto City. Yeaaaaa… Akhirnya hotel penginapan kitorang betul-betul di tengah bandar. Mitsui Garden Hotel. Seperti biasa aku akan buat entry khas berkaitan hotel ni untuk bagi gambaran keselesaan yang disediakan di bilik hotel.

Kitorang chekin hotel agak awal dan ini bagi peluang untuk kitorang berkeliaran kat bandar Kumamoto sebelum makan malam. Takde ape pun yang dicari, hanya sekadar bersiar-siar jalan kaki melihat gelagat orang Jepun.

20161010_11424220161010_11454820161010_11421520161009_211012

Apa yang aku perhatikan, bisnez vending mesin adalah sangat besar di Jepun. Tak kira tempat, ade jer vending mesin diletakkan. Pastu orang Jepun kebanyakannya menggunakan pengangkutan awam atau basikal. Dan kereta-kereta yang lalu lalang sentiasa mengutamakan pejalan kaki dan basikal. Oh ya, walaupun tong sampah tak banyak di tempat awam tapi bandar diorang agak bersih. Ni antara budaya diorang yang kita perlu contohi.20161010_114516Dah puas jenjalan, jom lah kita menapak ke restoran tempat kitorang dinner. Makan malam kitorang di Restoran Higo No Jinya. Seperti restoran lain juga, kat sini disediakan makanan halal atas permintaan pelanggan. Dinner malam tu memang antara yang terbaik dan konsep dalam restoran ni pun sangat unik. Memang terasa betul Japan punya style. Masuk jer dalam restoran, diorang bawa ke ruangan makan yang terletak kat bahagian bawah restoran.20161009_211047Menu kitorang malam tu adalah marinated vegetables, sashimi, salad, grilled Halal chicken, tenpura dan banyak lagi. 20161010_231102Ni salah satu menu yang kami makan malam tu. Tak semua orang boleh makan menu yang macam ni kan. Nasib baik aku dah pernah makan menu yang macam ni kat restoran makanan Jepun di Malaysia.

Higo No Jinya Restuarant
Terletak di celahan bangunan di tengah bandar Kumamoto iaitu di alamat 1-5-20 Shitadouri, Chuo War, Kumamoto. Makanan halal disediakan atas permintaan. Untuk tempahan awal boleh hubungi +81-96-211-1414.

img-20161006-wa0013Selesai makan, masa untuk balik ke hotel dan rehat sebab esoknya kami masih ada banyak lagi tempat menarik yang perlu kami teroka di Kyushu. Ok tunggu next entry aku untuk hari kelima pulak k…

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/

Blogpost berkaitan :
–
Teaser Muslim Trip ke Kyushu
–
Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
–
Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
–
Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
–
Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
–
Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu

Filed Under: Travel Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, Japan, travel

« Cosmoderm Travel Pack, produk wajib bawa ketika bercuti
Hari kelima trip ke Kyushu, shoping cenderahati Jepun. »

Comments

  1. JULIA JOHARI says

    October 10, 2016 at 1:44 pm

    Meremang tengkuk julia tengok view pagi dari Hotel Shiroyama…lawanya Ya Allah…untung lan dpt tatap kecantikan Allah disana…subhanaAllah…bestnya dari hotel nak dinner pun dekat je…nama Hiro…senang ingat…bila la nak ke jepun…baca entry lan kira juju dh sampai la ye hehehe best!

    Reply
  2. miminadam says

    October 10, 2016 at 1:51 pm

    bestnyaaa ! hope dpt pergi pulak lepas ni.. lepas settledkan PT.. haha

    Reply
  3. YB Shehan says

    October 10, 2016 at 1:52 pm

    Fuh. Besnya. Trip yang memang tak boleh move on. For sure. Smart giler baju kuning tu..

    Reply
  4. Shiqeen sattar says

    October 10, 2016 at 2:04 pm

    Subhanallah cantiknya view.
    Makanan semua menyelerakan.
    Leh cakap jepun dak lagi?
    View dlm bilik hotel xde ke nk tgk tidur pn style jepun gak ka hehehe

    Reply
  5. saidila says

    October 10, 2016 at 2:06 pm

    water rafting tu memang best dan enjoy jer sebab tak der bunyi enjin …memang guna alam semualajadi semata .

    ada rezeki nak merasa jugak …

    Reply
  6. yanieyusuf says

    October 10, 2016 at 2:16 pm

    wah bestnya.. teruja pulak nak jejak kaki ke Jepun.. Teringin sangat tengok..

    Reply
  7. Syuhadah Razali says

    October 10, 2016 at 2:56 pm

    Bestnya! Paling teruja tgk view n makanan2 diorang.

    Reply
  8. JMR says

    October 10, 2016 at 4:12 pm

    smart gile view, kena lak petikan shutter dr bro..

    Reply
  9. Nisa Kay says

    October 10, 2016 at 6:33 pm

    LAWANYAA GAMBAR SUNRISE !!!!!!!!!!!!

    Reply
  10. Mama Kembar 3 says

    October 10, 2016 at 7:02 pm

    Cantiknya view! Harap harap ada laa rezeki nak kesana

    Reply
  11. Kaklong says

    October 10, 2016 at 11:47 pm

    Canteknya permandangan..
    Jeles2.. T__T

    Reply
  12. Faizal Fredley says

    October 11, 2016 at 1:45 pm

    cantik view….rugi lah kalau terlepas ni…hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative