Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hari pertama trip ke Kyushu, Japan. Kena tahan imigresen sejam!

October 2, 2016 by Admin 11 Comments

Spread the love

Akhirnya hari yang aku tunggu tiba jugak. Tipu la kalau kata aku tak teruja sebab aku jarang travel ke oversea. Bila sesekali travel tu mesti la excited kan… Last aku travel ke luar negara adalah ke Bali, itu pun 3 tahun lepas rasanya.

Untuk trip kali ni aku siap tempah tshirt khas Blog Abah Careno dari AJ Cetak. Kerlasss kannn… Hahaha…20161002_001732Cantik tak baju aku? Design konsep hipster dengan tema keemasan. Puas hati giler dengan design dan kualiti tshirt kali ni. Dah ada member yang berminat nak order walaupun aku tak berniat nak jual pun. Ok takpe, itu kemudian aku fikirkan…

Flight kitorang pukul 8.20 malam dengan Singapore Airlines. Tapi transit dulu kat Changi International Airport Singapore sebelum terbang ke Fukuoka Airport pukul 1.20 pagi. Ada 3 jam lebih masa untuk berkeliaran kat Airport yang canggih giler tu. Serius kagum! Tak rasa macam kat Airport pun, rasa macam jenjalan dalam shoping mall.20161002_001716Sampai jer Changi Airport, kitorang ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan password untuk free wifi. Nyawa tu weh… Takde network rasa macam gelap dunia. Hahaha…20161002_053507Lepas dah dapat ‘nyawa’, kitorang ke kaunter khas untuk claim cash vouchers. Nasib baik travel Blogger Faizal Fredley bagi tau yang Singapore Airlines ada bagi cash voucher sekiranya transit kat sana. Kitorang dapat cash voucher bernilai SGD20. Banyak la kiranya tu. Nak lepak makan-makan dan minum memang cukup sangat. Rasanya nilai voucher bergantung kepada berapa lama korang transit kat situ. Lagi lama lagi banyak. So, dapat la buat bekal beli air dan makanan sambil melepak.

20161002_0017033 jam kat Changi Airport rasa macam kejap jer. Lepas tu kitorang dah kena daftar masuk untuk penerbangan seterusnya ke Fukuoka. Dalam flight walaupun ade screen untuk tengok movie tapi aku tak tengok pun. Aku mentido dari sebelum berlepas sampai dah nak landing. Itu pun terjaga kejap sebab ke toilet dan makan. Untuk makanan dalam flight kena request awal-awal nak menu Halal for muslim. Kalau tak request nanti takut dapat menu yang tak halal pulak.20161002_053919Fly dari Singapore ke Fukuoka lebih kurang 7 jam. Tepu jugak la nak duduk kat seat macam tu berjam-jam. Alhamdulillah segalanya lancar dalam flight sehinggalah masalah kat kaunter imigresen airport Fukuoka. Sejam jugak kitorang sangkut kat imigresen sebab tak tahu nama hotel penginapan. Dalam form yang kena isi tu ada ruangan alamat penginapan dan kitorang just tulis nama tempat seperti Kyushu, Kumamoto dan lain-lain sebab detail hotel penginapan kitorang belum dapat lagi. Tapi pihak imigresen tak nak terima kalau sekadar tulis macam tu. Diorang nak nama hotel dan alamat. Puas jugak explain tapi tak dilayan.

Masalah bertambah masalah bila kitorang cuba explain situasi kitorang yang mana agensi belum bagi detail penginapan lagi tapi ibarat cakap dengan biskut. Diorang tak faham english dan tak cuba untuk faham pun. Grrr… Nak menipu letak nama hotel sesuka hati pun tak boleh sebab takde network nak Google. Takkan nak letak nama hotel sunway atau hotel perdana pulak kann… Nampak sangat membongak. Hahaha.. So next time kalau nak datang Japan pastikan korang dah tahu alamat atau nama hotel tempat korang nak stay tu.20161002_093108Akhirnya settle jugak lepas sejam lebih sangkut kat kaunter imigresen tu. Mr. Ryoma Miyoshi dari Japan dah lama tunggu kat luar. Dia yang akan guide kitorang sepanjang di Japan.

Trip kali ni adalah untuk menjelajah Kyushu. Nak tahu apa program hari pertama aku dan geng blogger, korang kena tunggu next entry k…

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/

Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu

Loading

Filed Under: Travel Tagged With: Bercuti, Blogger, Cuti-cuti, Japan, travel

« Tak sabar nak menikmati pemandangan indah di Kyushu, Japan
Hari kedua Trip ke Kyushu.. Pengalaman dibenam dalam pasir gunung berapi… »

Comments

  1. YB Shehan says

    October 2, 2016 at 12:11 pm

    Fuyooo. Live update. Cool

    Reply
  2. Athirahassin says

    October 2, 2016 at 12:18 pm

    Best gila wehhh… biasa japan trip cuba elak baca sbb tkt xtahan nak pegi gak.. hahahahahah

    Reply
  3. mas saari says

    October 2, 2016 at 1:34 pm

    susah gak yer nak lps imigresen..

    Reply
  4. Fieza Sani says

    October 2, 2016 at 2:05 pm

    wow..pantas update..jepun kan sangat bangga dengan bahasa dorang..hehe..so mmg bertabah la nak speaking..

    Reply
  5. nadia johari says

    October 2, 2016 at 2:24 pm

    Ok kena tulis ni.kena tulis alamat dan nama hotel

    Reply
  6. sayaiday says

    October 2, 2016 at 7:16 pm

    Wahhhh seronoknyaaaa. siap live update ni. hehehehe take care kt sana 🙂

    Reply
  7. KiD says

    October 3, 2016 at 11:37 am

    Harapkan sohok, tapi dia tak tau cakap Jepun. keh keh keh

    Reply
    • explorasa says

      October 8, 2016 at 4:00 pm

      aku rieks jer. tak gabra pun

      Reply
  8. Uncle Zuan says

    October 3, 2016 at 5:17 pm

    hehe best gak pengalaman macam ni..

    Reply
  9. Mama Kembar 3 says

    October 3, 2016 at 7:07 pm

    Hahaa hotel perdana? Haha. Ok ok lenkali pi jepun kena pastikan tahu nama hotel siap siap

    Reply
  10. Kerja sendiri says

    October 5, 2016 at 12:34 am

    Dari dulu lagi dengar2 cerita, org jepun tak suka berbahasa org putih. Tak semualah mcm tu maybe majority je la haha.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative