Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hari kedua Trip ke Kyushu.. Pengalaman dibenam dalam pasir gunung berapi…

October 3, 2016 by Admin 14 Comments

Spread the love

Semalam aku dah cerita perjalanan aku ke Fukuoka yang penuh drama. Bergelut kat imigresen, masalah bahasa dan toleransi sebenarnya. Korang boleh baca entry hari pertama Trip to Kyushu… Pengalaman dan pengetahuan baru untuk aku juga sebenarnya…20161008_060450Keluar jer dari airport, kitorang disambut dengan mesra oleh Mr.Ryoma iaitu muslim tour guide yang memang berasal dari Jepun. Peramah dan very nice guy. Kedatangan kitorang berlima sebagai blogger semestinya untuk mempromosikan Kyushu dan semestinya Mr.Ryoma sangat memahami keperluan utama kami untuk tujuan promosi ni iaitu dengan membekalkan WiFi device kepada setiap seorang. WiFi device ni sebenarnya korang boleh sewa kat airport tapi sorry sebab aku tak sempat nak chek berapa harga sewa kat situ sebab kitorang dah rushing untuk naik keratapi laju ke Kagoshima. 20161003_042025Dari Fukuoka Airport kitorang ke Hakata Station menggunakan teksi untuk naik Kyushu Shinkansen atau bullet train ke Kagoshima. Jangan terkejut harga tiket train ni sekitar RM430… Perghh… Mahal giler! Jarak antara Hakata Station ke Kagoshima aku agak macam KL ke JB kot sebab kalau dengan kereta makan masa 3 jam lebih tapi dengan bullet train ni hanya 1 jam 15 minit.

Sebelum naik train kitorang tapow makanan Jepun atau bento box kat Hakata Stesen sebagai bekal makanan dalam train. Walaupun train laju giler tapi smooth jer, takde la rasa terganggu nak makan.
20161003_041636Ni bento box yang aku pilih. Rugi kalau datang Jepun tapi tak try makanan local macam ni. Walaupun aku bukan penggemar makanan Jepun tapi tekak aku masih boleh terima makanan yang macam ni. Masih boleh membuatkan aku rasa kenyang…20161003_042011Keadaan dalam train agak selesa menyebabkan perjalanan 1 jam lebih terasa kejap jer… Sampai kat Kagoshima, van khas dah pun menunggu untuk bawa kitorang ke lokasi pertama iaitu Segan-en untuk tengok pemandangan indah Gunung berapi Ontake yang terletak di Pulau Sakurajima. Subhanallah! Lawa giler view kat sini. Mata tak lepas memandang.

Sengan-en Garden
Merupakan sebuah taman tradisi Jepun yang berlatarbelakangkan gunung berapi Ontake, Sakurajima. Taman ini mempunyai landskap yang sangat cantik dan dijaga dengan baik. Pengunjung boleh memasuki taman ini dengan bayatan ¥1,000 yen untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Waktu operasi adalah bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

20161008_062219Sekarang ni baru masuk musim autumn tapi cuaca tak menentu. Masa kitorang kat sini hari tu cuaca agak panas cuma tak seterik panas kat Malaysia. Kiranya masih boleh nak ber’possing’ ala model kat sekitar taman ni. Serius cantik sangat landskap yang diorang buat ditambah pulak dengan pemandangan puncak gunung berapi Ontake yang sangat jelas.

Gunung Berapi Ontake, Sakurajima
Merupakan gunung berapi paling aktif di Jepun dan masih lagi aktif sehingga kini. Letusan terakhir adalah pada tahun 2013. Walaubagaimanapun, masih terdapat penduduk setempat yang masih tinggal di kaki gunung berapi ini yang menyara kehidupan sebagai petani dan nelayan. Pengunjung juga boleh ke Pulau Sakurajima dengan menaiki feri dari Kagishima Port dengan bayaran ¥160 yen.

Korang kalau datang sini jangan lepaskan bergambar sepuasnya sebab view macam ni bukan senang nak dapat. Meh aku tunjuk bakat terpendam aku sebagai model. Hahaha…20161003_04183520161003_04164920161003_04170020161003_04171220161003_04173320161003_041723Gambar atas ni aku rasa macam ensem lak. Hahaha… Dah puas ambik gambar kitorang bergerak ke hotel di Ibusuke. Dalam perjalanan, mata ni tak lepas memandang view gunung berapi Ontake tu. Ya Allah, macam pemandangan lukisan depan mata. Sebab dah tak tahan melihat view yang superb tu, sudahnya kitorang mintak  van singgah dibeberapa tempat lagi untuk bergambar dan menikmati pemandangan sepuasnya. Hehehe…20161003_04180620161003_04182020161003_04185920161003_04191220161003_041926Aku tak tahu bila pulak nak dapat peluang tengok view yang macam ni lagi.

Disebabkan kawasan Kagoshima agak besar, hampir 1 jam jugak perjalanan untuk ke Hotel Ibusuki Iwasaki. Tapi dalam perjalanan tu kitorang sempat singgah di Masjid Kagoshima. Kecik jer masjid di Kagoshima ni, macam surau kat tempat kite jer. Walaupun penganut agama Islam kat sini tersangat kecil bilangannya, tapi dengan adanya masjid ni diorang dapat berkumpul dan berkomuniti.img-20161008-wa0019

Nampak tak masjid kat bangunan ni yang ada pokok kecik menghijau tu. Yang uniknya kat dalam masjid ni diorang deco macam nak buat birthday party jer. Aku tak pasti sama ada dekorasi macam ni kekal atau hanya sementara untuk sambutan sesuatu majlis sahaja.20161008_154721Okeh… Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan yang mana kat situ nanti kitorang akan buat aktiviti sand bath. Kedudukan hotel agak terasing dari bandar dan ketibaan kami disambut mesra kakitangan hotel. Mulanya aku tak belum nampak keistimewaan hotel ni lagi sehinggalah aku masuk ke dalam bilik. Oh my God!!! Disebabkan kedudukan hotel ni yang berada diantara dua gunung berapi iaitu gunung berapi Ontake dan gunung berapi Kaimondake, dapatlah kami melihat view yang sangat indah ni langsung dari balkoni bilik. InsyaAllah nanti aku akan buat review khas pasal Hotel Ibusuki Iwasaki ni.

20161003_084306

Disebabkan kedudukan hotel ni yang berada dalam lingkungan kawah gunung berapi, terdapat beberapa tempat di sekitar Ibusuki yang mempunyai kolam air panas semulajadi. Disebabkan itu, pasir disekitarnya juga mengandungi haba yang mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan sekiranya digunakan secara betul. Oleh sebab itu, hotel ini menyediakan aktiviti spa kesihatan dengan kaedah semulajadi yang dipanggil sand bath.

Sand Bath
Merupakan tarikan utama di Hotel Ibusuki Iwasaki. Sand Bath memerlukan pengunjung berbaring di atas pasir panas yang digali sedikit dan kemudiannya ditimbuskan pasir panas keseluruh badan kecuali bahagian kepala. Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini adalah ¥1,000 yen atau bersamaan RM40. Tempoh masa maksimum berada dibawah timbunan pasir adalah 15 minit sahaja. Pengunjung wajib menanggalkan semua pakaian dan hanya memakai pakaian yukata khas yang disediakan. Selepas bangun dari timbunan pasir panas, pengunjung perlu berendam di dalam kolam air panas yang telah disediakan untuk beberapa ketika sebelum boleh membersihkan diri. Antara manfaat kesihatan aktiviti sand bath adalah melancarkan peredaran darah, menyegarkan badan, mengurangkan masalah athma, menyembuhkan sakit sendi dan macam-macam lagi.

Ini merupakan pengalaman berharga untuk aku dan rakan-rakan blogger. Aktiviti macam ni rasanya tak boleh dapat kat tempat lain. Cuma agak janggal rasanya bila ditanam dengan hanya kepala jer kat luar. 16-10-03-04-06-23-051_decoPanas oiii… Mula-mula macam tak tahan tapi lepas tu dah semakin selesa. Berpeluh-peluh badan bila haba pasir mula meresap dalam badan.16-10-03-04-03-37-788_decoSelesai aktiviti sand bath ni, mulanya badan akan terasa letih untuk seketika tapi kemudiannya baru terasa segar dan bertenaga. Lenguh badan dan kaki akibat berjalan seharian pun hilang.

Makan malam kami untuk malam pertama adalah disediakan di hotel ini juga dengan tema buffet makanan Jepun. Nak makan kat sini kena sentiasa peka supaya tidak terambil makanan yang tidak halal.

Hari pertama menjejakkan kaki di bumi Jepun terasa sangat menarik dengan keindahan panorama dan keistimewaan lain yang hanya terdapat di Jepun. Kagoshima telah berjaya menambat hati aku dan semoga aku dapat kembali lagi ke sini bersama keluarga supaya diorang juga dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah ni sepertimana yang dapat aku lihat dengan mata aku sendiri.

Ok tunggu next entry aku untuk hari ke-3 Muslim Trip ke Kyushu sebab hari esoknya ada banyak lagi tempat menarik yang kami pergi.

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip in Kyushu Japan
Website : https://www.jnto.go.jp/

Blogpost berkaitan :
– Teaser Muslim Trip ke Kyushu
– Hari pertama Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kedua Muslim Trip ke Kyushu
– Hari ketiga Muslim Trip ke Kyushu
– Hari keempat Muslim Trip ke Kyushu
– Hari kelima dan terakhir Muslim Trip ke Kyushu

Filed Under: Travel Tagged With: Bercuti, Cuti-cuti, Japan, travel

« Hari pertama trip ke Kyushu, Japan. Kena tahan imigresen sejam!
Hari Ketiga Trip ke Kyushu, dapat buat produk kristal dan makan ramen Jepun yang sangat sedap. »

Comments

  1. Ben Ashaari says

    October 3, 2016 at 2:26 pm

    Best ! Tak sabar nk g sana semula

    Reply
  2. lisa says

    October 3, 2016 at 2:30 pm

    BESTNYA!!! RUGI TAK IKUT .

    Reply
  3. Shazillahsani says

    October 3, 2016 at 2:34 pm

    Cantiknya gambar dan pemandangan disana.

    Reply
  4. YB Shehan says

    October 3, 2016 at 2:58 pm

    Pergh. Jeles. Lawa gila. Nak jgkkk pegi. Hihi

    Reply
  5. Shiqeen sattar says

    October 3, 2016 at 2:59 pm

    Woww bestnya.. nak sand bath gak

    Reply
  6. athirahassin says

    October 3, 2016 at 3:49 pm

    perghhh best gila.. ok jeles sikit.. hehhe

    Reply
  7. mas saari says

    October 3, 2016 at 4:56 pm

    bestnya! permandangan pun cantik sangat! harap ada rezeki ke sana..

    Reply
  8. Uncle Zuan says

    October 3, 2016 at 5:15 pm

    not bad gak. boleh letak dalam bucketlist

    Reply
  9. ana zarin says

    October 3, 2016 at 5:38 pm

    Bestnya lah…bila lah dapat travel ke negara luar

    Reply
  10. Mama Kembar 3 says

    October 3, 2016 at 7:04 pm

    Cantiknya view! Bestnyaaa… ehh dalam train tu nampak cam dalam flight je kan

    Reply
  11. JMR says

    October 4, 2016 at 9:30 am

    hehe..welcome to my kampung. 3 tahun di kagoshima sebatang kara..bg aku, korang mmg bertuah! enjoy it!

    Reply
  12. Nisa Kay says

    October 10, 2016 at 6:24 pm

    terkejut kite wak tengok pic model mana la tadiii

    Reply
  13. PCL says

    October 25, 2016 at 4:36 pm

    Cantik menarik view gunung berapi tu.. subhanallah. Teringin nak pi jepun gak.

    Reply
  14. Afiq Halid says

    October 25, 2016 at 8:15 pm

    Bersihnya tempat diorg. Sedap sikit mata memandang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative