Tiap kali family trip, aku akan jadi tukang booking penginapan sebab aku jer yang rajin dok menggoogle penginapan apa yang best dan sesuai. Tahun ni punya trip kitorang repeat ke Langkawi sekali lagi. Dulu dah buat macam-macam aktiviti dah, korang boleh klik baca percuti ke Langkawi kitorang dulu. Tapi trip kali ni lebih kepada santai dan hanya lepak-lepak tepi pantai jer. Sebab tu aku kena betul-betul google resort mana yang paling best dan sesuai dengan budget yang ada kat Pantai Cenang, Langkawi. Kriteria yang mesti ada kat resort tu mesti lah betul-betul tepi pantai untuk kemudahan kitorang nak ulang alik main air laut.
Susah jugak sebenarnya nak jumpe review blogger pasal resort-resort yang ada kat Pantai Cenang ni. Sudahnya aku hanya boleh berpandukan kepada review dan gambar dalam online booking jer macam kat agoda, expedia, traveloka dan macam-macam lagi walaupun gambar dalam web tu dah tak sama dengan keadaan sebenar. Huhuhu… Akhirnya aku booking Grand Beach Motel sebab berpadanan dengan harga, saiz bilik dan kedudukan bilik. Harga untuk bilik aku booking ni adalah RM200 untuk 1 malam. Ni harga cuti sekolah, kalau bukan cuti sekolah mungkin murah sikit kot.Aku booking 3 family room dan setiap bilik ada 2 katil queen dan semua bilik adalah bersebelah dan kat tepi pantai. Walaupun aku nak bilik yang mengadap pantai tapi kat Grand Beach Motel takde yang mengadap pantai, hanya mengadap sisi pantai jer macam dalam gambar atas ni. Hurrmm… Kira ok la jugak. Kena keluar selangkah dari pintu bilik baru nampak pantai.Keadaan dalam bilik masa chekin agak bersih dan kemas. Bilik agak luas, kiranya boleh la nak tambah tilam extra atau alaskan dengan toto kat bawah tu. Ade meja solek dan jugak almari pakaian dengan beberapa penyangkut baju kat dalam tu. Dalam almari tu jugak ada extra bantal lagi 3 biji kalau tak silap aku. Kiranya banyak jugak la bantal yang disediakan dalam bilik ni. Kalau nak extra tilam boleh mintak kat reception, diorang kenakan caj RM10 untuk 1 tilam single untuk 1 malam. Gambar tilam extra tu lupe pulak aku nak ambik tapi tilam memang ok jer, tak lusuh pun.Ada tv yang hanya boleh tengok chanel TV1 dengan TV3 jer, chanel lain semue tak jelas. Bilik aku jer yang dapat tv gemok tu, 2 bilik lagi dapat tv flat screen. Huhuhu… Kalau korang perasan, bawah tv tu ade mini freezer untuk simpan stock air sejuk. Setiap bilik jugak ada disediakan kettle untuk masak air panas, yang ada anak kecik macam aku memang sangat perlukan mendalah ni untuk buat susu.Haaa… bilik aku ada disediakan iron tapi iron board takde, kena alas kain la kalau nak iron tudung. Tapi bilik yang 2 lagi takde pun iron. Aku syak iron ni mungkin kena request kat reception kot tapi diorang lupe return balik dan tinggal kat bilik aku, agaknya laaa…Keadaan dalam bilik air ok jer cuma tekanan air water heater tu sangat slow. Hampir tak boleh guna sebab slow sangat. Nasib baik air paip kat bawah tu laju jer, so nak mandi tadah jer air dalam baldi tu pastu mandi guna air dalam baldi jer. Table top dalam bilik air tinggi giler, ntah apa motif diorang buat tinggi macam tu. Bagusnya bilik ni sebab kedudukan bilik air ade kat tepi pintu masuk jer, senang kalau lepas mandi manda tepi pantai boleh masuk terus ke bilik air. Takde la berpasir teruk sangat kat dalam bilik.
Tapi kalau dah nama pun bilik tepi pantai, pasir dalam bilik tu memang tak boleh nak elak dah. Cuma aku harap pihak resort kena sediakan penyapu untuk setiap bilik. Senang nak sapu pasir yang ada dalam bilik. Kitorang hari tu kebetulan pergi rumah sedara kat langkawi pastu kat rumah die ade penyapu lama, siap mintak kat die bawak balik resort. Kehkehkeh… So kalau korang pergi resort ni dan ade penyapu dalam bilik, kemungkinan tu penyapu yang kitorang tinggal untuk diwakafkan. Wakaka…Tepi bilik aku gazebo kecik yang tak berapa sempurna ni untuk lepak tapi yang tak bestnya ade jer ntah sape-sape yang datang melepak situ. Mungkin gazebo tu bukan khas untuk guest resort ni la kot. Huh..Ni view dari depan bilik aku mengadap ke arah pantai. Satu yang aku suka pasal resort ni sebab pantai depan resort ni tak sesak dan penuh dengan orang macam kat area resort lain. Mungkin sebab resort ni dah agak kat tepi dan hujung-hujung. Walaupun dah kat hujung-hujung, area depan resort ni ade banyak jugak kedai makan, kedai runcit dan jualan macam-macam. So, senang la nak keluar beli apa pun.
Haa terlupe nak cerita 1 peristiwa. Ada sekali masa 1st day hari tu adik aku terkunci pintu bilik dan kunci tertinggal kat dalam bilik. Kitorang pergi mintak kunci spare kat kaunter dan peliknya sebab resort ni takde kunci spare. Pastu kena tunggu diorang datang dan cungkil pintu tu. Aku tak pasti die buat macam mana tapi last-last dapat jugak la bukak pintu. Cuma pelik la jugak sebab diorang takde kunci spare, bukan susah pun nak buat kunci pendua. Haihhh… Kalau owner resort ni baca harap die take note bende ni.
Korang boleh call Grand Beach Motel di 04-955 1457 untuk booking dan pertanyaan atau kalau korang nak cari resort menarik tepi Pantai Cenang ni boleh try ushar entry yang aku dah buat sebelum entry ni. Ada 9 pilihan resort yang mungkin korang boleh pertimbangkan kalau nak bercuti ke Langkawi.
AZARE says
BOLE DAPAT NO TEL GRAND BEACH MOTEL UNTUK DIHUBUNGI. NO. TEL 04-9551457 TELAH DITAMATKAN PERKHIDMATANYA.
bole call sy untuk booking bilik : 012-6363901
Tk
Azare