Tahun ni aku lambat sikit bercuti dan balik kampung sebab Miss Permaisuri kena bertugas jadi pengawas SPM. Kena jaga bebudak exam. Tunggu habis SPM 6hb Disember hari tu baru kitorang gerak balik kampung. Balik kampung kali ni memang aku plan balik lama sikit sebab aku pun dalam tempoh bercuti sebab baru lepas buat pembedahan lutut bulan lepas. Alhamdulillah aku dah boleh jalan secara normal dalam tempoh 4 minggu lepas operation, dah inform fisioterapis yang jaga aku tu untuk skip fisio 2 minggu sebab balik kampung. Die pun ok jer sebab tengok perkembangan aku yang positif cuma ade la die pesan suruh buat beberapa senaman kat rumah untuk pastikan progres lutut aku ni tak terbantut.
Lepas 2 minggu aku kat kampung, aku balik ke KL sorang diri sebab ada beberapa urusan nak kena settlekan termasuk kena buat fisio. Miss Permaisuri dengan anak-anak aku tinggalkan kat kampung sementara aku balik pulak nanti untuk ambik diorang. Masa balik KL baru-baru ni, terkejut aku bila bukak jer pintu rumah dengar bunyi air mencurah-curah kat dapur. Ingatkan paip pecah, rupanya pili air kat singki tak tutup. Air mencurah-curah sampai habis basah 1 dapur. Perghhhh… Bayangkan aku balik kampung 2 minggu dan pili air tu dok mencurah selama tempoh tu. Letih drive dari kampung tak habis lagi, dah 1 hal pulak nak kena uruskan keadaan kat dapur tu. Huhuhu…
Tahu tak kenapa boleh jadi pili air tu tak ditutup masa kitorang balik kampung? Sebenarnya masa nak balik kampung hari tu, ada gangguan bekalan air kat area rumah aku. So memang tak perasan pun pili tu ditutup ke tak sebab air tak keluar dari pili. Lepas bekalan air dah ade, rupanya kepala pili tu tak di tutup dan air keluar mencurah-curah kat dalam sinki. Itu puncanya…Aku dah agak dah mesti bil air melambung bulan ni sebab 2 minggu kot membazir air gitu jer. Hari ni bile bil air dah sampai terkejut beruk la aku sebab bil mencecah RM131.55. Perghhhh… Padahal dah 6 tahun aku tinggal kat rumah ni bil air sentiasa kosong setiap bulan sebab subsidi dari kerajaan Selangor. Tapi apa boleh buat kan, nak tak nak kena la bayar jugak. Nasib baik tak cecah ribuan ringgit. Huhuhu… Orang lain kat negeri Selangor dok berjimat air sebab selalu ada gangguan bekalan air tapi aku membazir sampai tahap macam ni. Adoiyaiii… Ampunnn… Kecuaian yang tidak disengajakan.
Tahu tak berapa penggunaan air aku bulan ni yang tertulis dalam bil? 86.95m₃ kooooo!!!! Giler ar! Tahu tak banyak mana tu?Lebih besar dari saiz kolam renang yang ada kat rumah-rumah orang kaya tuu. Bayangkan kolam yang panjangnya 10 meter dan lebar 5 meter dengan kedalaman 1.2 meter pun hanya memerlukan 60m₃ air jer… Huhuhu… Rasa membazir sangat, tak tahu nak say sorry kat sape tapi memang agak terkilan gak sebab sumber air yang sangat penting ni terbazir gitu jer. Huhuhu…
yanamib says
benda paling x best time xde air gini laa…ayah aku selalu buat gini, time takde air dia pi bukak paip air…pastu xtutup blk…dia biar je terbukak…pnh jd time aku blk keje tgk air mengalir je kt sinki dapur…mujur seharian je (office hr) so xde la smpi banjir…pastu tiap hr aku akn check paip before keluar pi keje…haha sabar je lahh
Admin says
Hahaha… Aku 1st time jadi… 2 mggu lak tu… Cisss…
JMR says
patutlah selangor takde air, habis sebab abam rupanya..
hahaha
Admin says
Hahahhaa… Aku pun syak sbb aku gak.. Mohon maaf rakyat Selangor.. Hahaha
Anuar says
Uishhh… Banyak tu… Dah macam ada swimming pool dekat rumah…
JULIA JOHARI says
Pernah terjadi…tp dalam tempoh beberapa jam je…kes yer mcm kat atas baru2 ni la…huhhh tak pe lah lan nak buat cm ne…baik banjir rumah dari kena rumah terbakar kan lan…moga istiqamah lepas ni…
insyaAllah jumpa isnin ni…gathering Bangi Wonderland KBBA yeyyy
Husein Rider says
memang selalu terkena kalau tak ingat nak tutup air. Bertabah la..
Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html
titan says
adeh..
banyak jugak tu kalau lebih seratus beb.
kat banting dulu..tetiap bulan free aje.
haha..
Blogger Lelaki says
aku pernah kena..masa baru masuk rumah baru dulu…sekali balik kampung..datang balik dah banjir rumah aku…nasib baik masa tu meter belum pasang…hahaha
Mama Kembar 3 says
mak aih banyak nya terbazir air huhuhu
nilam himawari says
Uish kalau macam ni memang. Hee
takpala tak dak rezki lah tu
Uyul Rosli says
Boleh tahan banyakk jugakk tuhh. Fuhh lepas nih kena lebih hati hati bangg