Antara bola sepak dengan badminton, aku lagi minat badminton. Dulu aku aktif ber’badminton’ setiap minggu sampai la aku dapat kecederaan ACL dan start dari tu aku dah terpaksa stop main. Pernah dulu sebelum ada anak siap berangan nak hantar anak pergi kelas badminton sejak dia kecil lagi. Biar die besar nanti boleh jadi player negara. Cewaahhh… Berangan bukan kena bayar pun kan…Sekarang bila dah ada anak, angan-angan aku tu masih lagi ada dan macam dipermudahkan pulak bila dalam kawasan perumahan aku ada akademi badminton. So, start semalam 8 Januari 2017 aku mula hantar Akiff untuk kelas badminton. Pendaftaran untuk join kelab badminton ni hanya RM50 jer dan bulanan RM150. Untuk permulaan, Akiff akan jalani latihan badminton setiap hari ahad selama 2 jam. Seminggu sekali jer.
Sebenarnya aku tak tahu sukan apa yang Akiff minat. Yang aku tahu Akiff memang suka main. Standard bebudak la kan, semua benda pun dia suka. So, aku cuba dengan badminton dulu dan Akiff agak teruja dengan sesi couching semalam. Sebelum ni Akiff tak pernah main badminton langsung tapi semalam diorang ajar die cara pegang raket yang betul, posisi kaki dan tangan yang betul. Pastu ade la modul latihan diorang. Aku pun sambil-sambil tunggu Akiff tu dapat jugak la belajar. Hehehe…
Yang bestnya kelab badminton ni sebab diorang asingkan bebudak ikut level. Macam Akiff baru umur 6 tahun, die akan berlatih dengan bebudak umur lebih kurang sebaya die. Semalam ada 2 orang budak umur 5 tahun dan sorang 6 tahun. Bagus la sebab 1 kelas tak ramai orang, jadi coach senang nak fokus setiap sorang.
Coach yang ajar Akiff semalam nama Coach Hendra, berasal dari Indonesia. Ade coach lain juga tapi aku tak ingat nama. Coach kat sini memang bertauliah dan mempunyai sijil kejurulatihan. Semalam couch Hendra cakap raket yang Akiff guna tu agak berat untuk budak besar die. Tu yang buatkan die lagi susah nak sesuaikan diri dengan raket. Jadi kalau nak yang terbaik seeloknya tukar raket yang lebih ringan untuk Akiff. Aku nak beli takut tersalah beli lagi, so semalam aku mintak tolong couch belikan raket yang sesuai untuk Akiff. Next week Akiff akan gunakan raket baru laaa… Harap-harap die lagi bersemangat.
Akiff umur 6 tahun pun aku dah rasa macam terlalu awal hantar die ke kelas badminton tapi sebenarnya tak pun. Ade jugak student kat situ yang umur 5 tahun dah start main badminton. Semalam aku tengok budak yang 5 tahun tu dah cekap pukul shuttle cock untuk bagi lepas jaring. Kagum la jugak. Tak sabar tunggu Akiff macam tu jugak.
Masih terlalu awal untuk aku letak target nak tengok Akiff maju dalam sukan badminton, cuma buat masa sekarang motif aku hantar Akiff ke kelas badminton adalah untuk sediakan dia dengan 1 aktiviti sihat berjadual. Sebab dengan bersukan juga dapat membentuk diri dan disiplin diorang jugak. Dengan bersukan jugak dapat menjadikan diorang lebih kuat dan kental. Lagi pun, aku tak nak hanya fokus kepada pelajaran semata-mata. Umur macam Akiff ni masa untuk diorang bermain dan enjoy dengan kehidupan kanak-kanak diorang dan bersukan macam ni adalah salah satu cabang permainan yang aku pilih untuk Akiff. Sekarang ni aku nak tengok dulu sejauh mana minat Akiff dalam sukan badminton, kalau dia ok aku akan teruskan selagi dia nak.
Tahniah Akiff…
Boleh jadi pemain pelapes negara ni…
Salam. Tumpang tanya. Kat mana ye akademi latihan badminton ni? Terima kasih.
Kat Taman Tun Perak, Cheras.
yup.
pendedahwan awal tu penting.
main badminton bagus.
budak susah nak gemuk.
Tumpang tanya.. boleh bg contact number x? Mcm berminat nak hantar anak jugak.. tq
boleh try contact coach direct 018.871.418.9
salam encik…nk tanya…badminton anak masih diteruskan ka? ada lagi tak tempat untuk saya masukkan anak saya 9thn. no. phone tak dapat contact.
Anak saya masih training di situ. Contact coach Hendro 018.871.418.9.. Try whatsApp kalau x boleh calll..
Hi.. Bole tahu x kat mana anta anak belaja rbadminton mohon share bole…
Lokasi di Cheras. Area Bandar Tun Hussien Onn.
Salam tuan, training centre ni yg bdekatan dgn BTHO tu ka, blh dapatkan no hp tuan, utk sy bincang2
Wslm. Yer btul tuan. Boleh hubungi saya 0134307848 untuk tanya lebih lanjut.
Salam tuan anak tuan guna raket dewasa or raket untuk kanak kanak?