Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Bunyi Guli

June 22, 2011 by Admin 2 Comments

Spread the love
Suatu pagi pada jam 6.30 pagi selepas mandi (bukan mandi wajib ok), aku terdengar bunyi guli jatuh melantun di atas lantai beberapa kali sebelum kembali sunyi sepi… masa tu aku masih dalam bilik… baju aku ada kat bilik sebelah… bunyi guli tu membuatkan aku berhenti melangkah untuk ke bilik sebelah… aku berkira-kira untuk mengejutkan puan permaisuri yang sedang asyik lena disebelah superhero aku…

…………………………………………………

Puan permaisuri aku tak jadi nak kejutkan tapi aku mengumpul kekuatan untuk membuka pintu bilik dan keluar mendapatkan baju di bilik sebelah… bunyi guli masih jelas kedengaran beberapa kali… selepas bersiap aku mengejutkan puan permaisuri dan menanyakan adakah dia turut mendengar bunyi guli tersebut… dan sah puan permaisuri juga jelas mendengar bunyi guli itu… puan permaisuri cuba menyedapkan hati dengan mengatakan bunyi tersebut datang dari rumah di tingkat atas…

………………………………………………..

Sesuatu yang aku tidak maklumkan kepada puan permaisuri ialah semasa aku mengemas rumah dulu, aku terjumpa sebiji guli di dalam rumah tersebut dan telah membuangnya… itu adalah punca kenapa aku agak cuak bila mendengar bunyi guli tersebut…

…………………………………………………

Beberapa hari selepas itu, pada jam 4 petang… aku sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan apa ntah dan pada ketika itu aku skali lagi terdengar bunyi guli seperti yang aku dengar beberapa hari lepas… yaa… kali ini memang jelas bunyi itu kedengaran…

…………………………………………………

Jahanam rumah atas ni… yang ko biar anak ko main guli awal pagi sape suruh… bongok…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Rumah

« Sampah
Muhammad Akiff Mirza Bin Mohd Azlan »

Comments

  1. Anne J says

    June 23, 2011 at 6:13 pm

    serious seram..sep bek bkn betol..huhu..

    Reply
  2. careno says

    November 30, 2011 at 11:24 pm

    tu la pasal… hehehe…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative