Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Sampah

June 2, 2011 by Admin 15 Comments

Spread the love
Ruang tamu settle.. tandas settle… dapur settle… semua bilik pun dah cun… lega rasanya bila berjaya kemas rumah yang sebelum ni aku rasa sangat mustahil untuk aku kemas… sepanjang 7 tahun aku kat KL ni, ini kali ke 6 aku pindah… dan harapnya ini kali terakhir aku berpindah kat KL ni…

……………………………………………………

Aku nak story sikit pasal kes terbaru masa proses aku nak pindah rumah baru ni… segala jadah barang-barang yang aku rasa tak perlu aku masukkan dalam plastik sampah dan aku buang… pagi sebelum pergi kerja aku akan bawak plastik atau kotak yang berisi sampah untuk aku buang kat rumah sampah. Semalam aku bawak dua plastik hitam berisi langsir lama yang dah reput dan carpet lama yang dah lusuh…

……………………………………………………

Dari jauh sebelum sampai kat rumah sampah aku dah nampak uncle india ni dok terpacak kat depan rumah sampah tu… sampai jer kat situ uncle ni terus menghampiri aku dan ambik sampah aku tu dan tolong buang dalam tong besar yang ada kat situ… dalam fikiran aku masa tu “bagus betul uncle ni… tak pernah aku jumpa servis free macam ni”… iyerla, orang lain yang nak pergi kerja naik kereta biasanya akan letak sampah kat atas bonet belakang kereta dan bila berhenti kat situ uncle tu akan tolong ambil sampah tu dan buang dalam tong. Ia menjimat masa dan tidak mengotorkan tangan kita… aku terfikir jugak, mungkin uncle ni mengharapkan barangan yang dibuang disitu masih boleh digunakan dan dikitar semula… berapa sen la sangat dia dapat kan… kesian pulak bila difikirkan balik…

……………………………………………………

Pukul 11 malam semalam aku keluar seorang diri mencari udara segar di luar… sebelum keluar aku ambik 1 lagi plastik sampah untuk dibuang dan kali ni aku bukak untuk tengok apakah isi perut plastik tu sebelum aku buang… “hah!!! carpet lusuh???? rasanya pagi tadi aku dah buang… macam mana boleh ada balik dalam rumah aku ni… tak kan uncle tu datang hantar balik kat aku… mungkinkah carpet ni ada kuasa seperti tikar terbang untuk pulang kembali kepada tuannya… aku terdiam seketika… Mungkinkah?????? Hahh… Jantung aku mula berdegup laju… Wajah puan permaisuri mula terbayang dalam fikiran aku… oh tidakkk….!!!!

…………………………………………………….

Pagi tadi sebelum pergi kerja seperti biasa aku bawak plastik sampah terakhir yang ada untuk dibuang dan kali ni aku sangat mengharapkan kelibat uncle tersebut di situ. Tapi sayang sekali uncle tersebut bercuti, mungkin hasil semalam sangat lumayan untuk dia bercuti beberapa minggu… manakan tidak, salah satu plastik hitam yang aku buang semalam tu berisi kasut-kasut puan permaisuri yang berpuluh pasang tu dan termasuk jugak kasut sukan aku dan kasut untuk aku jenjalan… nilai kasut-kasut tu semua dianggarkan Rm1,000… OMG!!!!

…………………………………………………….

Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih lagi mengumpul kekuatan dalaman untuk memaklumkan tragedi 1 Jun ini kepada puan permaisuri…. semoga aku tabah menghadapi leteran puan permaisuri…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: sampah, Sketsa

« Skill meniduri
Bunyi Guli »

Comments

  1. ~sahfm~ says

    June 2, 2011 at 8:30 am

    lawak…lawak…..

    Reply
  2. careno says

    June 2, 2011 at 9:15 am

    lawak? huhuhu… kerugian besar ni… jenuh la zaza marah nnti… huhuhu…

    Reply
  3. Anonymous says

    June 2, 2011 at 9:56 am

    mesti uncle tu igt encik yg buang kasut² tu org yg sgt kaya…haha…

    Reply
  4. careno says

    June 2, 2011 at 10:14 am

    tu la pasal kan… kayanya aku… huhuhu…

    Reply
  5. Anonymous says

    June 2, 2011 at 3:14 pm

    koh3.. sbb kan kesian kat uncle tu, ko kasi kasut2 tu kat dia.. baju2 yg tak pakai tu mana? kasi je.. hihi..

    Reply
  6. careno says

    June 2, 2011 at 4:23 pm

    baju2 tu ade lg kat umah aku… kalau uncle tu nak tukar baju2 aku tu dgn kasut tu pun aku sggup… huhuhu…

    Reply
  7. careno says

    June 2, 2011 at 4:24 pm

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  8. siti zawiah says

    September 14, 2014 at 12:56 pm

    kesiannya..tersalah buang..huhu

    Reply
  9. irrayyan says

    September 14, 2014 at 3:24 pm

    Haha.. Rugi rugi…

    Reply
  10. Marziah Zakaria says

    September 15, 2014 at 12:15 am

    kah kah..chek pun terasa nak tolong berletiaq ni…

    Reply
  11. Dkna Abza says

    September 15, 2014 at 10:28 am

    kah kah kah.. mesti zaza mintak ganti kasut2 baru kan hahaa

    Reply
  12. Farah Waheda Wahid says

    September 15, 2014 at 11:27 am

    satu kerugian besar ni…

    Reply
  13. Erra Kyra says

    September 15, 2014 at 4:07 pm

    Haha aduhai..kesiannya..

    Reply
  14. Hanim Hashim says

    September 15, 2014 at 4:07 pm

    Sujud syukur uncle tu gamaknya hehe 😀

    Reply
  15. Mila Hilas says

    October 8, 2014 at 3:06 pm

    so ape kesudahan cete ni?? uncle tu mmg dh xde eh kat ctu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative