Berdue dengan Akiff kat rumah semalam agak mencabar jugak… Akiff dah biase tido dalam buaian letrik… tapi buaian tu gua dah bagi kat mak sue… so, malam memang takde buaian letrik lagi dah… pakai tangan jer la… masalahnyer Akiff ni akan terjaga kalau buaian tu berhenti bergerak… huhuhuu… lengoh la tangan abah…
Takkan nak beli satu lagi kowt untuk kat rumah punyer… mahal kowttt… pokai dah ni… hmmm… kena layankan jugak laa… Jadual tido Akiff biasanya pukul 7 hingga pukul 8… dah try adjust dah tapi time ni jugak die ngantuk… huhuhuhu…
Masa Akiff tido adalah masa berharga yang perlu digunakan sebaik mungkin… time tu la nak cepat-cepat makan… time tu la nak sidai baju… time tu la nak berak… time tu la nak buat ape pun… dah la Akiff tido tak lame… skali tido dalam 30 hingga 50 minit jer…
Satu perangai lagi tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang… ke dapur nak basuh botol susu pun Akiff dah merengek… inikan pulak nak berak… hadooo… kalau abah kena cirit birit macam mana? hah… jenuh…
Tapi ada 1 cara nak mudahkan urusan dan nak bagi Akiff dok diam kejap… pasangkan video clip twinkle-twinkle little star… haaa… terpacak la kejap depan laptop tuu…
Leave a Reply