Semalam Akiff sesema.. hidung berair jaa… skali bersin habis kluar jeli jeli dari hidung comey dia tu… gua tak bawak ke klinik pun… ubat sesema yang dari klinik kanak-kanak yang hari tu masih ada lagi… so, gua bagi kat mak sue suruh bagi Akiff makan ubat time pagi dan tengah hari…
Balik kerja gua tengok Akiff masih sesema lagi… sampi rumah gua bagi Akiff tido lepas tu gua sapu serbuk kulit kayu manis kat hidung dia…
Tengok tuu… nampak tak…
ok.. zoom sikit… haa… nampak tuu…
Meh gua nak share petua kalau budak-budak kena sesema… ada 2 petua yang boleh digunapakai…
1. Kikis kulit kayu manis dan titikkan air kat serbuk tu… kemudian letakkan kat hidung baby… seeloknya masa baby tido supaya baby tak gosok-gosok hidung dia… nanti takut terkena mata pedih pulak…
2. Ambik kunyit hidup.. potong dua… kemudian cucuk-cucuk kat bahagian potong tu… lepas cucuk-cucuk tu kunyit akan sedikit berair… ambik air tu letak kat jari kemudian sapu kat hidung baby… tapi yang ni akan menyebabkan hidung baby nampak kuning… sebab tu gua lebih prefer guna kulit kayu manis… kalau boleh buat masa baby tido jugak…
Tapi ingat… jangan letak kerap sangat sebab nanti takut baby rasa pedih kat hidung pulak…
Alhamdulillah… tadi gua call mak sue tanya keadaan Akiff… dia kata Akiff dah tak sesema…
petua guna kunyit 2 bese jgk dgr…
yg kulit kayu manis 2 xpenah dgr lg…
thanks ye share petua ni..
lps ni leh amalkan…
ur welkem… sharing is caring… hehehe.. 🙂
mmg mujarab ke gn kulit kayu manis ni…nak try juga la nnti…tq kerana sudi kongsi
so far ok jer… mujarab jugak laa… tp sesema yg sikit2 ok kot… kalau yg dah teruk tu elok mkn ubat jer…