Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kena Sabotaj

April 12, 2012 by Admin Leave a Comment

Spread the love
Hari ni gua masih bercuti kat kg… baru semalam sampai kampung miss permaisuri kat Penang selepas 4 hari kat kg gua di Kedah… untuk makluman, gua cuti sepanjang minggu ni okeh… sebab tu la dah banyak hari blog ni tak berhapdet… ermmm… lame kan gua cuti… hehehe… Suke hati gua la kan… Mengambil kesempatan miss permaisuri cuti pertengahan semester selama seminggu… so, gua pun cuti jugak la seminggu…
Pagi tadi tengah layan tido tiba-tiba dapat panggilan misteri dari seorang perempuan… katanya dia ni customer gua… salah seorang pelanggan tetap yang ambik air dari vending mesin Dr. Sukida gua setiap hari…
Menurut kakak tu, awal pagi tadi mase die nak ambik air kat mesin gua… die tengok mesin gua dalam keadaan sangat kotor… slot syiling penuh dengan cacing dan tanah dan ruang tadahan air penuh dengan kerang busuk… Ya Allah… sampai macam tu skali orang dengki dengan gua…
Dah la gua sekarang kat kg… tak keruan jadinya… gua dah bersiap nak balik KL tadi… tapi nasib baik tokey kedai gua sewa tapak tu sangat baik hati… die tolong cucikan mesin gua tu dan akan buat report polis jugak sebagai pemilik tapak… ahad nanti baru gua akan buat report polis susulan sebagai pemilik mesin… kawasan mesin gua jugak ada beberapa cctv… harap rakaman cctv dari pihak management kawasan tu dapat membantu dalam siasatan ni… dan paling penting gua harap polis tak pandang remeh hal macam ni… gua memang tak puas ati…
Lokasi mesin gua dihadapan kedai My 99 Shop, Cheras…
Untuk makluman, selain mesin air gua ni, ade dua lagi mesin jenama lain kat area situ… mesin diorang memang dah park situ lebih awal dari mesin gua… mungkin dengan kehadiran mesin gua ni mengganggu bisnez diorang… gua bukan terus nak tuduh pemilik mesin yang lain tu punya angkara tapi dalam apa-apa kes mesti la ade suspek kann… kalau mesin diorang yang kena dah tentu gua pun jadi suspek kan… normal la tu…
Mesin gua dah park kawasan tu baru masuk bulan ketiga dan hasil makin hari makin meningkat dan melebihi jangkaan gua… tak heran la ada pihak yang tak puas ati dengan mesin gua ni… gua berdoa agar bisnez gua ni dilindungai dan dipelihara dari anasir tak baik dan semoga Allah memberikan petunjuk kepada orang yang berniat jahat dengan gua… Amin…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Dr.Sukida, Vending

« Happy Birthday Abah
Kena Sabotaj (Gambar) »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative