Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kisah MLM

May 8, 2012 by Admin 16 Comments

Spread the love
Semalam aku terima tetamu kat rumah…. kawan lama… dah beberapa tahun tak jumpa… tiba-tiba nak datang rumah… excited la jugak sebab nak jumpa kawan lama kannn… banyak benda nak sembang… kami bukan tak contact langsung sebelum ni cuma dah lama tak jumpa…. sebelum ni berhubung by phone jaaa… tapi bila dia kata nanti nak datang dengan kawan dia, aku dah boleh agak… mesti hal bisnez MLM ni… belum sempat dia bagi tau apa-apa aku dah sms tanya dia… datang dengan upline ke? kehkehkeh… then dia jawab ‘biasa laaa…’… haaa.. kan betul…
Tapi aku bagi tau awal-awal aku tak minat lagi dah dengan MLM tapi aku suruh jugak die datang sebab dah lame tak jumpe nak borak-borak panjang… dipendekkan cerita, kawan aku ni datang dengan 2 orang ‘upline’ dia… pada hemat aku, upline die ni masih belum sifu dan masih baru dalam industri MLM ni…
ok… aku trus story skit pasal apa yang berlaku antara aku dengan upline kawan baik aku ni yang bertindak sebagai advisor… kawan aku ni tak banyak cakap sebab die pun sangat hijau lagi dengan industri MLM ni… so, lepas borak-borak pasal hal peribadi dan lain-lain perkara.. aku bagi peluang upline die story pasal bisnez diorang… tapi sebelum die start cerite pasal industri MLM ni… die ade tanyer aku pernah ke terlibat dengan MLM… dengan konfiden aku jawab…
“aku dulu memang activ MLM… dah ade network sendiri pun… dah jadi advisor untuk ramai orang… kalau orang nak bawak prospek memang aku adalah orang yang  diorang cari… aku jugak adalah antara leader melayu pertama dalam group masa tu… dah jadi pengacara untuk event talk yang diadakan…  aku memang dah terlebih masak dah dengan MLM ni… bla… bla… bla…”  panjang lebar aku citer…
kehkehkeh… memang sengaja cerita membangga diri… nak bagi die cuak skit untuk psyco aku… hahhaa… then die pun start nak citer pasal marketing plan die…
Dengan berbekal sekeping kertas dilipat empat dan sebatang pen… die pun start story… masa ni awal-awal lagi aku dah rasa diorang ni fail… sebab nak cerita bisnez beribu tapi berbekal sekeping kertas dilipat empat dan sebatang pen sahaja memang sangat tak meyakinkan… dah la story depan TV yang masa tu aku nak layan game bola… sangat tak sesuai… sbg prospek, die dah buat aku hilang minat nak fokus apa yang dia nak cerita… tapi sebab diorang tetamu kat rumah, terpaksa buat-buat fokus jugak…
Then die start cerita… dengan modal RM200 seminggu selama 3 minggu berturut-turut aku akan dapat hasil sebanyak RM14,000 lebih (kalau tak salah)… lepas tu die dah start main tanya soalan…
“dengan modal mcm ni dan pulangan mcm ni… berbaloi tak?”
“kalau mcm ni dah sangat berbaloi dah” jawab aku
“nak tak kalau ko dapat pulangan macam tu?”
“mesti la nak… pulangan lumayan tuuu..” jawab aku penuh minat
“kalau ko cerite dan ajak kawan ko, agak-agak ade tak kawan yg tak nak pulangan mcm ni”
“hish… mesti diorang pun nak.. sape yg tak nak duit kan…” jawab aku lagi
“so, mudah kan bisnez ni… kalau cerite kat sape-sape mesti semue pun nak peluang macam ni… sebab tu aku kate bisnez ni senang sebab semue orang nak cari duit…”
“ermmm… btul memang betul… semue orang nak duit… tapi kalau ko tanya aku percaye tak boleh dapat pulangan macam tu…. seriusly aku jawab aku tak percaye… lagi pun aku dah ada pegalaman semua ni, benda ni sangat susah nak buat berbanding bisnez konvensional” jawab aku panjang skit…
Lepas tu kami start bla… bla… bla… bla…
Soalan die lagi… “kenape aku dah tak nak buat MLM?”
“Sebab aku dah tak nak ambik risiko hilang kawan… aku dah rase hilang kawan sebab bisnez macam ni… nak ajak lepak pun kengkawan mengelak..” jawab gua
“Ko yang tinggalkan kawan ko atau kawan ko yang tinggalkan ko?” Tanyer die lagi
“Kawan aku yang tinggalkan aku”
“So, kalau macam tu tak perlu nak risau sebab bukan ko yg tinggalkan die…” kate die
“Tapi masalahnya aku jenis tak suka putus kawan…” 
“Dengan bisnez ni, ko hilang sorang kawan tapi ko akan dapat berpuluh lagi kawan yang sedia tolong ko untuk berjaya” kata dia lagi
“kawan yang dibina atas dasar persahabatan tak sama dengan kawan yang dibina atas dasar bisnez… aku dah lalui semue ni…”
bla… bla… bla… bla… panjang kami menyembang…
Dah puas borak dan berhujah last-last baru aku teringat nak tanyer….
“Sebenarnya apa nama syarikat MLM korang ni?”
“Hmmmm…. syarikat kami dah 36 tahun bertapak kat Malaysia… produk kami smuanya berkualiti… pejabat kami bukan disewa tapi kami mempunyai bangunan kami sendiri… aset syarikat kami melebihi ……… juta tanpa beban hutang… ikutkan company memang kami dah sangat strong… 99% yang terlibat dalam bisnez bawah naungan syarikat kami adalah Melayu…” terang die panjang lebar tanpa menyebut nama syarikat…
“Wow… dasyat jugak… tapi apa nama syarikat..” tanyer aku lagi…
“pernah dengar Hai-o???”
Adeh… cerite bagai nak rak tapi nak sebut nama syarikat pun takut… 

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bisnez, MLM

« Roti Bakar Cafe
Akiff oh Akiff… Siri 27 – Spot Chek »

Comments

  1. azam says

    May 8, 2012 at 9:54 am

    🙂 tak suka…dan tak semua orang boleh buat

    Reply
  2. careno says

    May 8, 2012 at 9:57 am

    yup… mmg tak smua orang boleh buat MLM ni… MLM tak semudah spt yg disangka…

    Reply
  3. Ekjozbuluh says

    May 8, 2012 at 10:47 am

    Wa pon da banyak kali jadi kes cam you!…banyak kawan2 lama Wa nak datang jumpa, so mmg Wa seronok…selalu dtg ngn member! but spoil sikit bila ujung acara, mesti bawak kuar 'something' dlm beg pastu 'sebenarnya ade mende nak cite'…ceh!…mmg kadang MLM nih bley buat org ilang kawan beb!…

    Wa seriously mmg xpernah join ape2 MLM coz Wa mmg xberminat langsung!…Ade yg betul, tp byk yg tipu je lebey!…masuk bawah upline, pastu terkial2! kah3….

    p/s : Wa guna produk Hai-O (Bio-Aura)..tu pon sebab mbr Wa lelong 1500…kah3

    Reply
  4. careno says

    May 8, 2012 at 11:10 am

    kehkehkeh… balik kg baru ni gua dah campak bio-aura kat umah parents gua… ganti dengan dr.sukida… bio-aura kat umah parents gua mcm liur baby… meleleh jer… bapak slow giler… dah letak tinggi2 langit pun slow lagi… tukar dr sukida gua baru ok…

    tp mmg btul MLM boleh hlg kwn, gua dah rasa dan dah serik…

    Reply
  5. Ekjozbuluh says

    May 8, 2012 at 12:43 pm

    bioaura wa da jadi filter air biasa…payah tul nak dapat filter..udah le mahal! ha3..

    Reply
  6. careno says

    May 8, 2012 at 2:05 pm

    ko kontek la member ko yg dulu… tukar penapis baru…

    Reply
  7. ::EIDA:: says

    May 9, 2012 at 12:13 pm

    Ai join MLM dulu.. Nak cari duit nak kawen,.. hahhahah.. dah settle kawen, ai stop! HAHHAHAHHA..

    Ai join ELKEN.. Even ai tak buat dah MLM skrg, tapi produk dia ai masih guna.. kesihatan.. =)

    Reply
  8. Mr. Firdaus Windey says

    May 9, 2012 at 3:20 pm

    Aku suka tang komen ekjozbuluh
    "masuk bawah upline, pastu terkial2! "

    itu gua penah alami.. mmg sH**.. nak tolong downline la pa la.. habuk pun tarak..

    ————————————–
    tang hilang kawan, gua pun penah alami. kawan dah taknak pick up call..

    Reply
  9. ~sahfm~ says

    May 9, 2012 at 3:44 pm

    betul…MLM hanya sesuai utk orang yang sungguh2 nak buat…..akak pun masuk MLM hanya dgn tujuan nak guna produk utk diri sendiri….sama mcm Dayah….ELKEN……

    one of our friend dah sgt berjaya dgn MLM ni…baru ni dia datang rumah dgn kete barunya…wowww…best!!

    Reply
  10. careno says

    May 10, 2012 at 5:01 pm

    Eida: bagus3… berhasil la kiranya u joint MLM kan… capai target utk kawin kira ok la tu…

    Reply
  11. careno says

    May 10, 2012 at 5:01 pm

    Firdaus: u ok jugak sbb tak melibatkan kerugian sangat besar dlam MLM ni kan…

    Reply
  12. careno says

    May 10, 2012 at 5:02 pm

    sahfm: Mmg MLM ni boleh buat duit tp kena rajin laa… sbb tu ade jer yg berjaya tp kena btul2 usaha…

    Reply
  13. ::EIDA:: says

    May 10, 2012 at 5:04 pm

    KakJa : adakah kakrose orang yang dimaksudkan?? heee~~

    Reply
  14. careno says

    May 10, 2012 at 5:19 pm

    Eida: iyer la tu… anak sedara pn hashimah kan… ekekeke…

    Reply
  15. Kerja sendiri says

    October 5, 2016 at 12:26 am

    Jangankan putus kawan, dengan sedara-mara sendiri pun bole bermasam muka gara2 mlm.

    Reply
  16. Roslan Abdullah says

    December 8, 2019 at 1:08 pm

    Solusinya…
    ANDA MAHU atau TIDAK MAHU ??

    Bila MAHU… pasti ada jalannya !
    Bila TIDAK MAHU… pasti ada alasannya !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative