Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Lens Camera Tumbuh Akar??

July 31, 2012 by Admin 2 Comments

Spread the love
Haaa… bila nak raya ni banyak betul nak pakai duit… servis kereta, kuih raya, baju raya anak, baju raya wife, keperluan raya anak, keperluan raya wife… keperluan abah tunggu last-last… tengok budget… hujung-hujung nyawa baru untuk abah… selalu macam tu la kan… huhuhuhu….
Dalam dok sebok beli itu ini… duit keluar macam air paip yang kepala pili rosak… nak kena pulak servis lens untuk cemera gua yang dah lame terperuk dalam bilik… huhuhu… masa mula-mula beli bukan main semangat… keluar g makan pun bawak camera… punya la jakun… kahkahkah… sekarang ni kalau takda apa2 event memang tak laa…. Alasan? Berat!!! Boleh?
Seminggu lepas raya abang ipar gua nak kawin… so, gua kena la pastikan camera gua dalam keadaan sihat… sekali tengok rupenyer dah ade akar tunjang kat lens gua tu… huhuhu… dah naik fungus @ kulat… OMG!!!
Dulu nak beli dry box untuk simpan camera tapi kedekut duit… rasa macam tak perlu… sekarang ni bile dah ada tumbuh-tumbuhan kat lens tu baru la gua raya nyesal pulak tak beli dulu… huhuhu…
Korunk yang dah ade DSLR tu… jangan kedekut duit beli dry box… nanti nyesal macam gua ni… lepas raya ni memang gua dah set nak rembat dry box satu… nak kena survey yang mana paling murah… tapi kalau budget kering kena DIY jer la kot…
Antara contoh dry box yang ada kat pasaran macam kat bawah ni… gua cilok google jer gambar semue ni…
Dry box macam ni ada banyak size… untuk saiz ni harganya tak sampai RM200… lebih kurang sama harga dengan harga servis 1 lens… rugi giler tak beli dulu… nyesal tak habis lagi ni… huhuhu…
Kalau yang canggih sikit macam ni… memang mahal laa… makan 4 5 ratus jugak ni…
Kalau dah banyak sangat aksessori… boleh ambik yang bertingkat punyer… ini harga telan 1 ribu paling koman…
Tapi kalau nak paling jimat… boleh DIY… ni gua bagi contoh kat bawah…
Beli bekas yang kedap udara… letak plastik yang ada bola2 angin letup2 tu… kalau susah nak dapat, letak kain pun ok jer…
Beli benda alah ni… kat mana2 pun boleh beli ni… menyerap kelembapan…
Then masukkan thirsty hippo dengan lens dan camera dalam box tu skali… tutup rapat2… 
simpan dalam microwave dengan suhu sederhana… tunggu sehingga kekuningan dan sedia untuk dihidang… selamat mencubaaa…. 🙂

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: camera, Tips

« Akiff oh Akiff… Siri 35 – Kereta Kontrol
Hantar lens masuk klinik!!! »

Comments

  1. ::EIDA:: says

    July 31, 2012 at 3:07 pm

    DSLR dha hilanggg…. eh? apa apa camera pun akan kene kulat ni ke???

    *masih tak percaya camera ada kulat!* hihihi

    Reply
  2. careno says

    July 31, 2012 at 3:20 pm

    ha'a… kat lens… itu sekiranya disimpan terperuk jer dlm almari tanpa diguna… so, kulat tu boleh buat xtvt bersama kat lens kite tu… tp kalau camera compax x tau la pulak…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative