Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pasar Sandakan Bersih Giler kowt!!!

September 7, 2012 by Admin 8 Comments

Spread the love
Masih lagi cerita Sabah… yang dah boring tu sory ek… kehkehkeh…
Kali ni pasal pasar kat Sandakan, Sabah… sesape yang ke Sandakan harus kowt pergi tengok sendiri ape yang lain kat pasar Sandakan ni… harga makanan laut sini sangat murah giler compare dengan harge kat semenanjung ni…
Contoh macam ikan kembung ni… kat pasar Saratok ni hanya RM2.50 sekilo… mak gua bagi tau kalau kat semenanjung dah capai RM12-14 sekilo… Perghhhh…. jauh beza dowh… tapi sebenarnya gua tak tahu menahu harga bahan mentah ni… hehehe… so, sebagai rujukan gua refer kat mak atau member gua untuk tahu perbezaan harge ikan semenanjung dengan kat situ…
Dari segi kesegaran memang takyah citer la… pasar ni sebelah laut jer…
Ikan, udang, sotong dan lain2 dari atas bot sampai sini terus masuk dalam pasar dan dijual… memang best…
Tapi sebenarnya gua bukan nak cerita pasal ni semue… entry ni sebenarnya nak cerita pasal kelainan pasar Sandakan yang takde kat semenanjung (kowt)… 1st time gua jejak kaki dalam pasar ni yang pertama skali gua terkejut sebab kebersihan pasar ni…
Perghhhh…. bersih giler kowt… takde sampah atas lantai… bau busuk pun takde… cume bau ikan kering tu jer la…
Daging yang dijual di display dalam box macam kat bawah ni… memang bersih… takda lalat dan bau…
Bahagian ayam pun bersih jugak… lantai kering… meja kering… bulu ayam 1 pun takde… ayam yang di display pun di bungkus cantik2 dalam plastik… takda langsung bau ayam…
Bahagian makanan laut kat bawah ni pun bersih walaupun lantai basah… tapi lantai tak licin… lantai sini sentiasa dibersihkan… bau busuk macam pasar kat KL ni memang takda langsung kat sini…
Ni pulak bahagian ikan kering, udang kering, ikan bilis dan lain2.. dah la murah… nak membeli pun selesa… sini berbau ikan kering tapi lantai bersih… gua nampak anak2 peniaga situ main lari2 dalam pasar tak pakai selipar pun… happy betul diorang ni… tak sempat nak snap gambar…
Yang paling sodih kat sini adalah cik tikus… tak boleh cari makan kalau pasar bersih macam ni…

Ralat: TQ yg menegur… gua konfius saratok dengan sandakan… bln sblm tu ke saratok… bln lepas ke sandakan.. itu yg blur kjap… hehehe… TQ TQ

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Pasar, Sabah

« Majlis Raya Office 2012
Akiff dah boleh jalan!!!! »

Comments

  1. Anonymous says

    September 7, 2012 at 8:34 am

    Rasanya…ni pasar sandakan..kalau tak silap saya….bukan saratok…..proud to be sabahan!!!

    Reply
  2. Anonymous says

    September 7, 2012 at 8:40 am

    Untuk maklumat encik..Saratok adalah di Sarawak..bukannya di Sabah….Pasar yang encik pergi ni pasar besar Sandakan Sabah…Pastikan Encik memberi maklumat yang tepat sebelum menyiarkannya untuk bacaan umum…PROUD TO BE SABAHAN !!!!!sekian terima kasih….

    Reply
  3. ::EIDA:: says

    September 7, 2012 at 8:41 am

    Mak aiiii? Kalau kat sini, tak kotor, tak busuk bukan PASAR BORONG lah namenyer kan… hiihhihi

    Reply
  4. careno says

    September 7, 2012 at 9:24 am

    Anonymous: Sorry to Sabahan… mmg nak maksudkan Sandakan cume tertulis Saratok…. ngeh3…

    Reply
  5. Kesuma Angsana says

    September 7, 2012 at 9:55 am

    mmgcukup bersih banding dgn pasar2 basah kat lembah klang ni

    Reply
  6. careno says

    September 7, 2012 at 10:31 am

    tu la.. tau xper… terkesima kjap tgk kebersihan kat situ…

    Reply
  7. Mr. Firdaus Windey says

    September 7, 2012 at 12:07 pm

    Pergghhh giler bersih. mcm ni hari2 pergi market pun takpe..

    Reply
  8. puteri pasar says

    October 30, 2017 at 11:26 am

    Pasar saratok?? itu di kuching la..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative