Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Dry Box DSLR!!!

October 8, 2012 by Admin 5 Comments

Spread the love
Ingat lagi tak pasal lens camera gua yang tumbuh kulat tu… kalau tak hengat boleh bace balik kat sini… Tajuknya Lens Camera Tumbuh Akar??
Lepas tu gua hantar lens tu g servis kat Mutiara Complex… ada gua story kat sini… servis lens harga RM180… rugi mampos…
Start masa tu gua dah nekad nak bli dry box… takmo rugi lagi… survey punya survey punya survey… akhirnya gua decide nak beli Dry Box yang macam kat bawah ni…
RM125.00… Ini kat DIGICOLOR ONLINE…
Tapi ntah macam mana… gua terjumpa pulak ade 1 dry box yang cun dan tervaek ni… harga promosi lak tu… tak fikir panjang gua terus rembat 1…
See… lagi tervaek kann… nak bawak balik kg pun ok jer angkut skali dry box ni…
 Dry box ni siap ade meter untuk sukat tahap kelembapan dalam box tu… orang tu kate meter tu kena tunjuk aras 40 dan ke bawah… baru la ok… dalam dry box ni kena pastikan Celicon atau gel celica masih boleh digunakan… fungsi benda alah ni untuk sedut lembapan… alaaa… macam thirsty hippo tu….
Ni lah die gel celica tu… kena tukar kalau gel ni dah bertukar kepada colur hijau… gel ni boleh dapat kat kedai accessoory camera… harga belasan ringgit jer… bukan slalu pun nak kena tukar…
Oh yaa… lupe pulak nak bagi tau brape hengget dry box ni kan… harga asal yang tertulis kat kotak tu adalah RM199.00… tapi sekarang ni die tengah buat promosi… harganya hanya RM99.00 hengget sahaja… kalau yang berminat boleh try cari kat Times Square… kedai die sangat tersorok… susah nak bagi tau… promosi sampai bile tak tahu laa… sampai stock habis la kot…
Kalau member2 nak kirimkan kat gua untuk belikan boleh jer… gua ambik 30% + teh tarik secawan… hahaha… boleh? Yer laa.. duit parking Times Square tu mahal giler kowt… huhuhu…
Dulu masa nak beli DSLR ingatkan tak perlu nak maintain… rupanya susah jugak nak jaga…
Nak wangi kena la happy!
-Iklan Berbayar-

Filed Under: Uncategorized Tagged With: camera, Lens, photography

« Akiff bergosip!!!
Wordless Wednesday : Akiff Bergaya Lagi!!! »

Comments

  1. ::EIDA:: says

    October 8, 2012 at 3:52 pm

    Tetiba rasa bersyukur camera ai hilang.. Takyah maintain bagaiii… HAHA

    Reply
  2. Mr. Firdaus Windey says

    October 8, 2012 at 3:53 pm

    koh3.. belikan untuk aku skali. free dah ler..

    Reply
  3. careno says

    October 8, 2012 at 4:01 pm

    Eida: baguznya u… think pozitip… hahaha…
    MFW: boleh jer… next trip kite ke BTS okeh… kokhokhoh…

    Reply
  4. Lelaki Ini says

    October 8, 2012 at 6:37 pm

    huhuh
    sikit aja!

    Reply
  5. ayut says

    October 10, 2012 at 11:57 am

    hahaha..setel..ada bekas sndrik..xla berkulat kang 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative