Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Mencari Damai Yang Tenang di Chalet Terapung

October 30, 2012 by Admin 9 Comments

Spread the love
Hari kedua raya haji gua dengan family & family mertua pergi bercuti sambil memancing kat Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok yang terletak di Segantang Garam, Kedah. Ini adalah kali pertama percutian kami berkonsepkan agropelancongan. Biasenyer percutian berkonsepkan mandi-manda dengan shoping jer kan… kali ni konsep ‘back to nature’… waaaa… kelas gitu… wakaka…
Perjalanan kami bermula seawal pkul 10 pagi dari rumah… gua dengan family dari Alor Setar dan family mertua dengan sedara mara datang dari Penang… kami berkumpul kat Tol Sungai Petani (U)… bila dah sampai semua terus gerak ke lokasi… Anggaran masa dari tol ke resort tu lebih kurang 30 minit… tak jauh pun…
Dalam perjalanan boleh la menikmati keindahan sawah padi di kiri kanan jalan… pemandangan hijau sejauh mata memandang… kalau orang bandar datang sini memang syok giler la kan… tapi kami yang orang kg ni macam tak heran sangat pun… ni ade beberapa keping gambar pemandangan indah sepanjang perjalanan…
Akhirnya sampai ke destinasi…
Jom jalan2 kawasan resort…
tempat memasak open pun ada… dapur gas semua boleh guna… dah masuk skali pakej.. cuma beras dan bahan mentah kena bawak sendiri laa… tempat BBQ pun ada skali… Malam tu kami buat BBQ… rasa macam kat tengah laut tuuu… best best…
Perkhidmatan bot untuk menyusuri sungai Merbok pun disediakan… kena sedia duit jer…
 Ada banyak lagi aktiviti lain yang disediakan… korunk kena tengok dalam website die sendiri laa… kat hujung entry ni nanti gua akan bagi website yang boleh dirujuk…
Aktiviti memancing pun dimulakan…
 Hasil tangkapan pertama adalah ikan pari tapi tak sempat nak ambik gambar… tapi yang bawah ni pun antara hasil terawal yang diperolehi…
Sekarang jom tengok beberapa photoshoot yang sempat dibuat…
Kalau berminat nak ke sini boleh cuba dapatkan maklumat berkaitan di http://chaletterapung.weebly.com

Kalau bercuti jangan lupa bawak perfume skali k… pilih jer kat sini…
-Iklan Berbayar-

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Chalet Terapung, family, Memancing

« Wordless Wednesday – Nak pelukkk…
Gua tido luar beb… »

Comments

  1. Kesuma Angsana says

    October 30, 2012 at 2:52 pm

    wah bestnyer !

    Reply
  2. Mr. Firdaus Windey says

    October 30, 2012 at 3:22 pm

    nice bro.. good job..

    Reply
  3. Zana Adieyza says

    October 30, 2012 at 4:01 pm

    semua gambar sgt2lah cantik!!! gmbr second last tu mmg cantik sgt.. nice shoot!

    Reply
  4. mummy alisha says

    October 30, 2012 at 4:14 pm

    cantik la…

    Reply
  5. careno says

    October 30, 2012 at 4:21 pm

    TQ semue… gambar2 ni ada yg dari my Nikon dan ade dr Galaxy Note my wife… dr my bekberi mmg ampeh… huhuhu…

    Reply
  6. ::EIDA:: says

    October 30, 2012 at 4:23 pm

    cantik2

    Reply
  7. ayut says

    October 30, 2012 at 4:51 pm

    best yerrrr….nk bercuti jugakkkk

    Reply
  8. Mrs Velentine says

    October 31, 2012 at 3:08 pm

    cantik view…

    Reply
  9. Mr. Firdaus Windey says

    November 1, 2012 at 12:34 pm

    bro, kalau ko asingkan lokasi dengan photoshoot tu lagi cun.
    -1 yang cerita pemandangan tu.
    -entri 2 ko buat gelagat masa bercuti tu ker..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative