Rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad… bercuti-cuti Malaysia kami 1 family… entry cuti2 kami akan gua update skit2… takmo citer caca merba… so, gua mulakan dulu dengan perjalanan percutian kami…
Percutian kami bermula pada hari Rabu… destinasinya hanya KLCC… yang terlibat hanya 6 orang… so kami naik kereta jer… mak tak ikut.. tunggu rumah jer… kami masuk Petrosains… dah lama gua tak masuk… tak ingat brapa tahun lepas ntah… rasanya ni kali ke 4 gua masuk situ… bawak budak2 mmg best la tapi kalau nak g dating situ memang tak sesuai…
Masuk Petrosains tak mahal sangat pun… harga mcm kat bawah ni…
Yang ada anak tak perlu susah2 bawak stroller… dalam tu nanti boleh mintak stroller… dah disediakan… free jer… gua ade ambik untuk Akiff… mane la tau die ngantuk or tak larat jalan… boleh dok dalam tu… tapi sie2 jer gua ambik… tak gune pun… Akiff memang tak suke dok dalam srtoller…
Petrosains dulu dan sekarang tak banyak beza… tak banyak benda baru…
Kalau nak rasa kelajuan angin ribut taufan boleh try dalam capsul ni… tengok kat screen dalam tu… kelajuan angin adalah 126.9 kmh… klajuan angin maksimum dalam tu tak perasan lak brape… adik kate angin sejuk… mmg kuat…
Dinosor menyanyi ni masih kekal kat situ dari awal pembukaan dulu… lagu yang dinyanyikan pun masih sama… Akiff takut dinosour ni… sebab tu takda gambar Akiff dengan natang ni…
Dalam ni pun ada playground utk budak2 mcm Akiff main…
Ni adalah simulator… dulu nak naik simulator ni free jer… now dah kena byr RM3 per person… tak kira budak2 atau dewasa… dulu naik ni ibarat naik helikopter… now dah bertukar jadi roller coaster… adik gua cakap dulu punyer lagi best dari skrg…
Ni pulak game F1…
Ade banyak lagi bende dalam tu… macam2… tak banyak gambar yang sempat gua snap sebab gua jadi body guard Akiff hari tu… tak sempat nak snap gambar sangat… kejar die jer kejernyer…
Total masa yang dihabiskan dalam Petrosains lebih kurang 3 jam… itu pun tak betul2 layan semua benda yang ada dalam tu… kalau layan semua rasanya boleh melebihi 4 jam kot… lepas kluar petrosains ingatkan nak bergambar kat area luar KLCC… view KLCC tapi hujan la pulak… huhuhu…
Hari tu jugak sebenarnya gua nak bawak diorang naik sky bridge skali tapi tak sempat… sky bridge ni adalah jambatan kat tengah2 KLCC tu… kat tingkat 41 dan 42… dulunya naik sky bridge ni Free jer… now dah ade package la pulak… nnti gua citer package skybridge tu k…
Happy Perfume… klick here
Mrs Velentine says
petrosains kita sabah yg mini jer..
careno says
kat sabah ade jugak ekk… tak tahu la pulak…