Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Aku terpaksa biarkan budak 3 tahun tu dalam hujan…

May 10, 2013 by Admin 13 Comments

Spread the love
Assalamualaikum… Salam Jumaat…
Sebelum aku start buat kejer… meh aku nak story skit pasal apa yg berlaku minggu lepas…
Petang tu hujan lebat… aku dalam kereta dengan Akiff dan Miss Permaisuri on the way nak balik rumah… masa kat trafik light aku nampak sorang pompuan tengah dukong anak die yg aku rase umur dalam 3 tahun lebih kot tengah jalan dalam hujan… pompuan tu takda payung… hanya tutup kepala anak dia dengan tudung dia sahaja… sebelah pompuan tu mungkin suami dia kot… diorang jalan agak kelam kabut jugak laa… yer laa… tgh hujan kannn… masa tu aku dah simpati sangat dah… aku tgk tempat yg diorang boleh berteduh ada laa dalam 100 meter lagi dr tmpt diorang berjalan tu… tapi hujan dah makin lebat… aku cakap kat Miss Permaisuri  nak brenti dan tumpangkan diorang sbb aku kesian tgk anak die kena hujan… Hmmm… tapi dalam masa yang sama aku risau jugak kalau2 simpati aku ni makan diri plak… mana la tahu skrg ni ada tektik baru plak ker… tak pasal2 kena rompak plak bile dah masuk dlm keter aku nnti… aku tgk pasangan tu tak macam orang Malaysia jer… dari segi pakaian nmpak mcm Indon… hmmm… itu laa… orang kate negara kita ni aman damai tapi nak buat baik pun risau skrg ni… 
Berbalik kepada family yg dlm hujan tadi… masa tu trafik light masih lagi merah dan aku masih ada masa nak fikir utk tumpangkan diorang ke tak… aku tak terfikir pun pasal kusyen kereta aku akan basah kalau aku tumpangkan diorang tapi aku fikirkan kalau la tiba2 die letak pisau kat aku dan arahkan aku drive ke mana2 destinasi… dah la dlm kereta ada Miss Permaisuri dengan Akiff… huhuhuhu… satu hal lagi.. kalau pompuan dengan anak die jer aku tak banyak fikir sangat nak tumpangkan… tp yg ni sebab ade laki sorang dengan diorang… itu yg buat aku banyak fikir tu…
Last last trafik light pun hijau dan aku buat keputusan biarkan diorang dlm hujan tu jalan cari tempat berteduh… sedih gak tgk ank kecik tu sejuk dlm hujan… tiba2  ade kereta depan aku brenti dan tumpangkan diorang… Ya Allah… lega aku tengok… dan pastinya kereta tu bukan Toyota Vios atau Honda City atau BMW atau Hyundai Sonata mahupun Nissan Silphy… tapi kereta yg aku rasa lebih uzur dari proton aku tu… semoga orang yg membantu tu di balas dengan sejuta kebaikan oleh Allah…
Meh aku share video yg aku rasa sangat memberi inspirasi… dari komen2 yg aku baca, video ni adalah dari Russia… negara diorang wajib kena pasang camera dlm kereta…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: video

« Bukan nak mengeluh…
Umur 10 tahun dah bekerja (Di Malaysia) »

Comments

  1. Mrs Velentine says

    May 10, 2013 at 9:31 am

    insyaallah pasti ada hikmah pada yang membantu,,,kalau membantu tapi tajk ikhlas pun payah gak kan…

    Reply
  2. Anonymous says

    May 10, 2013 at 10:35 am

    kdg2 dalam situasi mcm tu buat kita x terpikir cara lain..kan boleh bg je payung kalau ada dalam kereta..

    Reply
  3. Sheila Salim says

    May 10, 2013 at 10:35 am

    Assalamualaikum… subhanallah. alhamdullilah. syukur ada juga orang yang sudi menumpangkan mereka. insyallah, kalau niat kita baik, Tuhan bantu kita. syak wasangka buang tepi 🙂

    Reply
  4. careno says

    May 10, 2013 at 10:36 am

    btul tu… setuju…

    Reply
  5. careno says

    May 10, 2013 at 10:37 am

    Wslm… Persekitaran buat kita rasa terlebih berhati2… huhuhu…

    Reply
  6. careno says

    May 10, 2013 at 10:37 am

    Ya Allah… betul jugak tu… mmg tak terfikir pun pasal payung tu… mmg ade jer payung dlm kreta…

    Reply
  7. AyongAtikah Zaid says

    May 12, 2013 at 1:01 pm

    ummi ayong selalu pesan, klu kita rasa x mampu nak tlg org, sekurang2nya kita doakan ada org yg lg mampu dpt tlg dia…insyaAllah…sbb kdg2 mmg kne pikirkn keselamatan diri dulu…huhu…

    Reply
  8. Firdawati Rashidi says

    May 12, 2013 at 1:02 pm

    Kesiaanya, tp keselamatan kita penting jugak kan..yg penting niat murni tu ada..
    =)

    Reply
  9. careno says

    May 16, 2013 at 7:47 am

    itu la… keselamatan kita dan keluarga mesti no 1…

    Reply
  10. careno says

    May 16, 2013 at 7:48 am

    btul tu… setuju dgn apa yg ummi ayong kata tu…

    Reply
  11. ::EIDA:: says

    May 20, 2013 at 8:34 am

    betull. kadang2 kite takut nk buat baik sbb takut kite balik terkena kan. bukan kite tak berperikemanusiaan. ai paham keadaan yu. sbb ai dgn mat pun pernah alami….. rasa macam diri ni tak baikk tapiii………………. huhuuhuhu

    Reply
  12. AyueJean AJ says

    May 20, 2013 at 2:14 pm

    Kadang bukan taknak tolong…
    Tapi macam Abah cakaplah…
    Sekarang ni macam2 taktik dan orang ada….
    Kang nak tolong orang punya pasal, kita pulak teraniaya……
    Nasib ada orang tolong..
    Mudah2an niat orang yang tolong dan orang yang ditolong tu baiklah ye…

    Reply
  13. YB Shehan says

    December 10, 2018 at 12:37 pm

    Nangis tgk vid tu haaaaaa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative