Percutian ni adalah percutian yg tidak dirancang tp memang dah plan… hmmm… macam mane ehh nak explain… sebenarnya aku memang plan nak bawak Miss Permaisuri dengan Akiff pegi bercuti sebagai hadiah sebab Miss Permaisuri kan baru jer lepas konvo… tapi tak tahu kat mana nak bawak diorang…
Masa aku kat Sabah, puas aku memikir kat mane la aku nak bawak diorang ni bercuti… Hadiah konvo ni nak kena bagi yang special sebab bukan selalu nak celebrate konvo kann… akhirnya aku dapat idea nak bercuti kat Hard Rock Hotel Penang… knape aku pilih HRH? Bukan rate bilik kat HRH mahal giler ke???
Huhuhuu… yup… memang mahal giler… tp aku pilih HRH Penang sebab aku dah boleh jimat kos minyak tol nak bercuti sbb HRH ni setengah jam jer dari rumah mertua aku… dah alang-alang aku balik Penang nak ambik Akiff dengan Miss Permaisuri balik ke KL, aku terus bawak diorang ke situ… save duit dari segi transport nak ke tempat bercuti… kalau nak ke PD ke, Cherating ke atau tempat lain… nak kena fikirkan jugak kos utk perjalanan… so, duit yg aku save utk perjalanan tu aku spend utk dptkan hotel yg mahal skit… then satu lagi, sebab HRH ni dekat kg jer, boleh aku ajak anak-anak sedare yg joint Akiff mandi manda… lagi la meriah kann…
Aku dah biase book penginapan bercuti atau outstation secara online jer melalui Agoda.com… since aku mmg dah ade point dari Agoda, so, aku gune point tu untuk cover sikit bayaran hotel… dapat la jimat lagi kan…
Meh aku citer sambil2 layan gambar… baru best kann…
Sampai2 jer… lepas chekin dan simpan bag, trus kitorang masuk Hard Rock Cafe dulu… wakaka… bukan nak makan minum ape pun, sajer nak bergambar dalam tu… masa ni belum ade orang lagi… Kalau dah ramai memang tak masuk dah… Akiff agak jakun bila masuk dalam tu… yer laa… tmpt die cantek sangat kowt… meriah dgn music lagi… staff sini sangat la peramah giler… siap bagi Akiff belon… kat belon tu ade tulis Hard Rock Cafe, trus aku mintak extra buat kenangan… hehehe…
Ni laluan masuk ke bilik… bilik kitorang kat bawah jer… So tak yah nak naik lif…
No bilik kitorang 114… aku syorkan kat korang yang nak ke sini ce request bilik 114 ni… aku suke sangat view die… terlindung skit tp still boleh nampak water theme park.. kalau yang btul-betul depan theme park tak best plak sebab orang luar boleh nmpak terus ke dalam bilik kite… Ok jom masuk bilik…
Bilik kemas dan sangat bersih… deco biase jer tapi kenapa ntah aku rasa macam exclusive sangat… bilik air ade sliding window yang boleh bukak mengadap katil… bilik kitorang jenis Lagoon Deluxe… boleh la lepak kat pintu pastu terus terjun jer dalam pool… Gambar atas ni Miss Permaisuri tengah bersantai sambil tengok pemandangan luar… Nak tahu pemandangan luar bilik macam mana? Haaa kat bawah ni la view dari tempat Miss Permaisuri bersantai tu…
Akiff tak keruan bila masuk bilik ni… die nampak pool jer dah tak tentu arah… ajak terjun… hohoho… Bayangkan pool luar pintu jer… Nampak kebiruan jer… Best sangat… Dari pintu bilik terus ade tangge turun pool… nampak tak seberang sane tu ade theme park… heaven untuk bebudak….
Yg reramai depan bilik tu lah bilik aku… ade cousin aku, anak die, mak mertua aku, anak-anak sedara… Diorang datang kejap jer untuk mandi manda… sebenarnya tak boleh bawak org luar mandi kat sini tapi nnti aku story pasal tu ehhh…
Ni gambar kat lobby hotel waktu malam… cantik gila kowt lampu dia…
Kat lobby hotel pun ada live band… kalau rasa malas nak masuk dalam Hard Rock Cafe, lepak lobby pun best dah… Tapi kalau korang nak masuk dlm Hard Rock Cafe boleh jer… inhouse guest masuk free jer… kalau org luar nak masuk kena bayar tapi itu pun hanya hujung minggu jer… budak-budak pun boleh masuk gak tapi sehingga 10.30 malam jer… lepas dari tu dah tak boleh masuk dah… Cumanya aku tak suggest bawak bebudak masuk sini sebab asap rokok berkepul-kepul…
Sebenarnya ada lagi gambar dan cerita aku nak share… pasal aktiviti pandai dan mandi manda kat sini… next entry aku cerita k…
::EIDA:: says
tak sabar nak pergi! hehhehehee
fashah amira says
ok,memang puas laa even byr mahal skalipun..
Sheila Salim says
Assalamualaikum. bestnya bro..
Sukma Haron says
memang best dan puas hati……
kak dayah says
eeehhh… cantik cantik la gambar… ok nak terjah part twi pulak..heehee..
Zura Rahman says
Memang puas hati la kalau hospitality camni…memang dalam wishlist nak g sini.
ija ramli says
wahhh menarik dan tertarik! terima kasih berkongsi info 🙂