Family Trip Langkawi – Episod 1 (Feri Langkawi)
Review penginapan di Langkawi… entry khas untuk rujukan korang yg planing nak ke Langkawi dan tercari2 tmpt penginapan yg menarik…
Masa family trip kitorang hari tu, aku booking 2 tempat untuk tiap malam yg berbeza… malam pertama kitorang stay kat Langkapuri Inn… malam kedua pulak kat Cenang Rest House…
Aku terpaksa booking dua tmpat berbeza sbb Langkapuri Inn hanya ada 1 malam jer yg kosong time tu… so, 1 malam lagi terpaksa aku cari penginapan lain pulak… nak cari yg dpt 2 malam terus dah tak dapat… puas aku cari… merata aku calll… google smpai dah berasap aku search… smue penuh… padahal pasal penginapan ni aku uruskan bulan 10 sedangkan date kitorang bulan 12… ingtkan awal dah aku prepair utk penginapan tu… rupe2nyer banyak yg dah penuh… korang kalau nak bercuti time cuti skolah, baik booking awal 3 bulan…
Yg buat susah sangat aku nak cari penginapan ni sbb aku mencari tempat penginapan yg memenuhi kriteria tertentu… 1st skali bilik tu mestilah besar dan muat untuk kitorang yg 11 dewasa 3 kanak2 ni… klau boleh nak limit 2 bilik jer… tak nak smpai 3 4 bilik untuk muat smue skali… yg kedua, lokasi penginapan mestilah di Pantai Cenang dan sebelah pantai… takmo yg seberang2 jalan… kalau boleh nak kluar bilik terus masuk laut… pekan kuah atau kawasan2 lain tak dipertimbangkan langsung… Ketiga, bilik mesti bersih dan luas sebab aku ade bawak tilam angin… boleh pasang tilam extra… kalau bilik tu sempit mcm mana nak letak tilam angin tuuu… Keempat, bilik mesti di atas tanah… takmo yg kena naik tangga… sian mak abah aku nak panjat tangga…
Haaa… ko nampak tak kriteria yg ditetapkan mcm mana… dan sebab kriteria yg membunuh ni la buat aku stress seminggu lebih dlm usaha nak dptkan tmpt penginapan ni… hahaha…
Okeh… jom kite tgk penginapan pertama kitorang…
Langkapuri Inn
Lot PT895,
Pantai Cenang,
07000 Langkawi,
Kedah.
Tel : 04-9551202 / 3453
(Gambar di atas ehsan dari Google Image)
Ni lah die pandangan dari luar bilik kitorang… aku ambik 2 bilik yg kat bawah ni… sebelah menyebelah… tapi sayang sbb takde connecting kat dalam bilik ni… kalau ada lagi bagus kannn… bilik ni membelakangi laut… mengadap parking… tapi masih lagi ditepi pantai…
Ni keadaan dalam bilik… ade 3 katil queen setiap bilik… luas kannn… nak pasang 1 lagi tilam angin pun boleh… ade sofa jugak… bilik yg aku dok ni ade 1 sofa panjang… bilik 1 lg ada 2 sofa panjang… mmg cukup sangat untuk kitorang smue…
Antara kemudahan yg disediakan adalah bilik berhawa dingin, sofa, 6 botol mineral water untuk setiap bilik, tv dgn beberapa chanel astro, set kopi 3 in 1, mini peti sejuk, almari, towel… cuma part air panas die lain mcm sikit… korang tak boleh nak masak air sendiri dalam bilik sbb air panas disediakan kat luar cafe… kena g kat kaunter then mintak plus air panas kat diorang… lps tu g kat cafe refill sendiri air panas kat situ… kat cafe tu ade water dispenser yg ade air sejuk, suam dan panas tuu… ehhh… lupe pulak, dlm bilik air ade shower air panas jugak…
Keadaan bilik bagi aku so so jer… agak berpasir masa kitorang masuk… diorang tak sapu betul2… tp kena faham la jugak kann… dah nama pun bilik tepi pantai kannn… kurang2 mesti ade gak pasir masuk dlm bilik… tapi diorang dah sedaiakan penyapu kat bilik tu… pandai2 ler sapu sendirik… keselesaan katil aku bagi 3 bintang… kebersihan dalam bilik air aku bagi 2 bintang… harap diorang boleh improve lagi bab kebersihan dalam bilik air tu…
Sabun mandi jenis yg tekan kat dinding tu…
Harga untuk bilik ni adalah RM250 untuk 1 malam termasuk brakfast untuk 6 orang… kitorang ambk 2 bilik, so RM500 laaa… untuk bilik jenis besar cenggini mmg takda yg mengadap laut… bilik mengadap laut smue bilik kecik…
Langkapuri Inn ni sebenarnya ada banyak jenis bilik… korang kalau nak refer jenis2 bilik tu boleh klik sini
Ok jom kite tgk tempat penginapan kitorang malam kedua pulak… kitorang stay kat Cenang Rest House…
Cenang Rest House
Jalan Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah
012-5913782 (Kak Mas)
Yg blah kiri gambar tu la bilik kitorang… aku ambk 2 bilik berkembar… kluar2 bilik terus pasir pantai… muahahaha… kalau time air pasang tgh malam, air laut smpai dkat kerusi blah kanan gambar ni… mmg dekat sangat dgn bilik… tido malam ditemani bunyi ombak jer… mmg terbaek…
Sorry sbb takde gambar dalam bilik… huhuuhu… aku lupe nak ambk gambar… excited sgt dgn persekitaran situ…
Antara kemudahan yg disediakan dalam bilik ni adalah 2 katil super single yg dicantum jadi 1… bila dan cantum tu agak besar jugak jadinya… mcm saiz king bad kalau tak silap aku… pastu ada extra 2 single bad… hmmm… kiranya bilik ni sesuai utk 5 orang setiap bilik… keluasan dlm bilik tak besar sangat.. tp kalau pasang tilam angin yg aku bawak tu still muat jer lagi…
Dalam bilik ade disediakan towel tp sila bawak towel sendiri sbb towel yg disediakan sangat nipis… kitorang buat alas kaki sblm masuk bilik jer… Tv pun ade gak tp tak bukak langsung sbb plug ade 2 jer… so, due2 tu gune utk caj hp… tv tak bukak langsung… rasanya chanel TV pun tak brapa nak ok… sbb aku penah tanya dulu, kak mas ni ckp chanel TV tak memuaskan… pastu ade gak shower air panas tp sodih sbb tekanan air sangat slow… kena tadah air dalam baldi pastu mandi dgn air dalam baldi tu jer… paip air utk tadah air tu ok jer… laju gak… tang shower tu jer yg slow…
Part paling aku suke tentang Cenang Rest House ni adalah lokasi die yg sangat sangat sangat best… betul2 mengadap pantai dan depan bilik kitorang tu sangat happening… ade segala bende permainan air… ko sebut jer nak main ape… banana boat ker… jetski ker… payung terjun yg tarik dgn boat tu ker… ape2 jer laa… mmg happening… kiri kanan bilik kitorang pulak ade cafe… nak order air panas jerit jer dari dalam bilik… orang tu hantar terus ke bilik… hahaha… suke jer mak abah aku… kjap2 order teh panas… nescafe panas… sandwich… burger… sedap dan tak mahal sangat… ok jer…
Haaa… harga bilik pulak korang jangan terkejut sbb bilik ni hanya berharga RM85 semalam untuk 1 bilik… breakfast tak disediakan…. bapak muraaaaaahhhh… sbbkan harga bilik adalah murah… so, segala kekurangan dr segi towel, tekanan air shower, kebersihan dan ape2 jer kekurangan still boleh consider lagi… takde la nak merungut bagai… padan dgn harga la kannn… bab kebersihan bilik ni aku bagi 2.5 bintang… bilik air pun aku bagi 2.5 bintang… but lokasi aku bagi 5 bintang… depan2 Cenang Rest House ni ade banyak kedai makan dan makanan kat area2 ni tak mahal pun… ok jer…
Mak aku dah cakap awal2, tahun 2014 nak datang Langkawi lagi dan nak stay lagi kat Cenang Rest House ni… mak abah suka la sebab awal pagi diorang bangun tido terus keluar bilik tgk kat pantai orang dok menjala ikan… aku pun tak faham mcm mana boleh pagi2 ada orang menjala ikan kat pantai pulak… aku bangun lambat, tak sempat la nak tgk diorang menjala… huhuhuu…
Kalau nak tahu type2 bilik kat Cenang Rest House ni boleh klik sini… diorang ade banyak jenis bilik… ade yg jenis banglow ade pool jugak… tp bkn tepi pantai… jauh sikit…
Harap2 entry ni dpt membantu korang yg nak survey tmpt utk bercuti ke Langkawi nnti…
Next entry aku akan citer pasal Mangrove trip dan jugak Island Hopping…
Anonymous says
Wei aku baru tau cenang rest house ni owner dia sepupu supervisor aku. Rate biasa rm45 cuti skolah rm85. Nnti hbq dkt dia je bila nk booking – kak ija
::EIDA:: says
payung terjun kene tarik dgn boat.. hihii. name xtvt tu parasailing… ;p
aDisH.sHidA says
luas gak bilik tu..kami aritu pegi tdo kat AB Motel..jalan x sampai 30 langkah dah sampai pantai..tp bilik sempit skit la…yg nie puas nampak….berbaloi jugak dgn harga nya
Firdaus Redscarz says
good info.. 🙂
diamondshaf says
Saya plan nak bermlm di cenang rest house jg.. tp bla bca review dr TripAdvisor cm scary la plak.. ada yg ckp bising coz dkt gan babylon bar.. n agak kurang bersih… tp x tahu la kn btul ke tidak…
careno says
Rasanya dah penah bg tau ari tu tp tak ingt gak… hahaha…
careno says
AB Motel penah gak stay sana ms g last time dgn kengkawan… tp bilik kitorang yg seberang jln… not bad gak wpun sempit skit…
careno says
🙂
careno says
Haaa btul… mmg baca rivew kat agoda atau tripadvisor mcm scarey gak… tp mungkin ade benar gak kot sbb Cenang Rest House ni ade byk unit n type… yg kitorang stay ni blk besar yg mengadap pantai… ade 2 unit ni jer… yg lain xtahu la mcm mana pulak kann… tp dr segi kebersihan mmg 2 bintang jer tp bkn kate kotor cume kurang bersih… bab bising tak sedar pulak sbb mlm2 time tido mmg pengsan trus… hahaha…
Lensaprima says
Dah booking Cenang Rest House nie….tak sabarnye nak pi holiday!!!!
Papaglamz says
Will include in my list.. Nice tip abee lan..