Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

1st time terlibat dengan program mega – Railway Tourism Malaysia

January 10, 2014 by Admin 9 Comments

Spread the love
Yeahhh… hari ni adalah harinya… untuk pertama kalinya aku terlibat dengan event besar sebagai seorang blogger… Hehehehe… blogger la sangat kannn…
Aku cakap ni event mega sebab melibatkan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato’ Seri Mohamed Nazri B. Abd Aziz… aku terlibat sebagai petugas media bagi memberikan gambaran tentang Pakej Pelancongan Keretapi yg disediakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014…
(Ehsan Google Image)
Meh aku story skit pasal event ni… program ni adalah selama 3 hari 2 malam… Jadual yg diberikan secara ringkas adalah macam kat bawah ni…
Jumaat
– 4.30 petang ada Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi oleh YB Menteri.
– 6.00 petang tetamu VIP dan media bertolak ke Ipoh menggunakan Tren ETS. Sidang media dibuat di dalam tren semasa dalam perjalanan.
– 8.00 malam ada sambutan di Ipoh… ada mini konsert… Najwa Latif pun ada…
– 12.00 malam semua peserta dan media di bawa ke perkampungan homestay dan tinggal bersama keluarga angkat. Peserta dan media dipecahkan kepada 3 perkampungan homestay iaitu Homestay Bukit Gantang, Homestay Kg, Beng dan Homestay Gopeng.
Sabtu
– 8.00 pagi dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014. Antara acara yg terdapat di pesta tersebut adalah pameran dan jualan makanan tradisional, pertandingan nasyid, pertandingan & pertunjukan kebudayaan, pertandingan masakan, pertandingan parut kelapa, pertandingan tumbuk sambal belacan, pertandingan makan durian dan demonstrasi masak nasi dalam buluh.
– 3.00 petang peserta kembali ke perkampungan homestay masing2 sebab setiap homestay dan menyediakan program yang tersendiri  seperti sukan rakyat, memancing, jalan-jalan kampung dan white water rafting… hohohoho… mcm best jer…
– 8.00 malam aktiviti BBQ
Ahad
– 9.00 pagi Pelancaran Majlis ‘Voluntourism Victoria Bridge Green Day 1 Malaysia Clean, 1 Malaysia Green Program’ di Victoria Bridge, Kuala Kangsar.
-11.30 pagi aktiviti gotong royong masak tengah hari bersama penduduk kampung.
– 6.00 petang bertolak pulang ke KL Sentral dengan menggunakan Tren ETS.
Ikutkan jadual yg diberikan nampak mcm jadual padat jer kann… tapi menarik… minggu depan harap bertabahlah mengadap entry2 aku citer pasal cuti2 ni… hehehe…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Event

« Main dan Belajar di Rumah
Wordless Wednesday : Railway Tour »

Comments

  1. Cik Puan Rara says

    January 10, 2014 at 10:07 am

    WOW SONOKNYA~

    Reply
  2. Kisah Nenot says

    January 10, 2014 at 10:58 am

    gud luck ya 🙂

    Reply
  3. Shark Kay says

    January 10, 2014 at 11:59 am

    abah..
    tlg sampaikan salam shark kt najwa latif…
    ehehhe..
    faveret tu 🙂

    Reply
  4. Sheila Salim says

    January 10, 2014 at 6:43 pm

    Assalamualaikum bro. ETS Ipoh? dah pernah sampai. bestnya. semoga selamat perjalanan pergi dan balik. hujung bulan ni keluar review blog bro. jangan lupa singgah baca ek. sorry sheila lambat update review. baru nak warm up berblogging semula 🙂

    Reply
  5. Nurul Hidayah says

    January 10, 2014 at 6:43 pm

    Salam ukhwah…

    Reply
  6. Mawardi Yunus says

    January 10, 2014 at 6:43 pm

    enjoy ya abg lan, jgn stress2 jadikan ia percutian terbaik buat kita semua. amin

    Reply
  7. Tiha Azmi says

    January 14, 2014 at 12:54 pm

    Huwaa ,bestnye event2 macam ni ..

    http://popheart-tihaazmi.blogspot.com/

    Reply
  8. Sukma Haron says

    January 14, 2014 at 12:54 pm

    dah lama tak naik keretapi..memang menarik tu….let's enjoy….

    Reply
  9. Karlisa Halim says

    January 15, 2014 at 7:28 am

    Salam
    Jumpa kami tak ? Wakil dari Thailand….homestay Bukit gantang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative