Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014… kalau diingat balik memang aku tak puas hati sangat… bukan tak puas hati sebab penganjuran tu tp sebab hari kejadian tu aku tak sihat… sampai hari ni aku rasa terkilan sbb tak dpt melayan nafsu makan aku kat sana hari tu… Bayangkan laaaa… beratus menu makanan tradisional setempat disediakan tapi aku mampu jamah beberapa jer… Grrrr….
Pesta ni telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Dato’ Sri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz.. harapan beliau supaya program ni dijadikan sebagai program tahunan kat Lenggong sekaligus jadi daya tarikan pelancong ke sana… aku setuju sangat dgn idea ni… sbb aku nak pergi lagi kalau boleh… tak puas hati beb… huhuhu…
Kalau nak tahu… Pesta Makanan Tradisional Lenggong ni melibatkan 19 buah perkampungan kat Parlimen Lenggong yg mana setiap kampung menyediakan menu yg berbeza… perghhhhh… Terbaek!!!!
Selain hidangan makanan tradisional… pengunjung jugak dpt mencekik kuih muih tradisional dan jugak buah-buahan tempatan secara percuma… malah boleh hangkut bawak balik jugak… kitorang pun berjaya mencilok beberapa bijik buah durian balik ke Kg. Beng… hahaha… gigih tau… bkn ade plastik bag pun… pegang dgn tangan bawak naik bas… bawak naik boat… baru boleh makan…
Ko tgk sendiri mcm mana meriah kat sini…
Memang sesak dengan pengunjung… tapi nasib baik cuaca sangat cun hari tu…
Selain makan… makan… makan… makan… dan makan… ade jugak tapak pameran dan juga gerai jualan produk tempatan…
Selain tu ade jugak pertandingan2 yg diaturkan bagi memeriahkan program ni antaranya pertandingan nasyid, pertandingan makan buah durian, pertandingan tumbuk sambal belacan, pertandingan kukur kelapa, demo masakan dan banyak lagi aktiviti lain… hoiii… mmg meriah giler laa… aku rasa 19 kampung tu smue sunyi sepi sbb semue pakat dok berkumpul kat sini… hehehe…
Dalam banyak2 menu yg ada hari tu… aku nak citer 1 jenis menu ni yg aku rasa sangat perghhhhh…
Ikan Pindang
Gambar atas ni adalah Ikan Pindang yg mana ikan ni disalut dgn perencah resepi turun temurun dan dibungkus dgn daun seniah… kemudian direbus selama hampir dua hari sampai tulang ikan lembut… aku ulang skali lagi kot korang baca tak perasan plak aku tulis tadi… direbus selama dua (2) hari… bukan dua jam… tapi dua hari beb… giler kow… nak masak punyer la lama tp nak makan dia 2 minit jer… hahaha… cara nak makan pulak takyah bukak daun tu cubit isi dia mcm yg kitorang buat… juz gigit mkn skali dgn daun ni terus… baru nikmat terasa…
Ni lah dia special pesta makanan mcm ni… menu yg kite tak tahu menahu pun kite dpt rasa… harap2 suatu hari nnti pesta makanan ni akan jadi acara tahunan negara pulak… mmg ohsemmm gilaaaa….
Thankyou Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) kerana memberi peluang kepada aku dan kengkawan untuk merasai kemeriahan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 ni…
Leave a Reply