Kan hari tu aku ade review pasal Shampoo Nutri-M Anti Hair Loss baru2 ni… tapi review aku tu lebih kepada testimoni dari wife aku sendiri sbb die yg lebih bermasalah bab rambut2 gugur ni… aku ade gak pakai tp tak ketara sgt perbezaan yg aku rasa sbb masalah rambut gugur bkn masalah besar bagi aku… yang belum baca pasal review aku tu boleh klik sini…
Lepas aku borak2 dgn Kak Sharifah (pengasas produk) pasal produk die ni… aku story la yg masalah aku sebenarnya adalah rambut beruban… aku tanyer la die kot shampoo tu boleh merawat masalah rambut uban aku ni jugak…
Tak sangka pulak aku yg die pun ade 1 lagi produk shampoo herba yg namanya Black Shampoo yang sememangnya bertujuan untuk MERAWAT masalah rambut beruban ni… haaa.. nmpak tak aku siap CAPSLOCK word MERAWAT tu… yer btul… produk ni bukan dye atau pewarna tapi sejenis shampoo yg merawat rambut beruban…
Ni rambut aku sebelum pakai shampoo ni… ko nampak sendiri mcm mana uban bersepah2 tu… meriah kannn… nmpak berseni sangat… dari depan membawa ke belakang… huuhhuhu…
Ni masa proses bershampoo… nak kena tunggu 10 minit baru boleh basuh… nmpak tak dahi aku hitam2 tu… agak belemoih kata orang utara… dah pakai sendiri kannn… ni pun dalam dok berhati2 pakai takut terkena kulit kepala… aku risau hitam tu tak kluar lps dah basuh nnti… rupenyer takkk… Kak Sharifah kata bende ni berasaskan herba 100%… takda bahan kimia… bukan pewarna… so, jgn risau sbb hitam2 yg kena kulit kepala tu akan hilang serta merta bila dibasuh dgn air… cuma kat kuku jer susah skit nak kluar hitam tu… tp takyah nak risau kena kuku sbb set ni dpt skali dgn sarung tangan…
Lepas 10 minit aku biarkan Black Shampoo tu kat rambut… aku basuh bersih2… bilas betul2… dan ni hasilnya… 99% uban hilang… yg 1% tu tak hilang sbb tak kena shampoo… hehehe… aku yg sapu tak rata… dan bestnya rambut bkn hitam biasa tp hitam berkilat… aku tak prasan mulanya, Miss Permaisuri la cakap knapa aku tak keringkan rambut betul2… aku cakap dah kering betul2 dah laa… rupenyer rambut aku nmpak lembap… nmpak berkilat mcm basah….
Ni baru 1st time pakai ni… shampoo black ni bkn kena pakai tiap hari mcm shampoo hair loss tu atau 2 3 hari skali… tp utk bulan pertama, black shampoo ni hanya perlu pakai seminggu skali jer… dah masuk bulan kedua baru guna 10 hari sekali atau 2 minggu sekali…
Bile aku upload gambar ni dlm fb ade yg tanya aku… bende ni mcm dye ke… pewarna ke… inai ke… hitam die tu meresap dlm rambut atau juz menutupi rambut sbb kalau menutupi rambut nnti nak mandi wajib tak sah sbb rambut tak kena air… pastu ade sijil Halal ke?
Hoiii… ramai pulak yg berminat nak tahu smpai siap inbox fb aku lagi… tq la sbb bertanya… tp yg berminat tu rata2 masih was was dgn produk ni sbb risau dgn bahan yg digunakan… Hmmm… takpe2… elok cenggitu… sblm guna haruslah selidik dulu kan… bkn main hentam kromo pakai jer… Ok2… ni haaa aku nak jawab dan nak clearkan betul2…
Shampoo Black Nutri-M ni 100% berasaskan herba yg diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia… dia takda langsung pewarna tiruan sbb kalau ada pewarna tiruan biasanya kalau kena kat kulit susah nak hilang… tp yg ni juz basuh dgn air cenggitu pun boleh hilang… rambut putih yg dah jadi hitam tu adalah sebab resapan herba tu ke dalam rambut… bukan sekadar menutupi rambut seperti yg dirisaukan… so, konsep dia sama mcm inai… boleh jer pakai utk sembahyang… tapi produk ni tak guna daun inai tau… dia guna daun urang aring untuk menghitamkan rambut… fungsi daun ni utk merawat dan membaikpulih pigmen hitam dalam rambut… orang dulu2 tahu la fungsi daun ni… mmg orang lama slalu cari daun ni dulu utk kesihatan rambut… tp skrg ni rasanya kalau nak cari daun ni boleh jer dptkan kat kedai ubat cina…
Bab sijil Halal pulak… produk ni telah disahkan HALAL oleh IFRC… IFRC ni adalah Islamic Food Research Center (klik sini) Nutri-M menggunakan sijil HALAL dari IFRC sebab produk diorang ni bukan untuk market Malaysia semata2 malah turut dipasarkan di Singapore, Indonesia dan juga Brunei… malah akan diperluaskan lagi… sebab tu diorang pakai HALAL IFRC… Go Global katanya… hehehe..
Now aku dah pakai bende ni sebulan dah… atau 3 kali… mmg nmpak ketara perubahan dia… nmpak muda 10 tahun… g jenjalan dengan Akiff org dah ingt aku bawak adik pulak… kahkahkah…
Okeh… kalau korang nak cuba boleh dapatkan Black Shampoo Nutri-M ni dengan harga hanya RM55.00 sekotak…
Setiap kotak mengandungi 4 sachet shampoo untuk 4 kali guna… sepasang sarung tangan getah…. informasi-informasi lain mcm kekdah penggunaan dan ramuan2 herba yg digunakan…
Yang berminat boleh klik sini untuk maklumat lanjut atau emailkan pertanyaan atau pesanan korang kat nutrienterprise@yahoo.com atau boleh call/sms/what’sApp 019-3117254 atau zaman skarang kan smue ade Facebook… boleh inbox jer kat facebook Nutri-M (klik) atau pun kalau nak tgk testimoni atau promo kat Instagram pom boley… Follow instagram @Nutri_M
Nur Madihah says
wah, memang terbaiklah!!
cunlah rambut abah ^_^
Dalin says
kulit kepala dalin teruk..
gatal sgtt.. selalu keluar kulit mcm kulit kepala baby tu.. apa lagi.. sedap dok gosok-gosok sampai luka.. rambut gugur byk… dah too many shampoos org dok promote.. tp it seems x bejaya ja.. yg ni seriously ok ka?
via savira says
perawatan rambut berhijab juga perlu diperhatikan
Fieza Sani says
Eh..berminat la nk try..ada masalah rmbut beruban..huhu..google2, terjumpa plak kat blog abah careno pasal masalah rmbut beruban ni..
Wijaya susanti says
Klo untuk usia 12 tahun bisa?
zek says
Boleh tumbuhkan rambut tak? rambut saya nipis sebab gugur.
mohd rozi says
pewarna atau ubat untuk masalah uban ni