Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Luahan Hati Seorang Suami dan Ayah

February 11, 2014 by Admin 16 Comments

Spread the love
7 April 2014… aku tak tahu mcm mana perlu aku raikan berita tersebut… sekian lama Miss Permaisuri berhajat menjadi pendidik secara tetap… akhirnya menjadi kenyataan… hari tersebut keputusan semakan secara online penempatan guru dikeluarkan…

Tahniah! Maklumat Penempatan Anda Adalah Seperti Berikut : Negeri Ditempatkan : Sarawak

Aku terdiam bila dapat tahu Miss Permaisuri ditempatkan di Sarawak…

Aku cuba untuk positif… aku cuba untuk kuat… tapi akhirnya aku menangis juga… menangis dalam pelukan Miss Permaisuri… Akiff tercengang tengok kami menangis… Akiff menghampiri dan datang untuk berpelukan juga sambil bertanya ” Awat… Awat…”

Aku sedih bukan kerana Miss Permaisuri ditempatkan di Sarawak… tapi aku menangis mengenangkan yang Akiff akan skali lagi ditinggalkan oleh ummie dia… dulu waktu Akiff kecik dia mungkin belum mengerti… dia mungkin tidak sedar kehilangan ummie dia… tapi sekarang Akiff dah besar.. dan pandai cakap… pantang kalau ummie dia hilang kejap mesti dia cari…

Dah setahun Akiff diuruskan oleh ummie dia dari pagi sampai ke malam… 24 jam bersama ummie… 

Bangun pagi terus cari ummie… mandi ummie yang uruskan… bergelak ketawa dalam bilik air dengan ummie… 

Pakai baju ummie yang uruskan… walaupun puas bergaduh nak pakaikan baju Akiff… 

Makan ummie yang uruskan… walaupun sampai kena marah dan paksa untuk makan…

Bila demam ummie yang selalu berjaga… selalu pantau suhu Akiff… selalu lap lap badan Akiff…

Bila malam… main2 mainan… baling2 mainan… mesti ummie jugak jadi mangsa… Ummie slalu jadi mangsa buli Akiff… sampai luka… sampai lebam… tapi Akiff pandai pujuk…

Bila ingtkan semua tu aku jadi tak kuat… macam mana aku nak jawab kat Akiff kalau dia cari ummie dia… Nak biarkan Akiff ikut ummie ke Sarawak??? BIG NO! Aku tak izinkan… kat KL aku boleh uruskan Akiff… Maksu aku ada untuk jaga Akiff waktu aku kerja… kalau kat Sarawak, siapa yang nak jaga Akiff bila ummie ke sekolah? Nak cari pengasuh? Taska? No… itu bukan pilihan yg ada… Kalau Akiff demam? Ya Allah… macam-macam yang aku fikirkan…

So, apa masalah aku sebenarnya ni…?
Masalah aku adalah aku tak sangguh nak pisahkan Akiff dengan Ummie… itu jer…

Semalam cubaan pertama selepas sekian lama…
Kebiasaan, Ummie tido kat tengah… Akiff belah kanan ummie… abah belah kiri ummie…
Kebiasaan, Akiff akan pegang tangan ummie bila nak tido… tabiaat Akiff dari kecik mesti nak gentel2 siku ummie bila nak tido…
Tapi semalam, aku cuba ambik alih tempat ummie… aku tido sebelah Akiff… mula2 Akiff ok… tapi kemudian dia bangun dan cari tangan ummie dia jugak… huhuhu…

Hmmm… sekarang aku sedang berusaha merayu mohon penempatan Miss Permaisuri diberikan di KL atau Selangor… Doakan usaha kami berjaya k…

Semalam kami ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kat Putrajaya… buat rayuan… hampir seratus orang yang hadir dengan tujuan yang sama… dan hampir 100% alasan adalah kerana anak… memisahkan isteri dengan suami bukan perkara luar biasa zaman kini… ramai jer yang bergelar weekend husband or wife… tapi memisahkan anak dengan ibu atau bapa adalah sesuatu yang kejam bagi aku…

Semalam aku lihat ada wanita yang baru lepas bersalin… masih dalam pantang… datang buat rayuan…
Semalam aku lihat ada ibu yang bawa anak yang masih sangat bayi… yang masih menyusu badan… datang buat rayuan…
Semalam aku lihat ibu yang beranak 3 datang bawa bawa bersama semua anak yang masih kecik… datang buat rayuan…
Semalam aku lihat seorang anak yang datang ditemani ibu bapa yg tua dan uzur… datang buat rayuan…

Masing-masing ada alasan sendiri… masing-masing ada alasan kukuh…

Ntah laa… sekarang aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa dan berharap sahabat2 semua berdoa untuk kami agar Miss Permaisuri dapat tukar ke KL atau Selangor…
Walau apa pun keputusan… Abah dengan Akiff doakan yang terbaik untuk ummie… boleh kami g jenjalan Sarawak… hehehe…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Luahan, Miss Permaisuri

« Muzium Patung Lilin Dibakar
Mesin penyamun »

Comments

  1. Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) says

    February 11, 2014 at 11:43 am

    Doakan yg terbaik untuk ko & family bro…

    Reply
  2. Shark Kay says

    February 11, 2014 at 11:43 am

    menunggu berita baik sahaja dari cni..
    semoga semua berjalan lancar nnti.
    memang jauh tu sarawak.

    Reply
  3. Kenit Cinonet says

    February 11, 2014 at 12:10 pm

    Allahurobbi, kenapa jauh benar perginya. Seksa bukan pada Akif saja tapi pasti pada umienya juga. Tak tenang seorang ibu nak buat keje kalau anak tiada depan mata.

    Semoga urusan rayuan penukaran penempatan wife bro dipermudahkan Allah. Sungguh, benda ni ramai yang dah mengeluh. Atas tuntutan kerja katanya, tapi dalam hati hanya Allah dan kita yang mengerti betapa terjejasnya kita bila berjauhan dengan anak/suami/isteri.

    Reply
  4. mOoN says

    February 11, 2014 at 12:10 pm

    huhu…sy doakan yang terbaik..mmg susah bila berjauhan ni…sy pernah pjj 2 tahun ngan suami..semuanya sy uruskan sendiri..anak? syukur sebab tempat kerja sediakan taska..so nak tengok pun dekat je.. huhuhu.. sy d sabah n suami di selangor..

    Reply
  5. Fiza Rahman says

    February 11, 2014 at 12:21 pm

    Alahaiii…tumpang sedih. Smoga urusan pertukaran dipermudahkan olehNYA.

    Reply
  6. Cik Ngah says

    February 11, 2014 at 2:32 pm

    semoga Allah permudahkan urusan keluarga mu sahabat..ishhh jatuh lak air mata tengok muka akiff…alahaiii…

    Reply
  7. Erra Kyra says

    February 11, 2014 at 2:32 pm

    :'(

    Reply
  8. muja says

    February 11, 2014 at 2:32 pm

    :'( muja pun bakal pendidik jugak,, and im hoping for miracles to happen untuk muja kena posting di semenanjung sahaja :'(

    Reply
  9. :: Mrs.Eady :: says

    February 11, 2014 at 2:45 pm

    ALAHAIIII SEDIH NYER….

    SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN YE..

    Reply
  10. Ujang9897 says

    February 11, 2014 at 5:50 pm

    ang try la kasi siku ang kasi akiff gentel..=)

    cmno nak pisahkan wei.. cmno…, nangis lagi lan

    Reply
  11. Mat Gebu says

    February 11, 2014 at 9:50 pm

    Insha Allah…akan ditukar ke Johor…ehhh….

    Reply
  12. Kisah Nenot says

    February 11, 2014 at 10:57 pm

    alahai…semoga dipermudahkan segalanya..amin2

    Reply
  13. Rozita says

    February 12, 2014 at 2:43 pm

    ada bagi negeri alternatif tak masa rayuan? in case kalau tak dapat selangor @ kl? lebih baik letak mana tau ada rezeki..sebab rasanya kalau di semenanjung lebih baik dari nun jauh di sarawak..

    Reply
  14. Masz Sidek says

    February 6, 2015 at 1:57 pm

    Nak nangis baca.. Huhu. Semoga hajat tercapai. Wife tak jauh dgn anak..

    Reply
  15. AyuArjuna BiGoshh says

    February 6, 2015 at 1:57 pm

    kat sekolah anak saya SK TTDI (2), kurang cikgu….cer try lagikkk

    Reply
  16. titan says

    February 6, 2015 at 5:58 pm

    sori bro.

    susah nak dapat rayuan tu. sebab 4-5 tahun dan 10 tahun dulu..dah ramai orang cuba. kira betul-betul bernasib baik la kalau dapat diluluskan rayuan tu.

    Ini hakikat bila kena dapat tempat sabah dan sarawak.

    biasanya..kena kerja 2-3 tahun..baru dapat pulang balik. Itupun kalau ada kekosongan.

    Kes paling teruk..kena ada salah seorang ahli keluarga yang betul-betul sakit teruk dan tak ada orang lain yang boleh tolong jaga. Masa ni, in-sha Allah dapat tukar. Tapi itupun ambil masa gak berbulan lamanya. Masalah anak jauh dengan bini atau bini jauh dengan suami..biasanya susah nak dilayan melainkan anak tu ada penyakit teruk dan kena dijaga oleh bini. Itupun belum comfirm lagi dapat lepas rayuan atau tidak..tengok keadaan.

    dan biasanya..memang susah nak lepas.

    So..kalau dapat rayuan. Aku ucapkan tahniah. Sebab memang super RARE kalau dapat tukar dalam masa yang sekejap.

    Tapi kalau tak dapat, hang kena kuat lah.

    Sebab paling cepat pun, 2 tahun. Paling lambat bertahun-tahun lamanya..

    bini hang dapat major apa? kalau major subjek penting-penting..tu lagi susah nak kasi lepas.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative