Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Gambar kena cilok… Salah aku ke sebab tak letak waterwark?

April 10, 2014 by Admin 26 Comments

Spread the love
Pagi ni aku di tag kat facebook oleh sahabat blogger yg memaklumkan kat aku yg gambar photoshoot birthday Akiff hari tu dah dicilok oleh page Ikim.fm dan dijadikan topik untuk membincangkan isu “Budaya Selfie dikaitkan dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri”… Erkkk… dah la topik negatif pastu boleh plak letak gambar aku sekeluarga sebagai contoh… kalau topik positif mcm “Bersantai bersama keluarga pengikat kasih sayang” atau “selfie kaedah bermanja dengan keluarga” aku tak kisah sangat nak tempek gambar aku tu… tapi masalahnya topik yg dibincangkan ni berunsur negatif… konon orang yg berselfie ni dikira sebagai gila atau takde keyakinan diri… perghhhhh…. pagi2 mood aku dah spoile sbb dikaitkan dgn benda negatif walaupun gambar tu sekadar gambar hiasan… dah kata gambar hiasan kompom la korang letak yg ade kena mengena dgn topik kannn… huh…
Ni gambar yg dicilok tu… walaupun gambar aku ni bukan diambil dari blog aku… diambil dari blog lain yg share gambar ni tanpa minta izin… Now, gambar yg dishare tanpa izin ni dah dijadikan contoh bg topik negatif… grrrr….
Aku tak mintak pun gambar dikreditkan ke blog aku ke ape ker… aku juz nak korang mintak izin… kalau benda positif takde hal… ni benda negatif kowttt… Ni pesanan untuk admin mana2 page juga… kalau nak ambk mana2 gambr dari sumber carian google, tolong chek dulu gambar tu dari mana dan bkn sesuka hati ambk…
Now, aku harap sangat admin Ikim.fm remove gambar aku tu dari page die… aku try nak PM diorang tapi tak boleh… page diorang mmg tak boleh nak PM kot… aku dah tggalkan komen kat gambar tu mintak admin page contact aku… tapi masih blum ada any respon…
Pengajaran untuk aku juga… lepas ni semua gambar aku kena letak watermark…. supaya tak sewenang-wenangnya orang nak cilok… huhuhu… dan sebagai blogger jugak… any gambar atau info yg diambik dr blog lain perlu la dimaklumkan kpd pemilik blog dulu… lebih2 lagi gambar yg ade muke… kalau gambar kasut ker… gambar tali pinggang jer… gambar botol air ker… takde hal sangat… ehhh… sakit ati aihhh…. Grrrrr….

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Selfie

« Indoor Theme Park Genting Highland 2014
Akhirnya gambar aku dikeluarkan tanpa sebarang kata-kata »

Comments

  1. Kenit Cinonet says

    April 10, 2014 at 11:08 am

    pulakkkk. Ni kes naya ni, tak pasal2 jadi mangsa keadaan

    Reply
  2. Anis Najwa says

    April 10, 2014 at 11:08 am

    sian aka.. x pasai2 kena..

    Reply
  3. Dkna Abza says

    April 10, 2014 at 11:08 am

    Pasni kene letak watermark besar2 kat tengah2 tu haa.. tapi gambar nie memang smart laaa 🙂

    Reply
  4. BaTiK_PiNk says

    April 10, 2014 at 11:18 am

    Masa ontheway pergi kerja pagi ni, memang dengar siaran IKIM.FM tajuk macam atas tu…tapi tak sangka la gambar hiasan FB IKIM.FM ambil dari sini…..

    Reply
  5. Sheila Salim says

    April 10, 2014 at 12:33 pm

    Assalamualaikum bro, tak pepasal je masuk gambar dalam topik negatif. tak baik betul depa ni… bersabar banyak ye bro..singgah menabung libresse sini~~~

    Reply
  6. Firdaus Redscarz says

    April 10, 2014 at 12:33 pm

    Dah la x blurkan muka.. Ke apa..

    Reply
  7. Adhadi Mohd says

    April 10, 2014 at 12:33 pm

    admin fb ikim.fm pun nampaknya tiada budaya minta kebenaran. main taram saja. kacau betul.

    Reply
  8. farhana mohamad says

    April 10, 2014 at 1:06 pm

    terkejut jgak tgk gambar ni tdi. sy dah cuba pm kawan sy maklumkn tntg hal ni. dia salah seorg dj ikim. dia akan cuba setelkn. tggu respon dri bos dia

    Reply
  9. Sis Vee says

    April 10, 2014 at 1:06 pm

    klu blh gambar kat fb pun kena letak watermark . bimbang kena cilok utk tujuan yg tak baik …

    Reply
  10. farhana mohamad says

    April 10, 2014 at 1:56 pm

    alhamdulillah, ikim dah delete gambar tu.

    Reply
  11. careno says

    April 10, 2014 at 2:07 pm

    Tq yer farhana mohamad… saya sgt hargai…

    Reply
  12. careno says

    April 10, 2014 at 2:07 pm

    Alhamdulillah… Thanks banyak2 farhana mohamad…

    Reply
  13. Khairil Mazri says

    April 10, 2014 at 2:30 pm

    sabo jelah bro. memang kena beringat jugak.

    peringatan untuk diri yeop.

    Reply
  14. Mime MF says

    April 10, 2014 at 3:01 pm

    ambil gambar org then buat tajuk cerita topik negatif. haishh..

    Reply
  15. Fiza Rahman says

    April 10, 2014 at 3:22 pm

    Alahaiiii…dah lah topik tak sesuai ngan gambar. Klo gambar selfie sesorang tak per gak . Ni gambar selfies sefamily.

    Tapi gambar ni cantik.

    Reply
  16. :: Dhiya :: says

    April 10, 2014 at 4:07 pm

    mmg kena letak watermark. saya pun pernah juga jd kes mcm ni. mereka sepatutnya fikir dulu sblm buat tambahan pula mereka adalah 'nama besar' dan dikenali. mcm tak profesional kalau buat camtu. For now syukurlah dah selesai. 🙂

    Reply
  17. Zara Nurhaidah says

    April 10, 2014 at 4:07 pm

    Ooooo.. baru bca entry ni, patot laa. alaamakkk.. lepas ni mmg perlu letak watermark ni… huhuhu.. bahayaaa laa..

    Reply
  18. MaWaR RinDu says

    April 10, 2014 at 7:11 pm

    taktahulah nak kata pasal selfie ni sebab sy pon sama jugak kekadang..haha btw, serius gambar ni CANTIKKKK ^__^

    Reply
  19. Nas says

    April 10, 2014 at 7:11 pm

    Dari pagi duk tertanya-tanya gambar apa dan topik apa..petang ni baru berkesempatan nak blogwalking..Alhamdulillah dah setel..Kalau saya pun geram jugak sebab ada gambar satu famili dgn tajuk macamtu..huhu.. Moga ada hikmah semua ni ^_^

    Reply
  20. Tashira Sha says

    April 11, 2014 at 12:14 am

    pulak. memang sakit hati kalau dibuat macam tu. peringatan buat diri sendiri juga nak letak watermark dulu sebelum upload kat blog.

    Reply
  21. Nurul Huda says

    April 11, 2014 at 12:14 am

    btw gambar ni smart la… 🙂

    Reply
  22. Budak Kampung says

    April 11, 2014 at 12:14 am

    bro… panas plak gua dgn status 2. kalau gua jdi lu pun, hot2 gak.tapi alhdmlh smua dah settle.smua dapat pengajaran

    Reply
  23. Yan Ty says

    April 11, 2014 at 10:09 am

    Tu la selalu kata kat Ty kenapa nak watermark , walaupun watermarks boleh dibuang atleast ada dan orang xcheckmate bila curi pic kita. tapi apa kes la nak guna gambar org

    Reply
  24. Liza @ Adzriel AB says

    April 11, 2014 at 4:13 pm

    situasi dlm gambar nampak happy satu keluarga utk tajuk berita negatif. kalau akak pun geram ni.

    Reply
  25. Ros Ibrahim says

    April 12, 2014 at 12:03 am

    gambar saya mostly letak watermark pun ada jugak kena cilok.. siap guna untuk carik jodoh pun ada 🙂

    Reply
  26. Mrs Velentine says

    April 16, 2014 at 4:18 pm

    lah gambar aku takde watermark…mmg tak sesuai gambar hang diguna dgn tajuk ni..tapi alhamdulillah masalah dah selsai

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative