Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Baju Melayu Moden Buat Hari Raya 2014

May 8, 2014 by Admin 11 Comments

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
Tak ramai lelaki yang merasakan fesyen tu penting bagi diorang walaupun sebenarnya ia wujud dalam kehidupan kite… Fesyen ni memang dah tak boleh dielakkan… Cuba kite tgk sekeliling kite, hampir segalanya boleh dikaitkan dengan fesyen… apa yang kita pakai skrg ni adalah contoh terdekat yg boleh kita ambik dalam hal ni…
Jangan kata korang tak suka berfesyen atau tak kesah dan tak ambik port pasal fesyen ni sbb secara logiknya nak ke korang akan pakai sesuatu pakaian yang stail zaman dulu? Yang klasik maksud aku… mcm style pakaian dalam filem2 P.Ramli tu… sanggup ke pakai mcm tu pastu kluar g lepak mamak dengan kengkawan… hahahha… tak mungkin la kan korang nak pakai pakaian yg pernah popular zaman 1980-an dulu pada zaman skrg ni…. lain la kalau pakai pergi parti kostum…
Fesyen pakaian orang laki dengan pompuan sentiasa berubah ikut peredaran masa… cumanya fesyen lelaki ni mungkin lambat skit arus perkembangan dia berbanding fesyen orang pompuan sbb tak banyak ruang untuk mengolah fesyen lelaki sepertimana fesyen wanita… Tapi, bagi pakaian tradisional lelaki Malaysia, apa yg kita boleh nampak kini adalah pertembungan gaya klasik dan moden…
Baju Melayu moden misalnya adalah pakaian tradisional yang direkabentuk untuk lelaki zaman sekarang… Ianya telah diberikan sentuhan moden bagi diketengahkan dalam pasaran fesyen yang lebih besar dan mengikut trend terkini… Masih sama seperti dulu, baju melayu moden masih tetap murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Malah ia masih kekal popular sebagai pilihan utama di hari raya selain dari jubah moden. Biasanya jenis baju yang dapat perhatian adalah jenis Baju Melayu Teluk Belangan dan Baju Melayu Cekak Musang…
Lelaki kalau pakai baju melayu pastu pakai pulak dengan sampin hasil tenunan yang sangat cantik dengan kombinasi warna yang sesuai mesti nampak segak bergaya terutama hari raya nanti… Malah kalau dipakai lengkap dengan songkok dah boleh hadir untuk majlis-majlis formal dan majlis perkahwinan dah…. Pastu pakai plak dengan kasut hitam kannn… tak pun sandal atau capal… perghhh… kompom nampak bergaya habis… untuk dapatkan sepersalinan baju melayu berjenama terkemuka dengan harga yang murah, boleh jer beli secara online… Skrg ni dah banyak online shopping website kat Malaysia ni yang menawarkan koleksi Muslim wear untuk lelaki… boleh la try ushar… aku pun skrg ni dlm proses ushar baju melayu online…

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Online, Pakaian, Shopping

« Tertido atau ditidurkan?
Kreatif – Gunting rambut Akiff »

Comments

  1. Mohd Azfar says

    May 8, 2014 at 2:38 pm

    bak no baucer.. hahaha

    Reply
  2. Fazrol Amer says

    May 9, 2014 at 8:02 am

    Rileks jang…

    Reply
  3. Akif Imtiyaz says

    May 9, 2014 at 8:02 am

    Jom buat baju melayu ramai2 ..dah dekat nak poser ni nnt tak beli awal2atau tak tempah awal mesti ssh nak dpt saiz yg diidamkan ..

    Reply
  4. husna zahidi says

    May 11, 2014 at 12:17 am

    baju melayu pon dah moden sekarang nih.. hebat..

    Reply
  5. Fesyen Baju Raya says

    May 15, 2014 at 11:54 pm

    Bentar lagi lebarana nih… pilah pilih baju raya

    Reply
  6. Anonymous says

    June 9, 2014 at 12:41 pm

    Ada website yg menawarkn baju raya dgn harga brpatutan? Anyone?…

    Reply
  7. Razali Hassan says

    June 11, 2014 at 9:16 pm

    http://www.suitelab.com/Kiyaicollection Baju Melayu kain "Cotton Pilihan" yang selesa di pakai, tidak pana, tidak 'crumple', kain berkualiti tinggi, jahitan kemas dan banyak warna pilihan

    Reply
  8. Nani Shuhada says

    July 2, 2014 at 8:33 pm

    raya dah dekat.. ada cadangan lain untuk baju raya online?

    Reply
  9. Aisyah Rahim says

    July 2, 2014 at 8:33 pm

    Lawat fb page sy.. Urshia Lab..
    Ade koleksi baju melayu lelaki cekak musang.. cantik, berkualiti dan murah.. 🙂

    Reply
  10. MG schmidt says

    July 7, 2014 at 9:07 pm

    susah nak carik bju melayu laki skank ni tp nk dkt rya nnti mula la juling mata ..huhu

    Reply
  11. Nurul says

    January 7, 2015 at 7:56 am

    Ada buat dropship utk baju muslimah, baju kurung, baju melayu dan sebagainya ka?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Usahawan Tempatan Perlu Sertai BioUsahawan 2019 Untuk Lebih Menyerlah
  • Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.
  • Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan
  • Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
  • Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami.

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative