30 Mei 2014 lalu, mencatat sejarah kali pertama penganjuran aktiviti kekeluargaan menghimpunkan Generasi Said & Teh (GST)
Untuk aktiviti pertama ni berjaya mengumpulkan seramai 34 group member… itu pun hanya separuh jer yg dpt joint… yg diperantauan ada yg tak dpt balik…
Ni salasilah Generasi Said & Teh… gigih aku buat flow chart ni… ni sebagai rujukan cucu cicit gak nnti… chart ni sehingga 9 Jun 2014 sahaja… yg masuk kemudian tu nnti update lagi selepas 10 tahun okeh… wakaka..
Aktiviti kami malam tu adalah bagi merebut trofi yg pertama dan julung kali diadakan ni… Kejohanan Boling Said’s & Teh’s Generations… piala ni disumbangkan oleh syarikat Batu Layang Corporations… Haaa.. kerlas ko… siap ade spossor lagi… hahahhaa… Semoga maju jaya dan sukses selalu… ni syarikat kontraktor milik salah seorang ahli keluarga GST gak…
Tayang baju rasmi kelab GST… smart… baju ni ditaja oleh syarikat Careno Management Sdn. Bhd… Perghhhh….
Kanan skali tu generasi ke 2.. kakak aku…. yg dua lagi tu generasi ke 3… ank2 cousin aku…
Sebelum tournament bermula mmg kitorang takda kejer lain… bergambar… bergambar… dan bergambar… cuma gambar aku jer yg takde… sodih…. dah biase sangat dah… bila dah bertugas sebagai fotografer rasmi utk GST maka kenalah berkorban… huhuhu…
Yang atas ni yg laki gemok tu adik aku… yg gegadis smue tu ank sedara kitorang… pak sedara dgn ank sedara lebih kurang jer smue…
Akiff dengan cousin dia… Kak Long Wahida…
Huh… ada gak seketul gambar aku…
Riuh rendah berselfie guna monopod… tak kira tua muda… smua sama naik… hahaha… sape yg kate selfie tu bermasalah mental?? Meh sini nak lepuk… selfie tu mengeratkan hubungan okeh… tgk la gmbar atas ni..
Akiff pakai baju besar giler… dah mcm baju kelawar aku tgk… kalau tak tuck in dalam seluar… baju tu smpai bawah lutut… hahahhaa…takda saiz…
Mak Chaq aku dah mcm nak p kebun dah gayanya… hahahaha…. yg duduk sluar butih blakang tu abah aku… mak aku yg duduk tgh borak2 dgn Mak Chaq…
Ni kakak aku yg no 2… pemerhati jer malam tu… dia dilarang main… kang terberanak kat situ plak… tgh tggu hari nak bersalin masa ni… now dah bersalin pun beberapa hari lepas…
Pak Chaq yg super duper sporting… bertongkat pun kemain lagi excited nak main boling… hahahhaa….
Pihak urusetia sebok jaga duit penyertaan…
Ummie Akiff lak dok bizi update status…
Niat nak ambk gambar candid tp ntah mcm mana nyonya kalut tu boleh lak possing ngadap camera… hahahha…
Ni antara orang kuat yg menjayakan aktiviti kali ni… sbb tu ada gambar candid special utk Kak Ilah… atau lebih famous dgn gelaran Kak Ziela…
Okeh now dah nak start tournament… tiba2 lak lampu ditutup… huh… tema boling kali ni rupanya berboling dalam disco… hahahhaa… jenuh… nak main tu takda hal… tapi aku yg nak ambk gambar ni haa… haru biru jadinya bila kena shoot dalam gelap…
Sempat lagi minah 2 orang ni… Shira dgn Wachita…
Nin diaaa… aksi pak ngah… wakil dari Genarasi Pertama… kemain… walaupun ade skali bola terpelanting kebelakang tp tetap hebat… hahahaha… nasib baik tak kena cucu kat blakang…
Ni aksi orang muda… generasi kedua…
Ni pulak generasi ketiga punya aksi… pidoih…
Yg ni Diana… balingan super spontan namanya…
Ni abah aku… boleh tahan gak… ramai gak ank muda yg tewas… nnti part 2 aku story sapa menang sapa kalah… hehehe…
Haaa… ni lah dia aksi orang paling veteren… Pak Chaq… time nak baling bola boleh pulak tongkat letak tepi… kemain…
Mak Chaq dah mcm watak cat women dah… hahahhaa….
Ni aksi Kak Yang… awek Akiff… aku tak tahu kenape tp mmg Akiff suka sangat dengan Kak Yang…
Nin dia aksi paling bergaya… kalau ada hadiah utk style paling hebat boleh kat adik aku ni dah… gaya tak kalah… bola siap melencong kat hujung… power2… tp pin yg jatuh… Sodihhhhhh…. hahahhaa….
Ni aksi bebudak… asalnya lane diorang ade pagar… tp ntah mcm mana pagar tu boleh tumbang… sudahnya 5 6 bijik bola tersadai kat longkang… hahahaha… ada tu 2 3 biji bola skali pergi… hahahhaha….
Hah… Kalau dah gini gayanya… ko rase? Hahahaha….
Untuk kak Merlin (Rosmiza)… next time joint okeh… kalau ada kak merlin mesti lagi meriah…
Okeh… bersambung Part 2 nnti…
Mawardi Yunus says
huyooo bestnya dapat gather2 cam ni
fazrol says
Best betul kalau dapat kumpul family main2 camni…