Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman Bekam Di Rumah

August 27, 2014 by Admin 22 Comments

Spread the love
Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku berbekam… semalam kali pertama aku buat benda ni… ngeri gak mula-mula… takut sakit… tp Alhamdulillah… memang sakit pun… hahaha… tapi sikit jer laa… takde la sakit sampai meraung atau tak tahan… ok jer… terpijak mainan Akiff yg bersepah kat rumah lagi sakit okeh…
Ada tiga jenis bekam yang dibuat kat aku semalam… 1st skali dia buat bekam luncur… yang ni best… mula-mula dia sapu minyak kat seluruh belakang badan… lepas tu die tekapkan 1 cup then luncurkan kat seluruh badan… sedap jer rasa… tujuan ni untuk melancarkan peredaran darah… memang terasa bila tekanan dalam cup tu sedut badan kite… yang ni takde rasa sakit langsung…
Kemudian die buat bekam kering atau bekam angin pulak… yang ni tak sakit jugak… cuma terasa la kulit badan kita tu disedut… masa ni die akan letak cup dan sedut kat titik-titik tertentu… paling utama katanya adalah titik-titik sunnah Rasullullah… yang tu nanti korang kena tanya sendiri kat mana titik-titik tu… die ade bagi tau aku semalam tapi dah tak berapa nak ingat… hehehehe… masa ni darah tak keluar lagi… cuma bahagian kulit akan nampak kemerahan dan dalam cup tu pulak akan nampak wap air…  mungkin sebab angin dan gas toksin dalam badan disedut keluar la kot…

Habis jer bekam kering atau bekam angin ni… baru la die buat bekam basah atau bekam darah… kat sini baru la rasa cuak sikit sebab bahagian nak bekam tu nak kena tikam-tikam dulu… hahahha… bukan tikam sebenarnya… sajer buat korang cuak… sebenarnya die gunakan pen jarum… jarum tu halusss jer matanya… tak terasa sangat kesakitan tu… lepas dah cucuk-cucuk kat tempat nak dibekam tu, baru die letakkan cup dan sedut… time tu nanti baru ada nampak darah kotor keluar dari badan dan berkumpul kat dalam cup tu…

Kalau darah tu sangat kotor die akan nampak macam kat atas ni… pekat… jadi macam jelly… Erk… tapi cube korang tengok gambar atas ni… kat bulatan yang dah takde darah tu… takde la nampak berparut sangat kannn… tak nampak sangat pun kesan cucukan jarum tu…
Aku paling risau bila lepas buat bekam, kesan parut tu akan lambat hilang… yang dekat badan ok la lagi… pakai baju dah tak nampak… yang dekat leher dengan tengkok tu… risau jer orang nampak then ingat tu kesan love bite… hah… sape nak jawab tu? hahahhaa…
Tapi so far ok jer… tak nampak pun kalau pakai baju ade koler… tapi kalau pakai tshirt takde koler memang nampak la kesan bekam tu kat leher… bekam kat kawasan leher ni antara titik-titik sunnah Rasullullah…
Dah kenapa tetiba aku nak buat bekam pulak ni… ade masalah kesihatan ke? Hehehe… sebenarnya macam ni… aku memang tahu yang bekam ni adalah kekdah rawatan sunnah… kalau takde sakit ape-ape pun boleh jer kalau nak buat bekam untuk buang darah kotor dan toksin dalam badan… tapi sebab aku ade masalah kulit kat bahagian tapak kaki… itu yang buat aku terfikir nak buat bekam ni… ramai dah yang syorkan aku try berbekam pulak… sebab kulit tapak kaki aku ni bila sapu ubat die boleh baik tapi nanti lama-lama die datang balik… dah beberapa kali macam tu… ingatkan dah ok… lepas sebulan dua jadi balik… so, aku cube la kekdah rawatan macam ni pulak… mana tau punca dia dari dalaman kannn…
Aku tahu pasal servis bekam Asyraf ni dari rakan-rakan blogger yang lain… dari segi hygiene InsyaAllah si Asyraf ni memang mengutamakan hal itu… aku dah interview dia sendiri cara dia cuci bekas-bekas tu semua… siap sterill segala bagai… korang kalau berminat nak berbekam boleh contact Asyraf sendiri di 019-9978427… korang tak perlu pergi ke rumah die… die sendiri akan datang kat rumah korang…

Facebook : Khidmat Bekam Sunnah & Urutan Ke Rumah Anda (klik)
Blog : www.bekamkerumah.com (klik)
Asyraf : 019-9978427

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Kesihatan

« Wordless Wednesday : Philips Cooking Challenge
Rambang Mata tengok mainan »

Comments

  1. Tinta Asyraf says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    Terima kasih bang sebab sudi mereview perkhidmatan Bekam Ini…insyallah kita Akan dapt pahala sama2, sy dpt pahala fardu Kifayah abg dpt pahala Ikut sunnah…Cuma

    Reply
  2. Cik Sue says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    huwaaaa takut darahhhh…tapi kalau tak tengok tak pe arrr…ermmm payahnya nak jumpa bekam pompuan kan

    Reply
  3. ::EIDA:: says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    ai ingat nak hadiahkan mat bekam ni la.. hehheheh ;))

    Reply
  4. Ayu Zan says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    bagus ni. suami pun nak try bekam. mmg bagus untuk lancarkan darah dan buang angin dalam badan.

    Reply
  5. irrayyan says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    Takutnya tengok darah….semoga sakit kulit kat kaki abah careno cepat sembuh.. Dan tak berulang lagi dah…

    Reply
  6. fizafantagirO says

    August 27, 2014 at 5:01 pm

    Nanti nk kol asyraf, hari tu hubby kata dia nak berbekam .

    Reply
  7. akubiomed says

    August 27, 2014 at 5:14 pm

    Belum pernah ada pengalaman buat bekam selain menderma darah sahaja.

    Reply
  8. Farah Waheda Wahid says

    August 27, 2014 at 5:28 pm

    erkkk macam ngeri jer lann iolss tengoknya…adehhhh…terbayang2 rasa sakit tu…

    Reply
  9. careno says

    August 27, 2014 at 5:35 pm

    Haaa… cpt2… jgn tangguh…

    Reply
  10. careno says

    August 27, 2014 at 5:36 pm

    Aminn… InsyaAllah… tq irra…

    Reply
  11. careno says

    August 27, 2014 at 5:43 pm

    Yup… utk refresh diri ok sgt ni…

    Reply
  12. careno says

    August 27, 2014 at 5:51 pm

    Haaa… bagus hadiahkan mat bekam ni… nnti u gak dpt benefitnya… hahaha…

    Reply
  13. careno says

    August 27, 2014 at 5:52 pm

    Mmg tak tgk pun… nak tgk mcm mana klau dah muke mengadap lantai jer…

    Reply
  14. careno says

    August 27, 2014 at 5:53 pm

    Sama2… benda baik haruslah kite kongsikan… insyaAllah smoga kite smue dpt manfaatnya..

    Reply
  15. careno says

    August 27, 2014 at 5:53 pm

    Lain pengalaman bekam n derma darah… cuba laa…

    Reply
  16. careno says

    August 27, 2014 at 5:54 pm

    Nmpak mmg byk darah tp tak sakit sgt pun… mata tak berair pun tahan sakit bekam ni…

    Reply
  17. Mat Gebu says

    August 27, 2014 at 7:15 pm

    Woww….part tikam2 tu yang takut….errr sedap ke sakit?….ehhh..haha

    Reply
  18. siti zawiah says

    August 28, 2014 at 6:09 am

    darah..ekk geli..nampak mcm sakit ja..

    Reply
  19. Sheila Salim says

    August 28, 2014 at 8:50 pm

    Assalamualaikum bro. ngeri tengok darah. adehh pengsan kejap. hihiii teringin gak nak suruh suami berbekam. tanya dia dulu la. hihiii

    Reply
  20. Amara says

    September 10, 2016 at 11:48 am

    Saya tertarik dengan artikel yang ditampilkan dalam website ini, saya tunggu artikel terbarunya.

    Reply
  21. Rahayu says

    September 10, 2016 at 11:50 am

    Pengalaman saya waktu Saya pertama kali di bekam, badan terasa ringan dan menyenagkan, pingin bekam lagi rutin tiap bulan.

    Reply
  22. Anugrah says

    September 10, 2016 at 11:54 am

    Badan terasa di pijat setelah dibekam, Rasa kantuk menjadi hilang , badan yang semula terasa pegal pegal menjadi lebih ringan dan bugar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative