Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Rambang Mata tengok mainan

August 29, 2014 by Admin 5 Comments

Spread the love
Sekarang ni aku, Akiff dengan Miss Permaisuri dipisahkan oleh lautan… Akiff kat Penang… Miss Permaisuri kat Sarawak… aku pulak kejer kat KL… sedey rasanya bila kami 1 keluarga terpisah macam ni… doa-doakanlah untuk kami sekeluarga dapat tinggal sebumbung dengan segera…
Akiff aku hantar balik kampung dok dengan mertua aku sebab maksu yang mengasuh Akiff tak dapat nak jaga Akiff buat sementara waktu….
Hah… semalam aku dapat whatsApp gambar Akiff dari kampung… diorang bawak Akiff pegi Giant sebab mak mertua aku nak beli barang dapur…. biasa klau dah pergi tempat-tempat macam tu Akiff memang aim tempat mainan jer…

Semalam mertua aku cerita… masa kat Giant, Akiff nak beli mainan… so, bawak la die ke tempat mainan tu… dah sampai situ Akiff macam biasa, mula rambang mata… nak tergelak tengok perangai dia… mula-mula dia ambik 1 mainan dia pegang… sambil-sambil tu die ushar lagi mainan lain… bila ada mainan lain yang die suke, die akan simpan mainan yang die pegang tu then ambik yang baru pulak… bende tu akan berulang la sampai setengah jam kat kawasan tu jer… terseksa Akiff nak pilih mainan… hahaha…
Yang bagusnya si Akiff ni memang faham yang die hanya dibenarkan ambik 1 mainan sahaja… dalam satu-satu masa dia hanya akan pegang 1 mainan jer… sebab tu die macam susah sangat nak buat keputusan mainan mana yang die nak…

Satu lagi perangai Akiff, jangan suggest any mainan kat dia sebab apa yang orang suggest itu yang akan die rejek walaupun mainan yang die suke… akhirnya Akiff pilih mainan car… memang dah agak pun… mustahil Akiff beli mainan lain selain mainan berkonsepkan kenderaan…
Tapi semalam masa beli mainan tu adalah waktu bonus… so, Akiff dapat beli ball skali… hahhahaa… boleh pulak ada waktu bonus kann… biasa la kalau dah shoping dgn mak tok dia… siap dapat extra… kalau dengan aku wajib 1 barang jer… ball or car…
Lepas dah beli semue tu… dah balik rumah dah… die tanya mana mainan backhoe yang kat Giant tadi… erkkk… padahal backhoe tu die tak pilih pun… meraung kat rumah nak backhoe… sudahnya mak mertua aku suruh adik ipar aku bawak Akiff pergi Giant skali lagi beli mainan backhoe tu… grrr… mengada btul…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Mainan, Shopping

« Pengalaman Bekam Di Rumah
Teratak Jaswira – Laman Rumah Berjiwa Patriotik »

Comments

  1. PeRdU cINta says

    August 29, 2014 at 11:53 pm

    2 in 1..teman nenek beli barang dapur..boleh beli mainan..hehe..so dari 1..dapat 3..rezeki..

    Reply
  2. TunSha Ayunie says

    August 29, 2014 at 11:53 pm

    seronok tengok budak2 kecik naik troli tu…

    Reply
  3. Dkna Abza says

    August 29, 2014 at 11:54 pm

    Adik mikhail nak pinjam mainan abg akiff

    Reply
  4. irrayyan says

    August 31, 2014 at 11:53 am

    patut la mainan akiff banyak. nenek rajin belikan. hehe seronok la dia
    irrayyan.com

    Reply
  5. sakinah says

    August 31, 2014 at 11:53 am

    kalau pi shopping kat giant, pasti akan guna troller kanak2 tu…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative