Cabaran 30 Hari
Gambar atas adalah senarai topik untuk #Cabaran30Hari
Segmen Cabaran 30 Hari ni adalah idea dari rakan blogger Sue Izza dan jugak rakan-rakan lain dari Kelab Blogger Ben Ashaari… asalnya segmen ni hanya cabaran sesama sendiri… nak tengok sape yang gigih dan rajin update entry setiap hari sebab ada antara rakan blogger yang makin hari makin lemau nak update entry… kadang-kadang seminggu sekali baru blog berupdate… alasannya sebab takda idea nak menaip… Dari situ wujudnya segmen Cabaran 30 Hari ni…
Rasanya ramai yang pelik kan tibe-tibe ramai pulak blogger yang update entri pasal Cabaran 30 Hari nii… aku pun terkejut gak sebab ramai yang tanya macam mana nak joint… hehehhee… boleh jer kalau nak joint… tiada syarat khas pun… ada orang ingat kena jadi member #KelabBloggerBenAshaari dulu baru boleh joint… Ehhhh… takde la syarat macam tu… sape-sape pun boleh jer joint… terbuka untuk semua…
Apa yang perlu dibuat?
Okeh macam ni… korang refer gambar atas skali.. itu adalah senarai topik yang perlu ditulis dalam entry setiap hari… semue topik adalah berkaitan diri korang sendiri… disebabkan cabaran ni bermula pada 1 September… senang la korang nak refer… kalau hari ni tarikh 7 September maka korang kena buat topik yang dikedudukan no 7 dalam senarai di atas… Kalau hari ni 18hb September, so korang kena buat topik yang no 18 dalam senarai di atas… ok faham tak?
Dah terlambat ke nak joint Cabaran 30 Hari ni?
Hehehe… tak terlambat pun… boleh jer kalau baru hari ni korang nak joint… boleh start terus dengan topik yang sepatutnya kena buat hari ni… tapi kalau nak betul-betul sahut cabaran ni… apakata korang buat jugak entry untuk topik-topik yang korang dah tertinggal sebelum ni… tapi backdate la balik tarikh publish tu ikut tarikh yang sepatutnya…
Then dah buat entry tu jangan lupe share entry korang kat Group Facebook Kelab Blogger Ben Ashaari(klik) atau share dekat timeline facebook korang sendiri dan paling penting jangan lupe untuk letak hashtag #Cabaran30Hari dan #KelabBloggerBenAshaari supaya senang rakan-rakan lain nak blogwalking nanti… korang pun kalau nak baca entry rakan-rakan blogger yang lain juz klik kat hashtag tu jer… nanti keluar senarai semue entry yang berkaitan…
Oh yaaa… ade satu lagi pesanan… bile dah joint segmen Cabaran 30 Hari ni, harap sangat korang rajin-rajin la blogwalking ke entry rakan-rakan lain jugak setiap hari dan paling penting sila tinggalkan jejak korang kat blog tu… Kalau tak blogwalking macam mana nak berkenalan dengan blogger-blogger lain kannn… sebab motif segmen ni bukan jer nak rajinkan korang update entry tapi jugak untuk berkenalan sesama blogger… sebab tu topik semuenyer berkaitan diri masing-masing…
Selamat bersegmen!!!
Klik Link Di Bawah :
irrayyan says
Alamak hashtag cabaran30hari xletak. Yeay berjaya dah mencabar diri di hari ke4.. Cabaran esok tuuuuuuu adoii laaa
Daus Redscarz says
Ada list rupanya.. Ehh patut la ada pepagi dah siap.. :p
Nazlee Ismail PCL says
Back link to blog lan entri ni meletop la…utk rujukan. Syabas dan tahniah memviralkan #kelabbloggerbenashaari
mOoN IzzaN says
haaaaa.. nak try laa.. dlu gagal nak cukupkan 30 hari…
Mohd Azfar says
apa ni.. apa ni..apa ni..???
sHaRiNa eLyaNa says
wah mcm best ja ni, sha ada join yg 10 days challenge haha..mmg kena ari2 update ni
Precious Cla says
sy dah terlambat ni….still ok ka ? lalallaa….
jejarimawarmerah says
dah join.. meh singgah
http://jejarimawarmerah.blogspot.com/2014/09/cabaran30hari-hari-keempat.html
Nory Zoulkefle says
menarik ni…bukan ahli leh join jugak ek…hurmmm akan diusahakan..tengah seru mood rajin…heheh
careno says
boleh jer nak joint.. tak dikenakan bayaran atau hukuman pun… hahaha
careno says
boleh jer… takde istilah lambat utk segmen ni… joint jer start hari keberapa pun sbb takde pemilihan pemenang… hehehe
Ayu Zan says
Oh. Noted. Baru faham. Hehehehe..
armila style says
Boleh trus join sekarg la ni ye….wokeh..tq
AINA ZAIRULNIZAM says
Patutler ramai yang update, teringin jugak nak join. Tapi terlambat, nasib baik boleh join. Jeles tengok blogger lain duk update cabaran 30 Hari ni 😀
Ezra Meza says
Macam best. Tapi harini kena update 5 entry la untuk yang backdated ahahaha *matilanakk
Scarlett O'Hara says
Lama tak bersegmen.Nak join jugalah. 🙂
ctfand says
Wah..menarik jugak nih.. cuba nak mencabar diri sendiri.. 🙂
Norzi beautilicious house says
menarik.. baru tau… terima kasih share
http://norzifoodilicioushouse.blogspot.com
::EIDA:: says
lailai laiii setakat ni ai gagah lagiii buatt hehhehehehhe
Yatie says
Oh mcm tu ke abah. kena sahut cabaran la jawapnya ni 🙂
MG schmidt says
tak sempat la nk join 30 hari ni
hehe
ni utk yg tkde bnda nk tulis kt blog
MG byk bnda nk ceritaaaa tp xd masa nk taip 🙂
Miss Moon says
boley ke kalau baru nak start sebab ketinggalan kapal….hari nih baru tahu ( nyorokssssss)
Nao Mei says
Sempat lagi ke nieh abah..
Thank abak bak info kt cik akak nie…
Dok terkulat-kulat je baca entri org..
Semua tajuk sama..hihi
cujen lejen says
hehe..baru terbaca pasal ni..bagus jugak idea ni.. nak buat jugak la..memandangkan lusa dah masuk bulan baru.. so boleh la start..just nice je..eh , ke ada cabaran baru?