Cabaran 30 Hari akhirnya sampai ke task terakhir… berjaya jugak aku habiskan cabaran ni… terrrrsangat menguji aku sebagai seorang blogger part time… masa yang sangat terhad membuatkan aku tak dapat menyiapkan cabaran ni seperti tarikh sepatutnya… tapi tak kisah laaa… janji siap jugak akhirnya…. kannnnn…
Di awal kemunculan blog aku ni dulu… aku buat blog sebab terikut dengan member… kemudian blog aku ni tak bertahan lama… aku menyepi kjap sebab blog takda hala tuju… boring! Malas!
Lepas tu dapat idea nak story mory pasal Akiff… baru la aku rancak menulis blog… kemudian aku kenal dengan Ben Ashaari… kemudian aku joint Kelab Blogger Ben Ashaari… dari situ baru la aku kenal dunia blog yang sebenar… aku belajar banyaaaaak sangat benda… dari situ kenal ramaaaaaaai sangat rakan-rakan blogger… yang hampir kesemuanya tersangat peramah dan baik…
Bila dah bergaul dengan rakan-rakan blogger… minat aku terhadap blog semakin dalam… blog dah jadi buku catatan aku… apa yang aku tulis aku niatkan untuk rujukan aku di masa depan… untuk kenangan aku di masa depan… segala yang aku kongsikan adalah dari pengalaman dan maklumat yang aku dapat sendiri…
Now lepas beberapa tahun aku menulis… aku rasa sangat dihargai bila ada orang yang sudi jemput aku untuk review restoran… review produk… review percutian… dan banyak lagi… buat masa sekarang aku tak berniat menjadikan blog sebagai punca pendapatan tapi kalau ada rezeki yang datang hasil dari blog aku ni… memang aku sangat hargai…
So far kalau ada yang tanya apa yang aku dapat dengan blogging… aku boleh katakan yang aku dapat ramai kawan… aku dapat banyak peluang merasai pengalaman yang menarik… aku dapat duit dari blog… aku dapat macam-macam benda free… hehehe…
Klik Link Di Bawah :
Farah Waheda Wahid says
tahniah lan kerana berjaya menghabiskan cabaran…i is terkandas di pertengahan jalan… ha ha ha…