Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Segmen Ben Ashaari : Aku, Seorang BLOGGER

September 12, 2014 by Admin 6 Comments

Spread the love
(Klik gambar untuk joint)

Peranan aku sebagai blogger?

Dulu aku tak faham sangat peranan blogger… yang aku tahu hanya menulis untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Now, aku dah tahu apa peranan yang sepatutnya aku pegang sebagai seorang blogger. Sebagai seorang blogger, aku perlu berkongsi pengalaman secara ikhlas dan jujur supaya pembaca sentiasa percaya dengan penulisan aku… Benda ni adalah perkara ni sangat penting sebagai seorang blogger bagi menjaga kredibiliti penulisan serta nama baik blogger…

Apa isu yang ingin aku tekankan dalam penulisan aku?

Buat masa sekarang, aku hanya fokus kepada apa sahaja pengalaman hidup aku terutama yang melibatkan penjagaan anak serta perkongsian tempat-tempat menarik yang aku lawati… Komen dan pandangan peribadi tentang isu semasa terutama hal politik akan cuba aku elakkan dalam blog ni… bukan apa, takut tersentuh perkara-perkara sensitif dalam masyarakat…

Kalau blog aku mampu menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan?

Hmmm… buat masa sekarang aku tak pernah terfikir nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama… aku belum yakin dengan kemampuan blog aku lagi walaupun mampu meneriba ribuan ringgit sebulan… yer laa… dalam apa industri sekalipun ada pasang surutnya… retis sekalipun ada naik turunnya… mungkin sekarang blog aku boleh jadi perhatian orang, mana tahu akan datang blog aku dah tak releven dengan kehendak masyarakat… 

Okeh, katakan aku memang decide jadi fulltime blogger… apa backup plan yang aku perlu buat untuk sara kehidupan aku?

kalau aku blogger fulltime… backup plan yang aku dah ada sekarang adalah bisnez vending mesin air aku sekarang ni… Alhamdulillah… aku boleh katakan ia sebagai pasif income yang aku terima sekarang… aku tak perlu bekerja setiap hari tapi income still ade… dah 3 tahun aku buat bisnez vending mesin air ni… cuma sekarang perlu maintain dan jaga dengan baik mesin-mesin aku tu… dan selain tu, aku akan cuba belajar dalam bidang hartanah juga…

Harapan sebagai blogger?

Aku harap dunia blog ni semakin meluas dan masyarakat menerima kehadiran blogger sebagai medium pengiklanan yang paling berkesan…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Kelab Blogger Ben Ashaari, Segmen

« Cabaran 30 Hari | Day 11 | Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
Cabaran 30 Hari | Day 12 | 5 Wishlist Abah Careno »

Comments

  1. Nazlee Ismail PCL says

    September 12, 2014 at 12:13 pm

    Bagus Lan, ada visi dan misi dalam blogging. Moga terus maju jaya.

    Reply
  2. fizafantagirO says

    September 12, 2014 at 12:13 pm

    Ikhlas dan jujur, kunci kejayaan dalam apa jua bidang, kannn 🙂

    Reply
  3. Rosmiza Ali says

    September 12, 2014 at 1:27 pm

    Assalamualaikum Lan..
    Datang melawat dari segmen sama.. Hehe..
    Bisnes vending mesin air? Wah! Menarik jugak tu.. Semoga bisnes semakin berkembang maju.. Amin.. =)
    Jemput singgah ke blog saya juga jika sudi.. ^_~
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    Reply
  4. Marziah Zakaria says

    September 12, 2014 at 2:03 pm

    Salam.
    Singgah dr segmen yang sama. Wah ayat skema…
    jemput singah jika sudi. Jika tak sudi singgah follow pun boleh. Kalau xmo gak ai hijack u punya Cik SUKIDA..Muahahaha…

    Reply
  5. ros_reeza says

    September 15, 2014 at 2:47 pm

    Ros singgah sini dari segmen yang sama 🙂
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    Reply
  6. Amie says

    September 16, 2014 at 5:47 pm

    Betul tu… pasang surut! Poket kita pun pandai kempis & gemuk, jadi nak ambil keputusan jadikan blog sebagai tempat menjana pendapatan tu kena fikir ribuan kali… salam dari segmen ben ashaari, follower 1031

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative