Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Taman Anggur Perlis… tempat menarik untuk dilawati

September 23, 2014 by Admin 13 Comments

Spread the love
Cuti sekolah baru-baru ni sempat la aku penuhkan aktiviti kami sekeluarga dengan jalan-jalan kemana-mana lokasi yang boleh dijalankan… alang-alang aku dah balik ke kampung mak abah aku kat Kedah… so, aku plan nak jenjalan kat Perlis… gigih aku meng’google’ lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati… ada banyak tempat menarik kat Perlis ni antaranya Gua Kelam, Taman Ular, Padang Besar dan Taman Anggur Perlis…
Selama ni aku tak tahu pun kat Perlis ada Taman Anggur… huhuuhu… terus aku google dan detect kat mana lokasi Taman Anggur ni… korang kalau nak ke sini boleh waze atau GPS ke Taman Ular Perlis sebab Taman Anggur ni tak jauh pun dari situ… masa nak sampai kat Taman Ular ni nanti akan ada signboard ke Taman Anggur Perlis… mula-mula aku guna waze search Taman Angguur Perlis tapi sesat ntah kemana waze tu bawak… Grrr…  lepas search Taman Ular baru la jumpe… Taman Anggur ni  jarak die kurang 5 minit dari Taman Ular…
Sampai jer kat Taman Anggur Perlis ni teruuus macam terkesima sebab nampak macam terbiar dan langsung takde orang… huhuhuhu… sebab alang-alang dah smpai kat sini turun jugak dari keter untuk bergambar depan pintu masuk ni… sedeyyy…
Masa nak keluar dari taman ni aku perasan ade sorang awek kat dalam pondok guard… aku berhenti dan tanya awek tu… die kate sekarang bukan musim anggur lagi… sebab tu takde orang… musim anggur setiap 4 bulan sekali… next musim bulan 12 nanti… aku pergi bulan 9… patut la takde orang…
Bayaran masuk sini adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak… budak umur 6 tahun masuk percuma… tapi sebab kitorang pergi sini masa bukan musim… so, die kate nak masuk boleh jer… takyah bayar ape-ape… tapi dapat tengok daun jer laaa… Haaa… Taman Anggur Perlis ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin…
Dah alang-alang kitorang datang dari jauh… masuk jugak laaa… dapat tengok daun pun jadi laaa… hahaha…
Then, masa kat situ aku tengok port dia sesuai untuk aku buat photoshoot Akiff… Cantik…. Mood Akiff pulak masa tu tengah baik… terus la keluarkan camera dan shoot Akiff… So, meh layankan gambar-gambar yang sempat aku shoot masa kat sana…

Atas kepala tu pokok-pokok anggur yang belum berbuah…

Akiff dengan sepupu dia… anak buah aku… Ainin dengan Adam…

Ni masa kat atas anjung tinjau…

Dua-dua buat duck face la konon…  hahaha…

My Love :: Miss Permaisuri

Okeh… 3 gambar terakhir ni adalah gambar feveret aku…

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Cuti-cuti, My Photoshoot

« Cabaran 30 Hari | Day 22 | Destinasi Percutian Impian Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 23 | Pekerjaan Yang Diingini Selain Kerja Sekarang »

Comments

  1. Norhasniza Khalid says

    September 23, 2014 at 9:48 am

    laaaawaaaa gambarnya semua..

    Reply
  2. mak Jemah says

    September 23, 2014 at 10:01 am

    abam lan,sila repeat lg ke sini..g musim buah dia..buah dia mmg manis..x masam langsung..
    lepas tu g jgk masa musim buah pelam harumanis..g melawat ladang harumanis..mmg best.

    Reply
  3. idzwa kamaruddin says

    September 23, 2014 at 10:01 am

    cantk nyer gambar 😉

    Reply
  4. Mrs Velentine says

    September 23, 2014 at 10:53 am

    besar dah akif..wah baru tau ada taman anggur…

    Reply
  5. ietams says

    September 23, 2014 at 11:17 am

    sporting nya akiff ber possing

    Reply
  6. ::EIDA:: says

    September 23, 2014 at 11:58 am

    kene pergi time musim die ehh eh… ok sett! jom pergi lagiii HHAHA

    Reply
  7. Foto Besar says

    September 23, 2014 at 11:58 am

    memang best bercuti dan mabil gambar ni.. boleh simpan jadi kenang-kenangan

    Reply
  8. Mus says

    September 23, 2014 at 11:58 am

    cantik-cantik gambar.. bestnya bercuti..

    Reply
  9. mak Jemah says

    September 23, 2014 at 12:07 pm

    kalo g time berbuah boleh petik sendiri..boleh merasi kemanisan anggur malaysia.. mmg manis mcm anggur yg jual kt supermarket tu,..sy sendiri dah rasa..dulu sy pun g time buah dah abis..kbtln ada ank sdra tgh praktikal kat situ..bos dia suh bg kami anggur yg org lain punya!!! rezeki kami rasa anggur tu 🙂

    Reply
  10. Farah Waheda Wahid says

    September 23, 2014 at 4:13 pm

    dah boleh jadi model dah ni akiff ni…

    Reply
  11. CikSiti says

    September 24, 2014 at 1:10 pm

    o0o bulan 12 yer..bolehlah pergi nanti

    Reply
  12. Akif Imtiyaz says

    September 25, 2014 at 11:05 am

    Waa bestnyerr Akiff jln2 ngan mama dan papa…

    Reply
  13. Nur says

    December 16, 2021 at 10:50 pm

    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

    Kami dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS) menjalankan kajian terhadap Menilai Potensi Pembangunan Pelancongan Islamik di Perlis: Persepsi Pelancong Tempatan dan Antarabangsa

    Syarat:
    1. Berumur 18 tahun dan keatas
    2. Pernah melawat Perlis sekurang kurangnya sekali

    Kami memerlukan seramai 400 orang responden. Kami memohon jasa baik anda untuk menjawab soal selidik ini. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik ini adalah lebih kurang 7-10 minit. Terima kasih di atas kerjasama dan maklum balas anda!

    https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenjsks9ocTpVBZemOBkLPxNiMWBMsXqwbQMvDO8mI41-vUZA/viewform?usp=sf_link

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative