Hotel budget pekan Brincang, Cameron Highland memang target aku masa awal-awal nak survey penginapan ke Cameron Highland cuti sekolah hari tu… aku pernah stay kat Tanah Rata… agak bosan… So, untuk percutian kali ni memang aku target nak stay kat Brinchang sebab nak merasa pergi pasar malam situ… survey punya survey… baca review dalam agoda.com… baca review kat blog-blog… dan akhirnya aku ada dua pilihan hotel… Hotel Jasmine dengan Rainbow Hotel… due-due hotel ni dekat-dekat jer… berjiran la kirenyer… tapi lepas terpengaruh dengan beberapa review dari blog lain… akhirnya aku pilih Hotel Jasmine…
Haa… ni lah die hotelnyer… bertentang dengan KFC… tak jauh dengan pasar malam Brinchang… masih walking distance… kalau tak silap aku jalan kaki dari hotel ni ke pasar malam tu dalam 7 minit kot… lokasi hotel memang memuaskan sebab banyak kemudahan macam kedai makan… kedai runcit… depan stesen teksi… dah banyak kedai-kedai cenderahati…
Cumanyaaa!!!! Parking non hadooo… parking die adalah parking public… gambar atas ni adalah view dari tingkap bilik aku… kat bawah tu haaa parking die… sile berebut… wakaka… tapi aku hari tu masa sampai sana pukul 2 petang takde masalah lagi… ade jer parking… kalau lewat-lewat petang yang problem tu… kena la parking jauh…
Hotel ni aku dah booking awal-awal dan dah buat full payment sebelum ke sana… aku tak beli melalui agoda sebab bila aku chek rate hotel ni sama jer kalau beli dengan agoda… baik aku beli direct jer… kalau yang nak kumpul point agoda ok la kann… busuk-busuk dapat gak point… dulu aku rajin la collect point dengan agoda tapi sekarang dah malas dah… dah dapat redeem penginapan sekali hari tu terus dah malas nak collect dah… hehehe…
Aku chekin hotel ni hari tu pukul 2 petang… ade 2 3 orang yang tengah chekin masa tu… agak slow servis nak chekin ni… diorang guna kekdah tradisional… takde komputer-komputer bagai… semue tulis tangan… isi maklumat dan rekod dalam buku khas… tapi diorang yang tuliskan semue… kite just sain jer… buku daftar tu pun aku tengok dah nak hancur dah… rasanya hotel ni kena improve bab chekin ni…
Alhamdulillah bilik aku dah ready… lepas chekin takyah nak tunggu… terus dapat kunci… memang aku mintak bilik mengadap town dan tingkat 3… Aku booking bilik triple deluxe… ade 1 katil queen… 1 katil single… harga RM188 nett waktu musim cuti sekolah aku pergi hari tu… sajer ambik bilik triple sebab beza harga bilik triple dengan double sikit jer… lepas tu nanti boleh sambungkan katil tu jadi besar… boleh guling-guling puas-puas… muahahhaa….
Keadaan dalam bilik sangat memuaskan… bersih dan kemas… bilik ni takde kipas atau ekon tapi masa aku ke sana memang cukup sejuk dah pun… bukak jer tingkap tu… pergh… nyaman sangat… tapi tingkap tu bukak kejap jer sebab Miss Permaisuri jenis yang tak tahan sejuk… grrr… aku ok jer lagi sebab dah standby lemak bebanyak kat keliling pinggang ni haaa…
Perabot dalam bilik simple jer… tak banyak sangat… bagi aku ok dah… takyah nak sempitkan bilik dengan perabut besar-besar… tv pun elok jer die gantung situ… siap ade astro lagi… ade chanel fox movie okehh… Hmmm.. meja solek comel jer… kat meja solek tu die dah sediakan gelas… plus air panas.. cattle untuk masak air dengan air mineral… nescafe ke, milo ke smue tu tak disediakan okeh… sila bawak sendiri… tapi takyah risau sebab dekat deretan kedai bawah tu ade jer jual yang 3 in 1… macam-macam jenis… ade jual dalam paket kecik-kecik… setiap paket tu ade 4 sachet 3 in 1… haaa… ok la kann… takyah la nak beli sampai sedozen bagai… dan pesanan aku satu lagi… sila bawak cawan untuk bancuh air panas… Grrr… sebab bilik ni takde cawan, aku bancuh jer dalam gelas yang disediakan tu… masa tengah makan tomyam dalam bilik tiba-tiba gelas tu meletup… hahahaha… dah agak dah sebenarnya tapi no choice… dah la gelas die tu nipis jer… huh… sudahnya aku bancuh air milo dalam mangkuk tomyam… hahahahhaa… nyaris-nyaris peristiwa bancuh nescafe dalam botol susu Akiff berulang… wakaka…
Keadaan bilik air ok jer… bersih dan luas… takda bathtub walaupun bilik air tu muat jer nak letak bathtub… cuma aku rasa ada 2 perkara yang pihak hotel kena ambik perhatian… 1st dan paling penting adalah permukaan lantai bilik air yang licin… bahaya wooo… dan kedua adalah sinki tu haaa… alahaiii… sejomput jer… at least buat la besar sikit habuan letak berus gigi, ubat gigi, sabun dan benda-benda lain… bagi la nampak macam bilik air hotel sikit… ni simple sangat… tapi nasib baik la bersih jer…
Haaa… masa aku nak chekout dari bilik ni… aku ade nampak acik-acik house keeping situ dok bersihkan bilik sebelah… diorang bukan mop lantai bilik air tu… diorang berussss… patut laaa bersih bilik air die… tapi sebab kerap sangat memberus kowt yang membuatkan lantai bilik air agak licin…
Ni aku nak citer 1 benda masa stay kat situ yang agak sengal jugak sebenarnya… disebabkan ada kedai makan thai kat bawah hotel yang super sedap, terus buat aku rasa mengidam nak mengulang makan walaupun petang tu dah makan kat situ… malam tu pulak kat cameron hujan lebat giler… sejuuuuuk… (aummmmm…) aku dengan ghairahnya turun ke bawah tapow bihun tomyam nak makan dalam bilik… sejuk-sejuk ni memang melethop la kan pekena tomyam pedas panas-panas… lepas dah tapow bihun tomyam tu terus la bawak naik bilik nak melantak dalam bilik… dah sampai bilik terus terpinga-pinga nak makan bihun tomyam tu nak letak dalam apa… mana ada mangkuk… hahahahhaa… sengalll… takkan nak tebuk hujung plastik pulak kann… dah tak pasal-pasal aku kena turun sekali lagi pergi kedai runcit kat hujung block beli mangkuk pulak… hahaha… sabor jer laa…
Korang kalau berminat nak stay kat sini boleh contact no telefon Hotel Jasmine ni… 05-4911588…
Tips survey hotel budget kat Pekan Brinchang ni… make sure hotel tu ade lift sebab ade jugak hotel yang takde lift…
Mila Hilas says
xpnh smpi cameron…nth ble nk pegi haha
Ain Ridzuan says
Ok juga hotel ni ye.. next time bole gi..
Sherry says
thanks for info, might go one day.. with family 😀
namesherry.com
aRz MoHa says
menarik perkongsian ni. Cameron memang best buat nak berehat
Sukma Haron says
Panduan yg bagus…
Anonymous says
harap sudi kongsi sekali highway N jalan yg di lalui sepanjang perjalanan ke sana tq
cerina
Saidila Abdul Rahman says
kitorang kalau pergi CH mesti lepak kat homestay jer….lebih selesa….hotel sesuai untuk keluarga sikit2…kitorang pergi 3 kereta sekali…makanya homestay adalah pilihan…..
IntaNBerliaN says
ok jugak yer… next time blh try hotel ni pulak
mak Jemah says
besttttt kan g cameron :))
Mj selalu g balik hari je..jarang stay sana..pasar malam dia best..
besar nau bilik dia kannnn..hahahaha..abam lan tu saje je amik bilik triple..taktik abam lan tuh..hahhahaha
Syeeda says
haritu p ramai2 ambik imperial court yg tinggi melayut tu..next time leh try jasmine pulok.
Anonymous says
Saya memang suka pergi CH.Setahun 3-4 kali pergi. Weekend ni nak pergi lagi. Kami dari KL tapi ikut Simpang Pulai. Jalannya ok sikit. Kami pun suka stay di Brinchang.Senang nak berulang ke Pasar Malam. Sebelah siang jangan lupa pergi Kea Farm. Sayuran2nya lagi murah.
Deana Eddy says
harap sgt awak reply Maaf, saya nak minta tlong awak suggestkan hotel badget yang ok. Hotel yg awak pergi ni. 1 hari berapa ringgit utk satu bilik? Sbb ayah saya suruh cari 2 bilik utk 4hari 3 malam dkt hotel baget?
careno says
Dalam entry ni saye dah share harga bilik ni dah jugak contact nombor… harap awak baca dan dpt bg panduan utk awak… sy x biasa dgn hotel2 lain tp kalau utk budget hotel mmg saya syorkan hotel ni… kalau tak nak pun kat bersebelahan hotel ni pun ade byk lagi hotel lain… kalau ke Brinchang tak perlu risau dgn hotel budget sbb mmg byk (sekiranya bkn musim cuti skolah)
careno says
Yer ade… hotel ni ade lift… sgt memudahkan kalau nak bwk stroller naik atas bilik or bag gedabk besar pun x da hal…
Anonymous says
kami sekeluarga pon nak gi CH sebab sekarang musim panas naik melecor rasenya,lepak kat sana tentu sejuk ..boleh le necoi
Anonymous says
nak bawa pelajar dlm 40 orang… ada tempat x yea…
nadiah says
ada lift tak sis?