Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kedai makan sedap di Cameron Highland

October 12, 2014 by Admin 27 Comments

Spread the love
Lepas ni kalau ke Cameron Highland memang aku nak pegi makan sini lagi… kedai Masakan Thai kat Pekan Brincang sebelah dengan Hotel Jasmine ni…
Restoran Idaman, Masakan Thai… lokasi restoran ni selang 1 pintu jer dengan pintu masuk Hotel Jasmine… hari sampai Cameron Highland tu, dengan cuaca sejuk pakej dengan perut kosong… kitorang memang berada dalam zon lapar tahap jingga… aku dengan Miss Permaisuri decide nak makan dulu kat kedai bawah hotel sebelum keluar jenjalan kat pekan Brinchang tu…
Kitorang order nasi putih due, tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar due dengan kerabu mangga… sekali bile dah makan terus macam terpinga-pinga… ehhh… sedap giler tomyam die… serius sedap… walaupun pedas tapi rasa nak hirup jer… pastu kailan ikan masin die pun sedap gak… telur dadar die pun luar biasa sedap… hahaha… giler melampau… tapi paling aku teringat sampai sekarang adalah die punyer kerabu mangga… perghhhh… makan sambil menangis wehhhh… belum pernah aku makan kerabu mangga sesedap tu sebelum ni… ratah cenggitu pun sedap sangat… rasa masam die memang cun… lemak. manis dan pedas secukup rasa… sampaikan air dalam piring kerabu mangga tu pun aku hirup… aku tanya Miss Permaisuri sama ada kedai tu memang masak sedap atau kitorang yang tengah kebulur plus cuaca sejuk macam tu… Miss Permaisuri cakap memang masakan situ sedapppppp… lidah Miss Permaisuri memang boleh percaya kalau bab merasa makanan ni… kadang-kadang die belum rasa pun die dah tau sedap ke tak… itu memang super power die… hahahhaa… 

Disebabkan gambar menu tak sempat ambik terus kitorang melantak… so, takde la gambar menu yang sedap-sedap tu semue ehh… aku tunjuk gambar deco kedai ni jer… waktu malam kedai ni sangat sesak dengan manusia… masa aku tapow bihun tomyam jenuh gak nak menunggu sebab ramai orang… harga kat kedai ni ok jer… tak cekik darah dan tak murah… tapi kalau mahal pun berbaloi dengan rasa sedapnya memang orang takkan bising pun… kannn… nanti naik sane memang aku nak terjah sini lagi…
Okeh ni aku nak bagi tau kat korang supaya berhati-hati okeh… refer balik gambar atas sekali entri ni… bahagian kiri gambar ade nampak Restoran Sri Maju Briyani kannn… itu nampak macam kedai mamak tapi sebenarnya bukann… aku ade terbaca kat blog mana ntah yang bagi tau pasal kedai makan tu… katanya kedai tu kedai india… so, hari tu aku sajer la ushar kat dalam kedai tu… memang ade jer orang Islam yang makan situ… aku ushar pulak dinding-dinding kat kedai Sri Maju Briyani tu… Hmmm… aku tak nampak sepotong pun ayat suci al-quran dalam kedai tu… even bismillah sekalipun aku tak nampak… So, hati-hati la ehhh… aku tak kate kedai tu haram dimakan cuma hati-hati la ehhh…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Cameron Highland, Food Review, review, Tempat Makan

« Hotel Budget Cameron Highland di Pekan Brinchang
Pasar Malam Pekan Brinchang, Cameron Highland »

Comments

  1. Suria Lekatlekitgurl says

    October 12, 2014 at 1:30 pm

    rasa macam pernah makan kat situ… hahahaha

    Reply
  2. Anisyamir Leejo says

    October 12, 2014 at 1:30 pm

    Lamanya takpergi Cameron Highland ni. last pergi masa darjah 6, bila lah dapat jejakkan kaki balik kat sana yer ^^
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    Reply
  3. aRz MoHa says

    October 12, 2014 at 1:30 pm

    perkongsian yang baik. Kalau ke cameron taulah kat mana nak makan

    Reply
  4. Akif Imtiyaz says

    October 12, 2014 at 4:00 pm

    Kena lebih alert la pasal benda2 ni ya ..Jgn main terjah jer pergi makan ..Thansk Sharing

    Reply
  5. akubiomed says

    October 12, 2014 at 10:36 pm

    Yang penting sedap dan didalam bajet.

    Reply
  6. Saidila Abdul Rahman says

    October 12, 2014 at 10:36 pm

    selalunya masak sendiri jer……maklumlah…kalau pergi mesti berjemaah…..tak pernah cuba makan kat mana2 restoran

    Reply
  7. Bahrain says

    October 13, 2014 at 8:27 am

    Tak pernah jejak lagi ke cameron higland.. Review pun nampak menyelerakan.

    Reply
  8. SalinaJohari says

    October 13, 2014 at 9:35 am

    perghh….terliur beb…lame dah plan nak gi CH…entah bilo larghhh…..

    Reply
  9. Anonymous says

    October 13, 2014 at 3:53 pm

    Saya pun suka makan di restoran tu kalau ke CH. Memang sedap.

    Reply
  10. Anonymous says

    December 10, 2014 at 8:51 pm

    Malam ni kita serbu restoran idaman….jom

    Reply
  11. miaqaisarah says

    April 20, 2015 at 9:45 am

    Sedapnya nampak makanan-makanan ni.. Boleh try nanti 🙂
    Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

    http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/

    Reply
  12. Noriza Abdul Rahman says

    August 19, 2015 at 9:26 am

    Bahaya juga kan, kena perhatikan betul-betul bukan main masuk dan makan sahaja

    Reply
  13. Emma13806 Emma13806 says

    September 19, 2015 at 7:36 am

    kenapa

    Reply
  14. Siqah Hussin says

    October 29, 2015 at 10:26 am

    Thanks for the recommendation. Serius tak tahu nak makan apa bila ke Cameron!

    Reply
  15. RMSofia says

    December 31, 2015 at 4:32 pm

    Aduhhhh. Baik tak payah cuba di sini kecuali tak ada pilihan. Terlalu biasa sangat … cam gerai tepi jalan je… baru try di sini. Tiada lagi kerabu dan goreng tepung.
    Daging goreng nya keras…

    Reply
  16. careno says

    December 31, 2015 at 4:36 pm

    Alahai siannya… mungkin skrg tukang masak dah bertukar kot…

    Reply
    • Jazman says

      October 22, 2016 at 5:17 pm

      X berbaloi mkn kt sini.mahal ….ade byk kdai mkanan islam kt sini

      Reply
  17. PESONA says

    January 6, 2016 at 6:51 pm

    Assalamualaikum Tuan,

    INFO yang sangat baik memandangkan saya & Family akan ke Cameron Highland pada 06 Feb 2016 ini…..

    Reply
  18. Farha says

    January 7, 2016 at 6:54 pm

    TQ info! tgh kat cameron ni. jap lagi singgah.

    Reply
  19. Bella Idura says

    January 9, 2016 at 12:42 pm

    ok nak try makn sini.

    Reply
  20. Kek Kuih says

    January 18, 2016 at 11:15 am

    Salam, 15 jan ritu beli tapau tomyam campur kuah die bolela udang die gune udg yg kulit keras tp isi nye lembik sgt mcm udg lame. Udg petai pun gune udg yg same. X leh mkn so mkn petai jer. Pg plak tapau roticanai n nasi lemak beli d food court. Roti canai satu gerai jer mase tu. Rupe roti mcm lempeng x mcm biase. Nasi lemak biase telo grg x sedap yg berharge rm4. Mahal tu. Next dy p tnh rata mkn di bgun same dgn kedai rm2 kami mkn grg2 harge kire dlm rm6 – 7. Adik beli nasi campur ayam kicap + ns putih shj rm6.50. Ape pun selere kite x same. Myb len kali kami beli brg mentah n masak sendiri.

    Reply
  21. Ika says

    March 27, 2016 at 12:41 am

    Mmg hampeh makan kt sini.. Kuah tomyam mcm air longkang,udang dia kulit keras,sayur kailan ikan masin x lembut n telur dadar penuh dgn minyak n x ranggup. Serius mmg menyesal mkn kt sini. X sedap langsung, mahal plak tu. Sakit hati je.. Plzz jgn mkn kt sini lg.. Baik gi tempat lain.. Dah la servis lembap, mmg first n last aku dtg

    Reply
    • Admin says

      March 27, 2016 at 10:31 am

      alahai… servis dah teruk la kot skrg sbb dah bertahun dah… atau pun mgkin dah bertukar org… tp apa yg sy ceritakan adalah pengalaman sy…

      Reply
  22. naz says

    May 25, 2016 at 7:26 am

    Salam.
    Saya baru lepas makan,kat kedai ni malam tadi. Tapi tak ambil set pon. D’s saya makan nasi goreng pataya dan suami makan nasi paprik. Alhamdulillah Allah bagi rasa semua food yg diorder sedap sambal belacan yg dihidang dgn nasi paprik tu mmg meletop!. Heheehe.

    Reply
  23. Nana says

    August 11, 2016 at 2:17 pm

    Baru je pergi makan kt sini minggu lepas. Order tomyam ayam tapi ayam sangat la kecik2. Lepas tu order air suam. Pun hampeh. Air suam dia kotor. Macam ada serangga dlm air. 2 kali suruh tukar 2 kali jg masih kotor. Last2 saya bagi balik tak nak minum. Sapa sanggup minum kalau dh nampak ada serangga etc dlm air. First & last pergi mkn kt kedai ni ! Nothing special pn.

    Reply
  24. liza says

    February 3, 2018 at 12:07 pm

    SERIOUSLY…X SEDAP LANGSUNG…TOMYAM MASIN…SAYUR KAILAN MASIN YG AMAT……MAHAL LAK TU…SERVICE LEMBAB…MUKA ORG YG AMIK ORDER MASIN, MASAM KELAT2 BASI…FIRST AND LAST MAKAN KAT SINI..

    Reply
    • Admin says

      February 5, 2018 at 8:02 am

      Mungkin tukang masak atau owner kedai dah lain kot…. saya update pun dah 4 tahun lps…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative