Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kilang dan Ladang Teh Boh, Cameron Highland

October 14, 2014 by Admin 10 Comments

Spread the love
Cuti-cuti Cameron Highland kali ni memang aku dengan Miss Permaisuri target nak pergi ladang teh yang kitorang pernah pergi masa baru-baru kawin dulu… tapi cari punya cari tak jumpa-jumpa tempat tu… ntah kat mana ntah… last-last tersesat sampai ke Ladang Teh Boh ni… mujur tersesat sebab kat sini pun menarik gak pemandangan dia… tapi aku lagi suka ladang teh yang dulu kitorang pergi tu…
Jom throw back kejap ke tahun 2010….
Sila abaikan fizikal aku yang kurus kering tu… dah macam penagih lak aku tengok… muahahahhaa… aku nak highlight pemandangan kat sini yang ohsemmm giler… ni aku tengah mendaki nak naik ke puncak… lalu celah-celah pokok teh tu…

Bile dah sampai kat puncak boleh lepak-lepak nikmati pemandangan indah dikelilingi ladang teh menghijau… Kat sini memang port terbaek untuk photoshoot…. ade batu besar… ade kerusi panjang untuk lepak… ade pondok buruk… memang cantik tempat ni… udara pulak nyaman jer… next time nak cari sampai jumpe gak tempat ni… serius tak ingat kat mana ntah nama ladang ni… huhuhu…
Ok jom sambung citer kat Ladang Teh Boh ni…

Nak masuk simpang ni agak tersembunyi sikit… aku 2 3 kali terlepas… waze pulak bengong time tu… panduan untuk korang kalau nak ke sini, sila cari kopitiam Old Town White Coffee kat 1 new building kat Cameron Hilghland tu… simpang ni bertentang jalan dengan new building tu…

Atau pun korang try waze Sungei Palas Tea Centre… dari simpang tu nak sampai ke ladang teh Boh ni kena ikut laluan sempit… kena hati-hati terutama kalau berselisih dengan kereta yang nak keluar…

Nanti akan jumpe tembok ni… masuuuuuk jer ke dalam lagi…
Ni antara panorama yang korang akan nampak… kena parking kat kawasan parking kat bawah then menapak naik tangga kat lereng bukit tu…

Akhirnya…. sampai sudah kat Boh Tea Centre, Sungai Palas…

Kat sini korang boleh lepak-lepak makan kat cafe dia yang mengadap ke ladang teh…. sambil makan sambil nikmati pemandangan indah… lepas tu ade gallery tea… ade kedai cenderamata dan korang boleh jugak buat lawatan ke Kilang Teh Boh…

Factory Tour ni free jer… takde kena bayar ape-ape… nanti akan ade staff diorang guide korang masuk ke dalam dan explain serba sikit cara pemprosesan teh… sementara tunggu tour, korang boleh lepak dulu dalam bilik khas macam kat panggung wayang yang akan menayangkan dokumentari pasal Teh Boh…
Dalam kilang tu nanti korang boleh tengok sendiri macam mana diorang proses teh… sorry gambar dalam kilang tu aku malas nak share sebab gambar tak clear… huhuhu…
Ok dah… jom balik… bagi aku lawatan ke sini takde ape yang menarik sangat melainkan pemandangan die jer… tempat nak bergambar pun tak berapa best sangat… meh nak tayang gambar sikit…
Aku agak kureng sikit dengan port bergambar ni sebab nampak banyak semak… huhuhuh…
Tapi ade 1 port yang agak cun untuk bergambar… port ni kat tepi jalan jer… pandai-pandai la cari sendiri ehhh…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Bercuti, Cameron Highland, Cuti-cuti, family

« Pasar Malam Pekan Brinchang, Cameron Highland
Taman Rama-rama, Cameron Highland »

Comments

  1. Anira Abdul says

    October 14, 2014 at 3:20 pm

    Best…best…suatu masa akan sampai juga. Teringin nak pergi dengan suami dan anak2 tapi sebab suami kerja jauh…one day akan saya jejakkan kaki saya ke sini. Pasti!

    Reply
  2. ekjoz buluh says

    October 14, 2014 at 3:20 pm

    lainkali pergi ajak aku.. cantik scenery dia, beb!

    Reply
  3. Fatin Bella says

    October 14, 2014 at 4:28 pm

    Tak pernah pergi cameron highland lagi ><

    Reply
  4. Lisa Nurulain says

    October 14, 2014 at 8:24 pm

    dulu takdop orang jaga…sekarang dah ada orang jaga…. krik krik

    Reply
  5. Kak Mahh says

    October 15, 2014 at 7:50 am

    Sayang nya akak tak minum teh.

    Reply
  6. safurara says

    October 15, 2014 at 10:49 am

    cameron pergi bila bila pon xpe.best =)

    Reply
  7. Sukma Haron says

    October 15, 2014 at 10:49 am

    tak pernah jejak lagi kat Cameron Highlands,…..

    Reply
  8. Nadia Johari says

    October 16, 2014 at 8:42 am

    Dulu berdua kini bertiga..hehehe..nad dah lama tak pergi cameron

    Reply
  9. siti zawiah says

    October 16, 2014 at 7:17 pm

    dh lama tak pi Cameron..rasa mcm nak pi lagi..

    Reply
  10. ::EIDA:: says

    October 18, 2014 at 10:56 am

    akifff tunjuk good tu!!! hehehhee… cameron BEST katanyaaaa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative