Ehem ehem… sebelum start citer meh aku kenalkan dengan omputih ni dulu… Miss Polina A. Matveycheva… masa kat sana hari tu aku cuak kemain nak borak dengan Polina ni… rupenyer die fasih berbahasa melayu… demmm…. nasib baik tak termengumpat… hahaha…
Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada pihak Kedutaan Rusia menerusi wakil diorang yang omey dan jelita tu Miss Paris Ashiqin sebab sudi jemput aku dengan Akiff untuk lunch bersama… jamuan tengah hari ni diadakan di Russian Centre for Science and Culture di Jalan Ampang…
Jemputan ni adalah bersempena dengan menghargai hubungan Malaysia – Rusia dimana pada 100 tahun dahulu nelayan tempatan di Pulau Pinang telah menyelamatkan kelasi Rusia yang telah diserang oleh kapal German… dan pada hari ini 28 Oktober 2014 satu Majlis Penghormatan Ulangtahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang di adakan di Jelutong, Pulau Pinang…
Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva
Hari tu bila dengar cerita bertapa unik dan menariknya Rusia buat aku rasa teringin sangat nak ke sana… hari tu jugak kami dipersembahkan dengan beberapa tarian kebudayaan dari Rusia…
Haaa.. jangan terkejut sebab Akiff hari tu dapat layanan khas kat sana… dapat seat sebelah Duta Rusia… abah pun dok belakang… kerlassss Akiff…
Seronok Akiff tengok awek-awek Rusia tu menari-nari depan dia… wakaka… nasib baik hari tu mood Akiff ok… masa majlis tu dia memang behave sangat… tak buat perangai pun… tapi selesai jer majlis terus berlari-lari dalam hall tu… faham pulak die respek masa majlis tengah berlangsung kannn… risau gak aku kang duta tu tengah berucap dia dok berlari-lari or menjerit-jerit… tapi nasib baik tak…
Penghujung majlis sempat la beberapa rakan media ditarik secara paksa untuk menari dengan diorang… hahaha… nasib baik aku tak kena tarik…
Akiff bersama watak kelasi kapal Rusia… muahahaha… comel tak Akiff angkat tabik…
Selesai majlis akhirnya tiba masa untuk mencuba makanan Rusia… yang ni sebenarnya yang aku dok tunggu dari awal… bukan senang nak rasa makanan tradisi diorang…
Antara menu yang disediakan…
Nampak tak rakan-rakan blogger semua excited bila tengok menu yang tak pernah nampak ni…
Ni menu yang aku makan… rasa yang unik dan paling penting boleh masuk tekak tempatan aku ni… tapi apa yang aku perasan menu diorang semuanya takda yang pedas… dan kebanyakannya berunsurkan sayuran…
Sebelum balik sempat la Akiff bergambar dengan kakak-kakak dari Rusia ni… yer… Akiff yang bergambar okeh… aku tolong pegang Akiff jer… Ngeeeee….
♥♥azatiesayang ♥♥ says
Wah!!Glamour Akiff kat sana yer..!!hihi
Mawardi Yunus says
hahaha nk gelak je tgok akiff tabik tu ahha
MG schmidt says
waaa!
akif ke abahnya nye yg nk bgambar tu ..huhu
Sukma Haron says
sapa yang glamour nie Akiff @ bapaknya…hihihi….
fizafantagirO says
hahaha, kemain akif!
mak Jemah says
comei akiff..pinjam seminggu boleh dok abam lan:-? hahahahha
cheq eem says
bestnya dapat luangkan masa dengan embassy rusia….
Nadia Johari says
suka akiff erk dikelilingi wanit acantik
Paris Nurashikin Mohamad Supian says
Hahahahhaa…. bagussss sangat Akiff time tu… duduk sebelah Duta pun steady je, diam bersopan… dalam hati Auntie Paris terdetik, "Anak sapalah ni? Boleh buat menantu!".. Duta balik jeeee,eeeeeeng eeeeeeeng vooooommmmm Akiff bertukar menjadi kapal terbang!
Ct Noraishah says
haha..akiff ke abahnya ni hikhik. tapi suka baca entry ni 🙂