Akhirnya merasa gak aku sampai kat Pasar Malam Pekan Brinchang ni… best weh jalan-jalan sini… suasana sejuk tu yang best sebenarnya… orang kata Cameron Highland dah tak sejuk kann.. ehh tak laaa… sejuk jer cuma tak gigil…
Hari pertama sampai ke Cameron Highland memang target taknak melawat kemana-mana lagi… cuma nak bermalas-malasan kat Pekan Brinchang tu jer… pusing-pusing area situ then nak jenjalan pasar malam…
Excited punyer pasal… pukul 5 petang kitorang dah menapak ke pasar malam tu… kebanyakan gerai dah pun bukak time ni…
Banyak benda dijual dan yang bestnyer kebanyakannya adalah hasil dari Cameron Highland… sayur ade segala macam mak nenek sayur… kalau stay kat homestay yang boleh masak-masak mesti best kannn… boleh masak dan makan sayur fresh puas-puas…
Antara benda menarik yang boleh dapat kat pasar malam Brinchang adalah kaktus comel-comel ni… sesuai sangat nak beli bagi kat kengkawan…
Murah kannn… aku ade gak borong kaktus ni…
Bunga-bungaan pun banyaaaaaak… Miss Permaisuri memang suka bunga… so, aku belikan 1 pasu kecik pokok bunga rose…
Ni haaa… kembang mekar bunga dia… RM13 jer… murah kannn… ade banyak pilihan warna… aku beli 1 jer… itu pun Miss Permaisuri suruh aku yang jaga pokok bunga ni… sekarang ni pokok bunga ni dah macam nak mati jer aku tengok… asyik lupe nak siram… hehehe..
Pasar malam ni aku boleh katakan sebagai one stop centre untuk segala benda yang ada kat Cameron Highland tu… nak bunga ke.. teh ke… strawberi ke… sayur-sayur ke… kaktus ke… semue ade kat sini…
Selain benda-benda tu semue… pasar malam ni ade jual macam-macam benda makan jugak…
Antaranya Kuih Brinchang ni… rasa macam apam balik tapi lain sikit.. makan panas-panas sedap gak… kalau dah sejuk tu kureng sikit…
Haaaa… yang ni korang wajib try… sedap wehhh… Lamb Grill tu paling terbaek…
Mula-mula aku juz beli sikit jer… sebab dah beli banyak benda makan lain… bila balik makan kat hotel terus rasa nak pergi beli lagi… malam tu walaupun hujan lebat tetap redah pegi pasar malam tu balik semata-mata lamb grill ni… berbaloi…
Oh yaaa… setahu aku, pasar malam ni kalau tiap kali musim cuti sekolah memang ada setiap hari… kalau bukan cuti sekolah rasanya hanya ada hari jumaat, sabtu dengan ahad jer…
Sherry says
nice cactus, I used to have them but not anymore.. since move home. Then my dear side family doesn't like cactus.. and all threw away 🙁 saying bad for home.. etc.. 🙁
Karya Mahirah says
dah lama tak singgah cameron.. huhu.. bila ntah nak pergi lagi…
ekjoz buluh says
broccoli goreng xdak?
siti zawiah says
dah lama tak pi Cameron Highlands..bilalah dapat pi lagi..
fizafantagirO says
Kenangan. Dulu masa keje kat Ipoh, hampir setiap hujung minggu akan naik ke cameron, keje . Pasar malam ni la spot utamanya .. sobs..rindunya time tu ..