Sumber gambar diperolehi dari Facebook
Wooo… panassss… panasss… aku yang takde kena mengena ni pun terasa panas dek kerana komen-komen macam kat atas ni…
Ade pulak orang yang pertikaikan bayaran yang perlu dibayar kepada fotografer… mengarut katanya sebab bayar beribu padahal kejer guna jari klik klik camera jer… Hahahhaa… Demmm…
Meh sini nak bagi camera seketul kat ko lepas tu ko ambik gambar tengok… helok ke tak helok gambar ko ambik tu… ko rase kalau ko ambik gambar guna camera DSLR yang beribu-ribu tu sama ker hasilnyer dengan camera hp atau camera yang nilainya RM300 lebih tu… cube fikir secara rasional sikit…
Aku pernah beberapa kali shoot wedding dan aku stop buat kejer shoot wedding sebab aku tak cukup masa nak bagi komitmen untuk edit… orang tak tahu mungkin nampak yang fotografer ni datang pagi balik petang lepas tu dapat bayaran RM3,000… korang sedar tak yang fotografer tu kena berjaga malam berminggu-minggu sampai juling bijik mata mengadap beribu gambar yang di shoot tu pastu nak edit dan hasilkan gambar yang terbaek… nak susun-susun buat album lagi… nak bayar printing lagi… ingat kerja mudah ker…
Tahu tak korang yang nak buat semue tu perlukan kemahiran dan ilmu dan nak dapatkan kemahiran dan ilmu tu semuanya kena keluarkan modal untuk belajar… bukannya lahir-lahir terus bijaksana boleh guna DSLR… terpaksa keluarkan modal untuk belajar skill fotografer pulak… itu belum sebut pasal modal beli keperluan DSLR, lens, speed light, laptop dengan software dan macam-macam lagi….
Korang pernah tak nampak photographer yang terpaksa panjat pokok… masuk celah semak… panjat batu besar tepi pantai… meniarap… telentang… semata-mata nak dapatkan gambar dari sudut terbaek… penat wooo… korang pernah tak usung camera DSLR dengan lens 2 3 bijik untuk tempoh beberapa jam… tahu tak yang benda tu buat rasa sakit pinggang dan bahu?? Korang tahu tak? Yang ada pengalaman jer tahu…
(Sumber dari Google Image)
So, tak perlu nak pertikaikan bayaran kepada fotografer… kite nampak mudah tapi hakikatnya tak semudah disangka… cumanya korang kena la pandai dan bijaksana dalam menentukan nilai seseorang fotografer sebab nilai seseorang fotografer tu bergantung kepada tahap kemahiran dan kepakaran die…
Jadi kalau ada yang masih berkira-kira nak keluarkan duit untuk fotografer sila fikirkan balik… korang bayar untuk kemahiran yang dia ada… kalau takda kemahiran maka dapat lah gambar-gambar yang macam dalam galery hp korang tu… gambar nasi lemak pun blur… hahaha…
ruggedmom says
Hahaha…ketiga2 aksi tu pernah buat.
Soalnya, kenapa hire phographer? Mestilah sebab nak gambar cantik kan? Sebab kamera aku tak best. Sebab abang aku tak pandai amik gambar kan? Kan?
Nak belajar amik gambar pun habis beribu ringgit.
uks world says
walaupun saye bukan seorang fotografer handal.. tapi saye pernah jugak bawak DSLR kesana kemari time majlis perkahwinan.. Penat wooo.. Otak pun stress..
nasa mulia says
salam…kalau tak mampu bayar, suruh jer budak darjah satu tu amik gambar diorang….ada jgak orang camtu..
Sukma Haron says
kalau berduit bayar berapa pun tak kisah kan…..
ekjoz buluh says
camera hp sudah. jimat
Daus Redscarz says
Kalau mahal tak payah ambik photographer. ambik budak darjah satu tu suruh ambik gambar.. hmmm.. bongok betul la..
Aku Penghibur says
tengok kemampuan dan carilah ada yg murah perkidmatannya.
Mama Kembar 3 says
btul tu lan, charge bkn utk ambik gambar semata, tp for the skill to take beautiful & unique photos. hmm biasa lah, org yg tak pernah buat sesuatu keja tu akan anggap keja tu senang. Nak bawak camera canon powershot seketul pun dah malas, inikan pulak dslr + segala mak nenek gadgets nya.