Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tadika Krista pilihan Abah Careno untuk Akiff

November 5, 2014 by Admin 20 Comments

Spread the love
Berakhir sudah episod ulang alik aku hantar Akiff ke Putrajaya setiap hari… penat wooo… 100km drive setiap hari… penat tu 1 hal la kann… minyak keter tu haaa… seminggu RM100 untuk ambik dan hantar Akiff jer… pagi ok jer lagi sebab jalan clear, time petang lepas ambik Akiff tu haaa nak kena hadap jem… hwaaaa…
Tapi semua tu dah berakhir dah… minggu ni mak abah aku datang KL teman Akiff kat rumah… minggu depan aku hantar Akiff balik kg sampai cuti sekolah nanti… pastu ummie die dah balik KL cuti sekolah nanti melepak kat rumah jer la Akiff dengan Ummie die… pastu tahun depan Akiff start masuk tadika dekat area rumah aku ni…
Baru-baru ni aku dah daftar tadika untuk Akiff tahun depan… excited budak ni nak g school… ramai kawan katanya…
Dah puas aku survey dan google dan call tadika itu ini then akhirnya aku pilih Tadika Krista… tadika ni tak jauh dari rumah aku… dalam 5 minit jer…
Tadika ni di unit teres 2 tingkat yang agak besar…Yang bagusnya tadika ni sebab dia terletak dalam kawasan berpagar… maksud aku kalau nak masuk sini kena lalu ikut pondok pengawal ni… tadika ni betul-betul depan pondok pengawal… so, kira extra untuk tadika ni jugak la sebab ada pengawal kat depan tadika… hehehe…

Aku dah chek… tadika krista ni memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JKM dan KPM… semua sijil-sijil ada dipamerkan dalam tadika ni…

Ni uniform yang Akiff akan dpt nanti… colur kureng skit… tak ceria… tapi takda hal laaa…

Ni haaaa jadual kelas Akiff… dah dapat siap dah… kelas start 8 pagi smpai 11.45 pagi… aku suke Krista ni sebab silibus die ade sekali dengan subjek Islamic… ade music… ade outdoor aktiviti… macam menarik jer kannn… outdoor aktiviti biasenyer diorang buat kat kawasan lapang tepi rumah tu jer… cikgu tu cakap kalau diorang nak bawak budak-budak keluar dari premis diorang akan inform parents dulu… Haaa… bagus la gituu…
Nisbah guru dengan bebudak pun tak melampau… maksimum 1 guru 12 murid… tengok kepada berapa ramai bebudak… tapi biasanya dalam 10 murid jer… masa aku pergi Tadika Krista hari tu, untuk bebudak umur 3 dan 4 tahun ada 3 kelas… yang 4 tahun 1 kelas… 5 tahun 1 kelas…
Bahasa perantaraan yang digunakan kat tadika ni adalah bahasa inggeris… bagus la kannn… nanti abah nak g bercuti kat obersi boleh Akiff jadi translater abah… hahahhaa…
Haaaa… antara faktor kenapa aku tertarik hantar Akiff kat Tadika Krista ni sebab kat sini ada sediakan servis day care jugak… kiranya lepas tadika, Akiff stay kat rumah tu sampai ke petang… banyak tadika yang aku call tanya kat kawasan rumah aku ni tempat day care dengan tadika lain-lain… lepas kelas baru diorang bawak ke rumah yang ada day care… itu yang aku tak suke tu…
Kat kawasan rumah aku ni ade Smart Reader,  Little Caliphs, Genius Aulad, CIC dan banyak lagi yang semuanya kat rumah kedai… atas shop lot… lepas kelas diorang bawak g tempat day care pulak… ada yang day care kat situ gak tapi limited space… kesian bebudak… macam terkurung… So, mana-mana tempat tadika yang buat kat shop lot memang aku tak nak…

Haaa ni antara specialnya kat Tadika Krista ni… bebudak ade katil masing-masing untuk tido… dalam gambar atas ni haaa katilnya… rendah jer… cikgu tu kate bile sampai waktu tido die akan susun rapat-rapat katil-katil ni semue dan bebudak akan tido atas tu… bantal dengan alas semue disediakan oleh tadika tu sendiri… bagus kaannn… takde la bebudak tido bawah… aku tanyer gak cikgu tu, tak jatuh ke bebudak tido kat atas tu sebab macam sempit jer… dah la Akiff ni tido tak reti setempat… die kate memang tak jatuh sebab katil tu jenis tenggelam sikit bile budak tido atas tu…
Bebudak pulak akan diberikan makan 4 kali sehari… makanan dimasak sendiri kat situ… aku dah tengok dapur diorang… bersih dan kemas… lepas tu diorang akan mandikan bebudak sehari due kali… 1 waktu tengah hari… skali lagi waktu petang sebelum balik…

Untuk pendaftaran hari tu aku kena bayar RM1,700… yuran ni dah lengkap untuk setahun… dah termasuk uniform… sport day… hari konvo… rombongan dan aktiviti luar… buku-buku… semue la kirenyer… sekolah dah tak mintak duit lagi dah… cuma bayar bulan-bulan jer… sebulan RM450 untuk tadika dan day care…
Ehhh… lupe nak bagi tau… Tadika Krista ni terima bebudak seawal jam 7 pagi sampai pukul 7 petang… Haaa… senang kannn… memang cukup sangat masa untuk aku pergi dan balik kejer…

Ni gambar Akiff masa hari pendaftaran hari tu… tu haaa Akiff yang baju coklat hijau tu… dua dari kanan… senang sangat dia bergaul dengan bebudak lain… siap takmo balik hari tu… hahaha… Ni salah satu kelas untuk bebudak sebaya Akiff… 1 kelas ni jer kat luar… yang lain semue kelas dalam bilik…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Tadika

« Teaser : Sebalik Tabir Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari
Wall Climbing untuk budak-budak – Putrajaya Challenge Park »

Comments

  1. Missue Eyrra Zerra says

    November 5, 2014 at 3:09 pm

    cikdagu dah follow sini.. follow back… #kelabbloggerbenashaari

    Reply
  2. Lisa Nurulain says

    November 5, 2014 at 4:59 pm

    bagus tu berpagar. savety .orang tak boleh suka-suka masuk

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says

    November 5, 2014 at 4:59 pm

    I pernah hantar my boys utk trial kat situ. memang menarik, the owner/pengetuanya pun a very nice lady. Unfortunately, diorang tak dpt nak accept my boys masa tu. But mmg one of the shortlisted kindies masa dok survey dulu. hopefully Akiff will enjoy it there. good luck Akiff 🙂

    Reply
  4. eMMe says

    November 7, 2014 at 9:53 am

    Salam Abah Careno… tgk selesa la.. n dari segi security.. InshaAllah… selamat…
    tak kisah mahal pun yuran nya.. yg penting anak2 soronok belajar di situ… Gud luck Akiff…

    Reply
  5. Ct Noraishah says

    November 13, 2014 at 3:03 pm

    Cam ok je…

    Reply
  6. mcfarul says

    November 24, 2014 at 10:52 am

    oh poor thing, sekolah ni takde pakaian menutup aurat untuk student perempuan ye tuan?

    Reply
  7. Fancy Party Box says

    November 27, 2015 at 7:58 am

    pernah hantar anak ke sini. tapi takde ajar pendidikan agama cth bacaan doa dan solat. then setahun je lepas tu i tukar tadika lain.

    Reply
  8. careno says

    November 27, 2015 at 8:05 am

    Tak sure bab pakaian menutup aurat utk perempuan… Tak perasan pulak.. mcm takde jer…

    Reply
  9. careno says

    November 27, 2015 at 8:07 am

    itu tahun bile hantar.. sbb tahun 2015 ni ade jer… Alhamdulillah baru setahun AKiff kat sini skrg die dah boleh baca doa mkn, lps mkn, al fatihah dgn ayat kursi… itu baru 4 tahun… harap umur 5 tahun nnti lagi ok… dan exam diorang yg umur 5 dan 6 tahun pun byk soalan part agama jugak…

    Reply
  10. noor suriana says

    December 2, 2015 at 10:01 pm

    Thanks tuan di atas info. Insyaallah isnin ni nk g tnya krista sri damansara. Td kat slayang ada duk promote krista br nk bkk.. Kalau satu sesi smpai pukul 12 dlm 350 xsilap. Kalu ambik 2 sesi smpai kul 4 560.smpai jam 6,600..maknanya bayaran setiap branch krista xsama la ye

    Reply
  11. noor suriana says

    December 2, 2015 at 10:01 pm

    Thanks tuan di atas info. Insyaallah isnin ni nk g tnya krista sri damansara. Td kat slayang ada duk promote krista br nk bkk.. Kalau satu sesi smpai pukul 12 dlm 350 xsilap. Kalu ambik 2 sesi smpai kul 4 560.smpai jam 6,600..maknanya bayaran setiap branch krista xsama la ye

    Reply
  12. Lan Careno says

    December 2, 2015 at 10:05 pm

    Owhh… Harga lain2 agaknya… So far ok jer krista ni… Memuaskan hati…

    Reply
  13. Anonymous says

    December 23, 2015 at 4:24 pm

    salam tuan.
    tadi saya pergi daftar anak 4 tahun kat krista primaya..kalau saya tak salah (sbb tak pakai spect) tadi nampak aqiff..pakai seluar merah baru kuar toilet…pastu sengih2 pandang.saya siap lambai kat dia..

    Reply
  14. Lan Careno says

    December 23, 2015 at 4:32 pm

    This comment has been removed by a blog administrator.

    Reply
  15. Khairul says

    September 7, 2016 at 1:30 pm

    Apa yang dimaksudkan dengan “poor thing” bila budak2 perempuan kecik tak tutup aurat?

    Sorry admin, saya tumpang lalu, niat nak baca shj tapi tengok komen yang satu ni buat saya tak selesa.

    Salam.

    Reply
  16. Diana Abdul Molok says

    October 25, 2016 at 12:02 pm

    Assalamualaikum, thanks for sharing info ni 🙂 . Saya pon tengah survey krista untuk anak- anak saya. Malangnya bila google no. telefon , call salah nombor pula. Saya mohon ambil no. tel dari salah satu gambar tuan di atas ye untuk call Krista.

    Reply
  17. wawa says

    December 1, 2016 at 11:59 am

    ini krista mana?

    Reply
  18. Azizul says

    December 5, 2016 at 1:53 pm

    Kat Krista Kerteh ada je yg pakai baju kurung. But i gave my girls pakai je skirt tu. Budak2 kot. Senang diaorg nk bermain. X semesti nya x pakai baju kurung x bagus.. poor thing x menutup aurat.. it is up to you.. kalau x suka.. blh hantar kat kindy yg pakai jubah… Tudung.. ada jer kan. Harga yuran sama jer. I dulu opted for daycare so monthly bayar rm450.
    Anak i yg grad Krista n her friends majority masuk kelas top kat sekolah rantau petronas ni.. thanks teacher..

    Reply
  19. Prihatin says

    December 7, 2017 at 11:03 pm

    Betul saya pun tumpang baca sekali lalu tp tak selesa dgn ayat “poor thing” sbb x menutup aurat tu… pakaian tu is a one piece gown…so bole pakai dgn leggings dan if then nak pakai tudung bole je kot..anak2 sekolah tadika mcm2 nak buat nak bergerak dgn mcm2 aktiviti kan..dan semua krista comply dan ajar islamic education

    Reply
  20. Prihatin says

    December 7, 2017 at 11:05 pm

    Anak saya krista seremban2…Alhamdulillah produce ramai achievers in primary baik utk sekolah pagi juga kelas agama petang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative