Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Wall Climbing untuk budak-budak – Putrajaya Challenge Park

November 7, 2014 by Admin 11 Comments

Spread the love
Baru-baru ni adik aku ada konvokesyen kat PICC, Putrajaya… tapi aku tak ikut masuk dalam hall sebab teman Akiff kat luar… mak dengan abah aku jer yang masuk dalam dewan… majlis start pukul 3 petang… pukul 1.30 petang diorang dah start masuk dewan… ikutkan jadual majlis tu akan habis pukul 5 petang… mati kutu aku nak melepak 3 jam lebih kat PICC tu dengan Akiff… Kalau tahu lama nak kena tunggu, boleh aku booking mana-mana Cyberjaya Apartments untuk rest.. hehehe…
Tengah dok merempat kat tepi dinding dalam PICC tu… aku teringat pulak pasal wall climbing yang ada kat Putrajaya tu… terus aku godek-godek blog member aku nak tengok detail lokasi dia… baca sini
Bila nak gerak tu aku waze jer lokasi Putrajaya Challenge Park atau Taman Cabaran Putrajaya… terus waze akan guide korang ke sana… sekali tengok jarak PICC dengan tempat tu juz 3 minit jer… Muahahaha… dekat giler… i loike… terus naik kereta gerak ke situ… masuk ke sini adalah PERCUMA! Nak main mendalah ni pun FREE!
Sampai sana takde orang langsung… ni yang best ni… Kids Wall Climbing ada kat tingkat 1… ni haaa dalam bilik kaca ni… tercengang Akiff tengok tempat ni… tak pernah tengok….
Mule-mule Akiff tak tahu nak main macam mana mendalah ni… pelik jer die tengok… aku sajer biarkan dulu tengok die nak explore macam mana… hehehe… pastu baru aku bagi tau yang benda ni tempat main panjat-panjat…
Mule-mule Akiff takut nak panjat… takut jatuh die kate… aku paksa gak suruh die panjat… aku ajar dia macam mana nak panjat…
Mule-mule panjat die suruh aku pegang… due tige kali try baru aku lepaskan die…
Sudahnya gini hasilnya… hahaha… excited lak die memanjat… tapi yang hijau ni agak tinggi… aku bagi die panjat separuh jer… pastu suruh die turun balik…
Tapi yang biru ni aku suruh Akiff panjat sampai atas… kejap jer dah terer…
Haaa nampak… banyak kali gak die memanjat… bile dah sampai atas sana die turun ikut tangga yang ada kat tepi tu… pastu panjat lagi… pastu turun lagi… pastu panjat lagi… hahahha… suka dia…
Sebelum balik sempat aku suruh Akiff possing spiderman… wakaka…

Nak tengok video Akiff memanjat wall ni boleh klik sini

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Aktiviti, Putrajaya, Riadah

« Tadika Krista pilihan Abah Careno untuk Akiff
Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari »

Comments

  1. Farah Waheda Wahid says

    November 7, 2014 at 10:51 am

    aksi spiderman tu yang paling mencuit hati aunty ok akiff? ha ha ha…amboi akiff kemain lagi dia… tunggu adik Ash besar dan dah boleh panjat…hik hik hik…

    Reply
  2. Lisa Nurulain says

    November 7, 2014 at 11:04 am

    Lisa nak clim gak lah. Hihi

    Reply
  3. Jazz Lover says

    November 7, 2014 at 4:50 pm

    Seronok nie. Sesuai untuk "budak2" yang takut tinggi macam saya. Heheh. Angel Love Soldier

    Reply
  4. ekjoz buluh says

    November 7, 2014 at 4:50 pm

    kat mana weh? teringin jugak nk bawak hero2 gi situ

    Reply
  5. akubiomed says

    November 7, 2014 at 4:50 pm

    Bagus anak-anak dapat memanjat. Dapat menguatkan otot-otot.

    Reply
  6. SalinaJohari says

    November 7, 2014 at 11:45 pm

    Macam nak kena pegi je ni..menarik!!

    Reply
  7. Yan Ty says

    November 7, 2014 at 11:45 pm

    Kemain Akiff , teringin nak panjat benda alah ni..xde geng…uwaaa

    Reply
  8. Mama Kembar 3 says

    November 8, 2014 at 8:31 am

    hari tu tgk kat blog Abah Amrafahan, ni kat blog u pulak…harus bawak my boys pi one day. sure enjoy

    Reply
  9. Cik Iman says

    November 8, 2014 at 8:31 am

    uish tak jatuh ke budak tu nanti

    Reply
  10. Ct Noraishah says

    November 13, 2014 at 3:03 pm

    wahh..macam best je tengok

    Reply
  11. jida says

    January 16, 2017 at 8:46 am

    Kat taman cabaran ya..tak pernah pergi walaupun dekat..sbb ingt untuk org dewasa je

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative