Pening kepala aku fikir kat mana nak bawak family bercuti jenjalan masa diorang datang KL hari tu… kalau sorang dua ok jer… boleh jer redah sendiri-sendiri… banyak jer tempat menarik kat KL ni… tapi kalau dah sampai 4 bijik keter… kena la plan betul-betul… kena fikir banyak faktor… faktor bebudak… faktor orang tua… faktor kewangan… semua kena ambik kira…
Last-last aku terfikirkan Gold Coast Morib… kebetulan pulak aku memang dah beli vocher penginapan kat Gold Coast Morib tuu… dah beli setahun awal… tak sempat nak guna pun… So, aku cadangkan bercuti kat situ… ada water park untuk bebudak… lepas tu ada pantai untuk lepak-lepak… bilik yang aku booking guna voucher tu pun ada untuk golongan veteren rest atau tido… lagi pun tiket waterpark situ tak semahal tempat-tempat lain…
Nak tahu review aku kat Gold Coast Morib tu boleh baca entry aku yang dulu… klik sini
Hari tu kitorang sampai sana pukul 1 tengah hari… bilik hanya boleh masuk pukul 3 petang ke atas jer… sementara tunggu chekin kitorang jalan-jalan dulu tepi pantai kat Gold Coast Morib tu… pantai dia bersih gilerrr… dah alang-alang terjumpe port melepak yang best… terus kitorang decide nak bentang tikar pastu berkelah terus jer tepi pantai tuu… cuaca pulak redup jer hari tu… angin pulak kuat… memang terbaek…
Ini lah port berkelah kitorang… takde orang lain pun… kitorang jer… pantai pun bersih jer kannn… kalau buat aktiviti sukan pun ok gak ni…
Akiff dengan sepupu-sepupu dia sebok dok explore tempat tu… hari tu pulak mainan apa pun tak bawak kat dia… tak ingat langsung… kalau bawak mainan lori, backhoe dengan yang lain-lain tu mesti lagi enjoy budak Akiff tu main pasir…
Ni perkelahan mengejut namanya… bekalan makanan memang dah bawak dari rumah tapi plan nak makan dalam bilik hotel jer… tapi terberkelah pulak kat sini… tikar-tikar tu memang sentiasa ada dalam bonet keter aku… memang aku standby kot-kot nak guna bila-bila perlu…
Makan tepi pantai macam ni dengan angin pantai… fuhhhh… bertambah-tambah makan…
Sambil lepak-lepak jom bergambar dulu… yang atas ni sepupu-sepupu aku… 3 beradik… yang hujung tu sulong… yang tengah tu no 2… yang pelok pokok tu no 3… semua otak mereng… hahaha…
Ni team bebudak… Akiff paling kecik… pantai sini tak boleh mandi sebab air kotor… dapat pijak-pijak air jer laa….
Hah… ni team kitorang yang pergi hari tu… semue 20 orang… ade 2 orang yang takde dalam gambar ni…
Kat sini selain berkelah lepak-lepak dan bergambar… ade jer aktiviti lain yang korang boleh buat… antaranya main giant bubble ni…
Haaa nampak tak? Menarik kannn… 1st time aku main… kagum kejap… hahahaha… nak main mendalah buih ni hanya RM10 untuk 3 scooop air sabun… lebih kurang separuh bekas hijau yang kat kaki Akiff tuu… yang pemegang untuk buat buih tu takyah beli… kalau dah beli air sabun die otometik dapat guna ring buat buih tu…
Time ni pulak angin kuat… memang best la main belon ni… mule-mule macam susah jer nak buat belon besar-besar tu… lama-lama dah pandai baru menjadi….
Akiff pun seronok main bubble ni… tapi die gune ring kecik punyer…
Haaa nampak… meriah dengan giant bubble…
Tinggggg!!! Magic… ada orang dalam bubble… hahaha…
Main bubble ni baru habis RM20… semua boleh merasa main… yang penting bebudak seronok…. mak pak budak pun tumpang happy…
Dah settle makan dengan main bubble… jom ikut Akiff ushar aktiviti lain kat sebelah port kitorang berkelah tu…
Aktiviti pantai lain yang ada kat pantai Gold Coast Morib… Kayak, Clamp Finding, Sumo Wrestling Gladiator, Fisherman Experience, Beach Volleyball, Beach Soccer, Flying Fox dan High Rope…
Aktiviti yang kitorang pilih adalah high rope dengan flying fox… RM25 sorang untuk dua aktiviti ni…
Kitorang akan jalan meniti tali-tali yang digantung dari pokok ke pokok tu… dari bawah nampak macam rendah tapi bila kat atas terasa gayat jugak… ada tempat yang rendah… ada tempat yang tinggi…
Ada taklimat keselamatan dulu sebelum naik… dia ajar guna cangkuk tu…
Para peserta… aku yang paling tua kat situ… wakaka…
Nah tengok gambar-gambar aksi kitorang…
Ni aksi paling lawak… sebab dia tak sampai nak pegang tali kat atas… terpaksa pakai guide untuk bantu menyeberang tali ni… kena peluk brother tu… hahaha…
Last sekali baru flying fox…
Tak tinggi pun tapi best…
Settle main kat tepi pantai baru kitorang naik ke bilik… pantai ke bilik dekat jer… jalan kaki 3 minit jer dah sampai lobby hotel… bekalan makanan yang bawak nak makan dalam bilik terus simpan dalam keter sebab semue dah kenyang… bawak naik ke bilik makanan ringan jer… bebudak semue dah tak sabar nak sambung main air kat waterpark pulak…
Dalam bilik pun kemain meriah… bayangkan 4 bijik keter sumbat masuk melepak dalam bilik tu… kecoh 1 level hotel tu… hahaha… cuma bebudak 6 orang jer yang turun ke waterpark… aku dengan Akiff turun lambat sikit… bagi Akiff main air dalam jacuzzy dalam bilik tu dulu…
Gambar kat waterpark takde sebab aku tak bawak turun camera pun… nak jaga Akiff lagi… nak pegang camera… leceh… tapi yang pastinya percutian hari tu penuh dengan aktiviti dan menyeronokkan…
Hari tu chekin bilik pukul 3.30 petang… chekout pukul 8.00 malam… tak bermalam pun kat situ… dari Gold Coast Hotel Morib kitorang ke Nilai pulak untuk makan malam…
TQ kak D’Laila Mee Udang sebab reserve kan meja untuk kitorang… abah aku memang peminat asam pedas… malam tu dia try asam pedas kedai kak Laila memang abah kata 5 bintang… sedappppp… Mee udang pun semua kata terbaek…
Nazlee Ismail PCL says
wah Lan kat Morib ke..xtau pulak, pcl sendiri pon x try lg flying fox.best gak tu.
Mad Parihh says
bestnya banyak aktiviti . terbaik belon tu besar kemain . hehee
CikSiti says
macam best nih.tp p ramai2 cani baru best kan..alah kesian kat atok gambar last tu dia sorang jer tak pegang gejet heheh
Akif Imtiyaz says
Seronoknyerr….dpt bercuti ramai2…wahh main bubble lg tu.
carl says
salam ada pakej ke??
Dzaf says
Nais..
Can u help me.. sunggest kan tempat
Sabtu ahad ni nak bawa mak n mil n fil n family berkelah..
1. Barbeque
2. Tepi laut or tepi sungai
3. Ada pool lagi best
4. Bermalam boleh.. balik hari pun boleh
Tqtq
Dzaf
Admin says
Sorry.. I have no idea.. Lama dah tak pergi Langkawi.