Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hantar Kereta Dari Semenanjung Ke Sarawak

January 12, 2015 by Admin 11 Comments

Spread the love
Ni pengalaman pertama aku uruskan penghantaran kereta dari semenanjung ke Sarawak… mahal jugak rupanyer… huhuhu… tapi apa boleh buat… takda pilihan… nak tak nak kena jugak sediakan transport untuk Miss Permaisuri kat Sarawak sana… 
Sebelum ni Miss Permaisuri menumpang kawan dia untuk ulang alik megajar kat sekolah… tapi kawan yang die selalu tumpang tu dah dapat tukar balik semenanjung… huhuhu… terpaksa la kena sediakan kereta sendiri untuk urusan dia kat sana… lebih-lebih lagi sekarang ni Miss Permaisuri kena selalu buat chekup pragnant kat klinik… bila ada kereta sendiri kat sana senang la dia nak ulang alik pergi chekup kat klinik…

Untuk servis kargo hantar kereta ke Sarawak, aku berurusan dengan Miss Alice yang berpangkalan kat Kuching… (detail dia aku bagi kat hujung entry ni okeh…) Segala urusan harga dan quotation aku berurusan dengan Miss Alice ni… harga awal dia bagi kat aku adalah RM2,100 untuk total kos dari Pelabuhan Klang sampai ke Sibu… harga tak termasuk insurance… lepas diterangkan pasal insurance akhirnya aku decide takmo ambik insurance tu sebab insurance tu hanya cover sekiranya kapal kargo tenggelam atau karam sahaja… kalau kereta rosak atau calar tak di cover…
Selepas beberapa kali nego dan akhirnya aku dapat harga RM1,800… kos dari Port Klang ke Sibu… Miss Permaisuri tanya cikgu-cikgu lain yang pernah hantar kereta ke Sibu biasanya rate dalam RM2,000… yang aku dapat ni dah dikira murah dah.. harga adalah bergantung kepada jenis kereta jugak… kereta aku ni jenis Proton Iswara…
Untuk urusan kat semenanjung ni aku kena berurusan dengan Mercury Freight Services… kena hantar kereta kat diorang… pejabat die kat Port Klang… detail ada kat hujung entry…
Seperti yang dijanjikan… kereta selamat sampai ke Sibu pada waktu yang dijanjikan… cargo hanya sampai kat Kuching jer… dari Kuching nak ke Sibu akan naik lori treler ni pulak… kos semua dah dikira sekali dah…
Alhamdulillah… kereta dalam keadaan ok… takda calar atau rosak… petrol yang dalam tangki pun tak berusik… Terbaek! Teringat kenangan aku pos motor guna keretapi dari Alor Setar ke KL dulu… sampai KL tangki minyak moto kosong kena sedut dengan staff diorang… Grrrr…
Hmmm… ok kalau korang nak gunakan servis dari Miss Alice ni… memang highly recommended dari aku… Nah ambik detail dia…
Miss Alice (Kuching) = 016-8086069
Email : alice1099@rocketmail.com
Mercury Freight Services Sdn. Bhd.
No. 35, Lorong Cempening,
42000 Port Klang,
Selangor
03-31651899

Loading

Filed Under: Uncategorized Tagged With: pengalaman, review

« Idea Deco Cabinet TV
Gunakan Android Apps Letak Watermark Dalam Gambar »

Comments

  1. Farah Waheda Wahid says

    January 12, 2015 at 1:24 pm

    mahal jugak kosnya ek? tapi tak apalah demi Miss Permaisuri dan baby dalam perut kan? Semoga segala urusan berjalan dengan lancar…

    Reply
  2. zulhilmitempoyak says

    January 13, 2015 at 8:32 am

    Mak aihhh… not bad gak. Servis ni memang tau ada, tapi tak sangka sampai harga gitu.
    Tapi klu tu jalan the best. Memang itu pilihan la kan.

    Reply
  3. Dkna Abza says

    January 13, 2015 at 11:43 am

    zaza nanti bersalin kat sana ke? kalau balik sini 7 bulan lepas la naik flight…kalau kandungan dah besar dah tak boleh…

    Reply
  4. careno says

    January 13, 2015 at 11:46 am

    Balik bersalin kat KL atau Penang… nnti cuti sekolah bln 5 die terus balik cuti bersalin… atau mungkin awal skit sblm cuti sekolah…

    Reply
  5. Nanny says

    July 23, 2016 at 2:13 pm

    Kalo sampai Senari Port Kuching ongkosnya berape ye dari port klang. Kereta Toyota Prado

    Reply
    • Admin says

      July 23, 2016 at 2:49 pm

      Tak pasti pulak… Boleh call no yg ada tu utk tanya harga..

      Reply
  6. Razali says

    October 27, 2016 at 8:55 pm

    Perlukan khidmat Total Logistik untuk pindah ke #Sabah #Sarawak dari #SemenanjungMalaysia?

    Kami di AIRSEALAND CARGO SERVICES menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

    i. Hantar Kereta ke Sabah Sarawak
    ii. Hantar Barang ke Sabah Sarawak

    Terdapat dua (2) pilihan samada kongsi kontena atau muatan penuh 1 kontena mengikut budget anda.

    Tapi pada yang budget wang, kongsi kontena adalah yang termurah kerana harga berdasarkan saiz meterpadu barang dan kenderaan dihantar menaiki kapal khas seperti gmbr dalam blog diatas.

    Maklumat terperinci boleh call/ whatsapp terus di 016 976 7916 atau anda boleh layari airsealandcargo.blogspot.com

    Reply
  7. tazrin says

    August 24, 2017 at 11:24 am

    Sekarang mercury freight services dah tukar nama kepada Mercury Diversified Sdn Bhd.

    For more Details
    IG : Tazrinamirudin
    FB : Tazrin Amirudin

    Reply
  8. Siti eishah says

    February 8, 2018 at 5:32 am

    Nak tau harga dari kl ke kuching

    Reply
  9. Merong Freight Sdn Bhd says

    September 25, 2018 at 8:20 am

    Kami di Merong Freight Sdn Bhd juga ada servis penghantaran kargo dan kenderaan ke Sabah Sarawak.

    Whatsapp Sales Consultant kami :
    011 32197788
    018 3226 180

    Reply
  10. Nik says

    February 12, 2022 at 10:05 am

    Kami Jembal Mover & Logistics juga menyediakan Servis Hantar Kereta dan hantar Barang Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
    Maklumat Lanjut boleh hubungi 6019-222 4847

    Web kami > jwlogistic.com.my

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative