Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Katil Kereta Untuk Akiff

January 26, 2015 by Admin 11 Comments

Spread the love
Peace yowww… muka happy jer…  semalam hari Ahad ingatkan dapat la mentido puas sikit… tapi pepagi buta budak Akiff ni dah kejutkan aku suruh pasang katil car die…
Petang sabtu lepas aku mintak tolong sedara aku, Fahmi untuk ambik katil yang aku beli ni kat Sri Kembangan… TQ Fahmi sebab tolong bawakkan katil kereta Akiff ni…
1st time Akiff merasa naik Hilux… kemain happy… sampai rumah dok bercerita sakan dia naik car besar… hahaha… semalam pun siap ajak naik car besar lagi… amboii… kemain…
Gambar atas tu sajer letak Akiff kat belakang kejap… bagi merasa jer… bukan aku biarkan die kat situ pun…
Sampai rumah petang sabtu tu dah tak sempat nak pasang katil ni sebab bergegas nak ke rumah Ben Ashaari pulak untuk gathering Kelab Blogger Ben Ashaari… citer gathering tu nanti next entri aku story…
Balik dari gathering tu, Akiff dah pun lena dalam kereta… itu yang pepagi dia jaga dari tido terus kejutkan aku suruh pasang katil kereta dia…
Comel tak katil tu… hehehe… aku pun excited bila katil tu dah siap pasang… cadar cars tu aku beli kat chowkit… RM25 sahajakkkk… 
Haaa.. katil kereta ni sebenarnya aku beli kat mudah.com jer… hehehe… barang 2nd hand… nak beli baru non mampu… mahal sangat…
RM400 harga yang di display dalam mudah.com… tapi lepas nego dapat RM350… ok laaa… walaupun budget aku sebenarnya takmo lebih RM300…
Owner katil ni kata katil ni langsung tak pernah guna… dia belikan untuk anak gugurl die tapi anak die takmo… dok tersimpan dah bertahun… itu yang die jual dari menyemak kat rumah… rezeki Akiff la tu nak dapat katil ni… condition katil memang tip top… macam baru…
Aku ada chek harga katil ni kalau yang baru dari kedai… harganya RM700 tak termasuk kos penghantaran… kalau beli barang ribu-ribu baru kos penghantaran percuma..
Korang try la ushar kat mudah.com then search katil kanak-kanak... ade jer lagi katil bentuk kereta tapi kena tengok jugak owner tu kawasan mana… kalau nak beli yang baru sila ke mana-mana kedai perabut… diorang ade katalog untuk korang pilih… sediakan duit jer…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Akiff, Perabot

« Roti Canai Kaki Ayam
Pensil Jumbo Untuk Si Kecil Belajar Memegang Pencil »

Comments

  1. yoorin melacolea says

    January 26, 2015 at 11:12 am

    murah sangat ni bang,, kat tv kan ada iklan yg wardina tu kannn .. rasanya dekat 2k jugak katil macam ni.. ni bukan berbaloii.. terlajak berbaloii sgt.. memg rezeki.. =)

    Reply
  2. Mila Hilas says

    January 26, 2015 at 12:34 pm

    size katil ni mcm katil single ke? Blh pakai smpi dewasa la eh?

    Reply
  3. Mila Hilas says

    January 26, 2015 at 12:34 pm

    wah suka lah dia…katil ni size mcm katil single ke?

    Reply
  4. Lan Careno says

    January 26, 2015 at 12:36 pm

    Ha'a… mmg saiz single standard… boleh pakai sampai selagi belum kawin… hehehe…

    Reply
  5. MRS Rongoks says

    January 26, 2015 at 1:05 pm

    seronoknya dapat katil baru . huhu

    Reply
  6. Shark Kay says

    January 26, 2015 at 3:05 pm

    waduh…
    terasa pulak nk beli satu..
    hahaha.
    untung ni dapat separuh harga,
    bijak berbelanja abah careno.

    Reply
  7. Erra Kyra says

    January 26, 2015 at 5:40 pm

    Alhamdulillah..moga murah lg rezki abah careno akiff ni..akiff dah dpt macam2 tu..nanti jaga adik leklok yaa..balas jasa abahnye:)

    Reply
  8. Sheila Salim says

    January 27, 2015 at 12:47 pm

    Assalamualaikum bro.wahh bestnya. lawa ok. berkenan dihati sheila. hehe baikk cari 2nd hand pun ok whattt. nak terjah website dulu. thanks sharing bro

    Reply
  9. Akif Imtiyaz says

    January 28, 2015 at 8:24 am

    Wah sukanya Akif dapat katil keretA..MESTI SYIOKKK TIDO TUU..Jangan abah dia pulak yang mimpi bawak kereta kat dalam tu sudahhh hahaha

    Reply
  10. ahkak gojes says

    January 28, 2015 at 3:52 pm

    wah..untung dpt harga cengitu..murah juga.sy dah lama cari katil keta cam tu..anak suka sangat…lepas ni nk try cri d mudah la…tq ya infonya..btw..cantik jee katil tu..

    Reply
  11. Yana says

    January 24, 2017 at 12:31 am

    Katil ni tak nak jual lak ke sis…kalu tak sy sanggup beli dgn harga sama sis beli lak..huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative