Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Review Penginapan Arabian Bay Resort, Gambang

January 6, 2015 by Admin 4 Comments

Spread the love
Beberapa bulan lepas aku datang bercuti ke Gambang Resort stay kat Carribean Bay Resort… type bilik situ jenis biase jer… klik sini… tapi kali ni kitorang stay kat Arabian Bay Resort… yang ni jenis macam apartment… ade 2 bilik… setiap bilik lengkap dengan toilet dan jugak cabinet…
Plan asal kakak aku dengan 2 orang lagi anak die akan follow aku bercuti kat sini… tapi last minit tak jadi ikut pulak… kakak aku bergegas balik kampung sebab kucing die keluar rumah tak balik-balik… sampai skarang tak jumpe kucing tu… Grrrrr…
So, yang follow aku ari tu anak laki die sorang jer… aku ajak Abe Que Achmad sekeluarga join aku sekali dah alang-alang ade bilik kosong kannn… meh kite ushar keadaan dalam apartment  tuuu…
Ni keadaan dalam apartment tuuu… ruang tamu luas la jugak… ade balcony mengadap jalan… ekon takde kat ruang tamu tu… ada kipas jer… ekon hanya ada dalam setiap bilik jer…

Dapur simple jer… masuk masuk terus jumpe dapur dulu… ade meja makan 4 tempat duduk…. stakat nak masak air tu ok jer…

TV gemok ni ade kat ruang tamu jer… dalam bilik non hadooo TV… patut dah kena tukar TV jenis nipis dah ni… tilam angin tu aku sendiri yang bawak dari rumah… boleh la lepak guling-guling atas tilam tu sambil layan TV… biase memang aku akan bawak kemana-mana tilam tu kot diperlukan… lipat-lipat jer pun… tilam ni dah ikut aku sampai ke langkawi pun… Ngeeee….

Bilik 1… katil muat untuk kitorang berhimpit 4 orang… bilik pun selesa… ade cabinet baju dengan almari solek…

Toilet pun luas dah selesa… cuma takde bath tub… bilik air pun bersih… singki tu jer la spoil… seketul gitu jer… huh…

Ni bilik no 2… kecik sikit dari bilik 1 tadi… tapi masih lagi selesa… lengkap dengan cabinet baju dengan meja solek…

Toilet pun kecik sikit…
Kat sini takde disediakan kemudahan iron kat bilik… nak iron baju atau tudung kena g bilik iron yang disediakan kat situ… kena chek kat kaunter kat tingkat berapa ada bilik iron tu… aku tak pasti kalau ade tiap tingkat ke tak… tapi hari tu bilik iron dengan bilik aku stay tu selang beberapa pintu jer… leceh kan kalau tempat penginapan yang buat bilik iron berasingan ni… huh…
Kemudahan lain kat sini ada pool yang luasssss dan besarrrr… lepas chekin sempat la aku bawak Akiff main air kat sini kejap… ade beberapa jenis pool ikut kedalaman…

Seronok Akiff sebab main ade kawan… anak buah aku la jadi kawan merangkap bodigad die masa kat pool tu… aku tukang tengok jer… malas nak menumpang basah sekali…

Yang menariknya kat Gambang Resort ni… korang boleh buat aktiviti lain yang disediakan kat sini… sediakan duit jer… tapi kitorang hari tu tak sempat pun nak cuba aktiviti ni semue… huhuhuuh… selain aktiviti lasak ni… ade jugak fun fair kat area Arabian Bay Resort ni untuk budak-budak macam Akiff mengepow duit mak pak… wakaka…
Secara keseluruhannya bagi aku tempat penginapan ni so so jer… untuk percutian family ok laa… yang couple tu aku syorkan baik lepak kat Kuantan… rate sini aku tak sure sebab ditaja oleh firma guaman Kelab Blogger Ben Ashaari… antara perkara yang kena bagi perhatian adalah kemudahan breakfast kat sini… makanan die sangat hurmmmmmmmmmm… rasa macam penat jer turun breakfast bersesak-sesak…

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Aktiviti, Bercuti, Bukit Gambang, Cuti-cuti, Kelab Blogger Ben Ashaari, Penginapan, review

« Bercuti di Gambang Resort seminggu sebelum banjir besar
Farm In The City… Tempat menarik dan mengujakan »

Comments

  1. Dkna Abza says

    January 6, 2015 at 2:04 pm

    Next time nak ikut gak hahha

    Reply
  2. Bitt (double IS) says

    January 6, 2015 at 7:45 pm

    still sama juga view…ramai orang kan hehehe 😉 tapi ok la anak2 happy…kita dah riang gak tu hehehe

    Reply
  3. tenku butang says

    January 7, 2015 at 9:20 am

    waaa.. betsnyee.. dah lama tak bercuti.. mcm best je tempat ni

    Reply
  4. Akif Imtiyaz says

    January 7, 2015 at 10:20 pm

    Bestnyerr dpt g bercuti…Nnt dtg laa lagi hehe..seronok tgk tilam angin tu..nk kenz bli satu ni ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
  • Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan
  • Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020
  • Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative